Selasa, Disember 03, 2019

Jersi Putih Selangor, 1997-98.


Jersi Putih Selangor, 1997-98.
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga miliki, walau sehelai cuma. Terima kasih kepada semua yang membantu. Misi seterusnya, mencari stokin pula. Merah kuning, tak pernah padam.
Kalau mengikut beberapa sumber, jersi ini mula dipakai pada tahun 1997, sewaktu Selangor bertemu Kedah FA di Darul Aman. Masa Separuh Akhir dan Final Piala FA 1997, ada beberapa orang pegawai FAS turut memakai jersi ini.
Jersi ini turut dipakai sebagai ‘kit edisi khas’ ketika perlawanan persahabatan menentang skuad Olimpik 2000, pada 25hb Februari 1998, di Stadium Merdeka, di mana kedua-dua pasukan seri 2-2. Terdapat beberapa insiden ketika perlawanan ini, apabila Hatem Soussi berbalah dengan Steve Wicks (jurulatih Red Giants) berhubung isu jumlah pemain yang boleh diganti.
Bersama martabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu & Grande, selamanya!

Jersi Lotto - Home Selangor FA, 1993.

  Jersi Lotto - Home Selangor FA, 1993. Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti dan mencari. Ramai dah ada dalam koleksi, saya baru ada...