Selasa, Ogos 11, 2015

ABIM UCAP TAKZIAH BUAT KELUARGA DR. WAHBAH AZ-ZUHAYLI.

Logo ABIM.
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan
ABIM UCAP TAKZIAH BUAT KELUARGA DR. WAHBAH AZ-ZUHAYLI.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Al-Sheikh Prof Dr Wahbah Zuhayli atas berpulangnya Ruh beliau ke Rahmatullah.
Kehilangan beliau adalah satu kehilangan yang besar kepada umat Islam sedunia atas sumbangan beliau kepada umat dalam pelbagai bidang ilmu.
Beliau terkenal sebagai seorang faqih yang peka dan bijak dalam menialai suasana semasa. Beliau juga dekat dengan umat menerusi usaha beliau memberikan panduan kepada persoalan umat masa kini.
Kehadiran beliau buat kali terakhir ke Malaysia beberapa tahun lalu berkaitan ‘Fitnah Liwat 2’ juga berkaitan sumpah menunjukkan beliau amat prihatin terhadap gejala politik keji yang menyelubungi dunia Islam.
Umat telah kehilangan kandil yang indah dan cerah. Umat telah kehilangan seorang ulamak yang tegas, bermaruah dan berkebolehan.
Semoga Allah mengurniakan pengganti bagi mencerahkan kita menuju hidayah Ilahi.
Ya Allah! Kau tempatkanlah hambaMu ini ditempat yang Engkau kasihi.
Amidi bin Abdul Manan, 
Presiden ABIM.
**********************************************************
Allahyarhamhu Fadhilat As-Sheikh Prof Dr Wahbah Az-Zuhayli, telah pulang ke Rahmatullah pada 2hb Ogos 2015 (Sabtu). Ulama’ kelahiran Dair Atiah, Syria ini merupakan seorang ‘alim ensiklopedik dan pakar dalam ilmu Fiqh serta Usul al-Fiqh. Antara anak murid dan sahabat beliau ialah SS. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.
Untuk rekod, beliau merupakan Ketua Jabatan Fiqh Islam dan Mazhab dalam Fakulti Syariah di Universiti Damsyik, Syria dan juga tenaga pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa (Majma' al-Fiqh al-Islami) serta mempunyai kepakaran yang amat tinggi dalam penulisan ilmiah.
Antara kitab beliau yang terkenal dan menjadi rujukan umat Islam antaranya adalah kitab at-Tafsir al-Munir Fi al-Aqidah Wa al-Syariah Wa al-Manhaj, al-Fiqh al-Islam Wa Adillatuh, al-Fiqh asy-Syafie al-Muyassar, Tajdid al-Fiqh al-Islami, Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh dan banyak lagi.
Beliau pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1430H pada 29hb Disember 2008 di Dewan Planeri, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Malaysia.
Semoga ALLAH SWT mengampuni dosanya dan menempatkannya bersama dengan para siddiqin, syuhada’ dan solihin.
Al-Fatihah sekudusnya, buat sekalian pejuang serta tokoh Islam yang banyak berkorban dan menyumbang untuk ummah. Pemergian ‘Permata Ummah’ ini adalah satu kehilangan besar kepada semua.
Innalillahi wainna ilaihi rajiun…
------------------------------------------------------------------
Sumber dan Rujukan:
  1. https://www.facebook.com/MLL4S?fref=ts;
  2. https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia;
  3. https://www.facebook.com/wasif.wan?fref=ts;
  4. https://www.facebook.com/ab.halim.ismail?ref=ts&fref=ts;
  5. https://www.facebook.com/mohdrumaizuddin.ghazali?ref=ts&fref=ts;
  6. https://www.facebook.com/muhamad.r.idris?pnref=story.

2 ulasan:

  1. tiga hari lepas saya baru saja membeli sebuah buku beliau..

    semoga Allah mengampuni dan merahmati insan ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam alaik.

      Amin dan in sya ALLAH.

      Allahyarhamhu merupakan tokoh besar ummah yang sukar dicari ganti.

      Padam

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...