Memaparkan catatan dengan label Kempen Memartabatkan Jersi Pasukan Kebangsaan dan Pasukan Liga Tempatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kempen Memartabatkan Jersi Pasukan Kebangsaan dan Pasukan Liga Tempatan. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 12, 2020

Jersi Lotto - Home Selangor FA, 1993.

 



Jersi Lotto - Home Selangor FA, 1993.

Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti dan mencari. Ramai dah ada dalam koleksi, saya baru ada rezeki memiliki.

Terima kasih buat dua Lejen Jersi Ganu dan Waghih (Abe King Kheiriel dan Abe Yuri Yusoff) yang sudi merealisasikan impian ambe. Jersi idaman hati ni. Jasa kalian saya kenang sampai hujung nyawa.

Misi seterusnya, home 1994 Selangor. Pelan-pelan kayuh...

Bersama martabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu & Grande, selamanya.

#MKLK #VivaSelangor


Selasa, Disember 03, 2019

Jersi Putih Selangor, 1997-98.


Jersi Putih Selangor, 1997-98.
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga miliki, walau sehelai cuma. Terima kasih kepada semua yang membantu. Misi seterusnya, mencari stokin pula. Merah kuning, tak pernah padam.
Kalau mengikut beberapa sumber, jersi ini mula dipakai pada tahun 1997, sewaktu Selangor bertemu Kedah FA di Darul Aman. Masa Separuh Akhir dan Final Piala FA 1997, ada beberapa orang pegawai FAS turut memakai jersi ini.
Jersi ini turut dipakai sebagai ‘kit edisi khas’ ketika perlawanan persahabatan menentang skuad Olimpik 2000, pada 25hb Februari 1998, di Stadium Merdeka, di mana kedua-dua pasukan seri 2-2. Terdapat beberapa insiden ketika perlawanan ini, apabila Hatem Soussi berbalah dengan Steve Wicks (jurulatih Red Giants) berhubung isu jumlah pemain yang boleh diganti.
Bersama martabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu & Grande, selamanya!

Jumaat, Mei 31, 2019

JERSI LOTTO - AWAY SELANGOR, ERA SEMI-PRO (1993)



JERSI SELANGOR ERA SEMI-PRO (1993)
Alhamdulillah, selepas menanti sejak sekian lama. Setelah menempuhi proses negosiasi yang panjang.
Terima kasih kepada Bro ED Shahrizaliha, yang banyak membantu sehingga impian memiliki jersi ini, terlaksana.
Rezeki Ramadan...

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...