Logo ABIM. |
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan.
Juga mantan Presiden PKPIM.
|
Wakil
ABIM Di Persidangan Meja Bulat ‘Membendung Ekstremisme’.
17hb
Ogos 2015 (Isnin): Alhamdulillah, ABIM telah menghantar pimpinannya untuk menghadiri
persidangan meja bulat anjuran Global Moderate Movement (GMM) bertajuk ‘Countering Violent Extremism’.
Jemputan utama untuk sidang kali ini ialah Tuan
Yang Terutama Rashad Hussain, Duta Khas Amerika Syarikat ke OIC dan
Koordinator, ‘Strategic Counter
Terrorism Communications’.
Exco
ABIM yang juga CEO Malaysia Life Line for Syria, Saudara Syahrir Azfar Saleh, menekankan
berkenaan bagaimana langkah untuk membendung keganasan telah gagal, kerana kita
tidak mempunyai pendifinisian yang jelas dan wajar berkenaan ‘keganasan’ dan ‘ekstremisme’.
Saudara
Syahrir seterusnya menyatakan bahawa kita
juga gagal untuk mengambilkira serta mengkritik aktiviti keganasan yang
dilakukan oleh – apa yang digelar sebagai – ‘legitimate power’ di beberapa buah
negara yang berada dalam kancah peperangan atau konflik kemanusiaan.
Sebaliknya,
dunia memilih untuk menghentam secara memilih – dengan hanya mengkritik
kumpulan individu atau organisasi tertentu – dan melabel mereka sebagai kumpulan
pengganas atau ekstremis.
Kekecewaan
yang dialami oleh anak muda terhadap reaksi dunia terhadap mana-mana konflik –
khususnya yang melibatkan umat Islam; adalah salah-satu faktor mengapa golongan
belia memilih untuk menentang kezaliman tersebut secara sendiri.
Keganasan
serta extremisme dalam beragama memang wujud dan tidak seharusnya dipandang
enteng. Malah, ia mendatangkan kerosakan yang lebih daripada matlamat yang cuba
mereka capai.
Walaubagaimanapun,
kita mesti sedar, apa saja tindakan berbentuk keganasan oleh seseorang individu
beragama Islam bukanlah mencerminkan ajaran Islam itu sendiri. Islam menentang
segala bentuk penindasan, kezaliman dan keganasan. Tambahan pula, Islam
memberatkan aspek kasih sayang serta sifat ambil berat terhadap sesama Islam
dan bukan Islam.
Sungguh, jika
tindakan keganasan itu dilakukan oleh orang Islam, maka apa yang mereka lakukan adalah tindakan individu yang bertentangan dengan kehendak agama. Islam tidak membenarkan umatnya menyakiti
orang lain; apatah lagi membunuh orang lain tanpa hak. Islam itu Rahmat buat sekalian alam. Sebarkan salam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan