KOREA
LAGI.
Tanggal
10 Ogos 1982, Malaysia tewas tipis 1-2 kepada seteru Korea Selatan, dalam
perlawanan ketiga Pestabola
Merdeka 1982, meskipun terlebih dahulu mendahului lawan melalui
jaringan Khan Hung Meng.
Bertempat
di Stadium Merdeka, Malaysia wajib menundukkan Korea Selatan, bagi menghidupkan
peluang ke saingan pusingan kedua peringkat kumpulan.
Sebelum
itu, Malaysia bermula agak buruk, tewas kepada Indonesia 0-2. Kemudiannya
berjaya menundukkan UAE 1-0.
Perlawanan
ketiga, Malaysia sebenarnya berkelebihan memandangkan bermain di laman sendiri.
Korea Selatan juga tewas perlawanan pertama, kalah 0-2 kepada Senegal sebelum
membelasah Indonesia 4-0.
Malaysia
turun menentang Korea Selatan, tanpa penjaga gol utama, R. Arumugam yang
mengalami kecederaan lalu diganti dengan Ong Yu Tiang.
Ada
pun jurulatih M. Chandran, yang juga bekas anggota skuad Olimpik 1972 hanya
menyenaraikan 18 pemain sahaja. Selain R. Arumugam dan Ong Yu Tiang selaku
penjaga gawang, lain-lain pemain termasuklah ketua pasukan Pahang dan 'regular'
Malaysia iaitu Jamal Nasir, Kamal Khalid, K. Gunasekaran, Zakaria Musa, Wong
Hung Nung, Zainal
Abidin Hassanyang ketika itu masih beraksi di bahagian pertahanan.
Di
tengah, Malaysia diperkuat oleh Lim Teong
Kim, G. Torairaju dan pengendali sementara Terengganu sekarang iaitu Ahmad
Yusoff. Manakala di bahagian serangan pula M.Chandran menamakan begitu ramai
gandingan penyerang. Mereka termasuklah Anizan Daud, Khan Hung Meng, Abdul
Muin, C. Nadarajan, Chen Wooi Haw, Saidin Osman dan Johari Maina.
Pasca
peristiwa 'Kuwait Debacle 1981', skuad Malaysia telah dibubar dan ramai muka
baru yang dipanggil terutamanya dari kalangan pemain muda. Hanya R. Arumugam
dan Jamal Nasir yang dikekalkan, di mana kedua-duanya dilantik sebagai ketua
dan naib ketua pasukan skuad kebangsaan Malaysia.
Dah
tewas kepada Indonesia kemudian menang ke atas wakil Arab, UAE, Malaysia
bermula baik apabila seawal minit ke-20 dah dahului Korea Selatan.
Penjaga
gol Korea Selatan, Kang Chang Keun telah melakukan kesilapan apabila cubaan
lontaran bolanya kepada rakan sepasukan gagal lantaran bola tersebut
betul-betul sampai ke kaki Khan Hung Meng.
Khan
Hung Meng meluru membawa bola masuk ke dalam kotak penalti, bola melantun lalu
didadai oleh Khan Hung Meng sebelum melepaskan rembatan deras menewaskan Kang
Chang Keun.
Separuh
masa kedua, Malaysia seperti 'prosedur amalan piawai' nya, akan mula hilang
rentak. Korea Selatan mula mengasak.
Sekitar
minit ke-56, dari satu gerakan sepakan percuma di kawasan Korea Selatan, bola
dilambungkan ke kawasan penalti Malaysia. Benteng Malaysia begitu alpa, untuk
membiarkan para pemain Korea Selatan bertukar-tukar hantaran sebelum Yoo Dong
Chun menolak masuk bola melepasi Ong Yu Tiang.
Korea
Selatan menyamakan kedudukan.
Tumpuan
para pemain Malaysia mula hilang. Hantaran juga mula merapu. Korea Selatan mengawal
sepenuhnya perlawanan.
Di
minit ke-65, pemain tengah Malaysia, Ahmad Yusoff telah kehilangan bola ketika
mengawal bola di kawasan tengah padang. Bola telah dilarikan oleh Baek Seung
Yee secara solo dan dengan tenang menyepak masuk gol kedua Korea Selatan.
Kedudukan
kekal 2-1, meskipun Malaysia cuba bangkit tapi Korea Selatan tetap muncul
sebagai pemenang.
Perlawanan
terakhir, Malaysia menundukkan Senegal 1-0, untuk sekadar menduduki tempat
ketiga kumpulan, dibelakang Senegal dan Korea Selatan yang muncul selaku naib
juara.
Satu
lagi kumpulan ditandingi oleh kelab dari Brazil, Santa Catarina, Ghana,
Singapura, India dan Thailand. Santa Catarina dan Ghana masing-masing muncul
juara dan naib juara kumpulan untuk mengiring Korea Selatan dan Senegal ke pusingan
kedua peringkat kumpulan.
Santa
Catarina muncul juara pusingan kedua peringkat kumpulan untuk bertemu Ghana.
Di
final kelab Brazil itu nyata unggul untuk menjuarai Pestabola Merdeka 1982
setelah menunddukkan Ghana 3-0.
Info
foto : Keraian gol Khan Hung Meng dalam perlawanan menentang Korea Selatan,
Pestabola Merdeka 1982.
--
Retro Bola Sepak.
*********************************
Sumber
dan Pautan:
- https://www.facebook.com/retrobolasepak/photos/a.458405174196768.96396.458380654199220/876220409081907/?type=1;
- https://www.facebook.com/retrobolasepak/photos/a.458405174196768.96396.458380654199220/601911016512849/?type=1.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan