ABU
QASSIM DALAM KENANGAN.
Salam.
Pada
17hb Ogos 2015, genaplah setahun pemergian Exco Majlis Belia Malaysia (MBM),
Allahyarhamhu Abu Qassim Nor Azmi, yang telah kembali ke Rahmatullah kerana
kemalangan jalan raya.
Mohon
jasa baik semua sahabat untuk sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan yang
baik-baik buat beliau, yang merupakan antara pimpinan anak muda yang berjuang
menentang perlaksanaan PPSMI; bagi memartabatkan bahasa kebangsaan.
Allahyarhamhu
pernah berkhidmat selaku Ahli Majlis Perundingan Belia Negara, Setiausaha Agung
PKPIM, Ahli Parlimen Belia (Percubaan) P131 Rembau dan Ketua Biro Penerangan
ABIM.
Kepetahannya
dalam berpidato, dan keramahannya dalam berbicara; akan dikenang sampai
bila-bila. Legasi, iltizam serta semangatnya akan terus segar dalam jiwa
anak-anak muda.
Abu
telah kembali, semoga seribu Abu kan bangkit lagi. Selamat pulang, Abu. Kami
akan menyusulimu.
Allahummaghfirlahu
warhamhu wa’afihi wa’fuanhu.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan