TENTANG
MARUAH DAN KERINGAT.
Kita
tak marah kalau rakyat Malaysia nak sokong kelab luar. Baik BPL, baik La Liga,
baik Serie A, baik Bundesliga, baik liga mana pun.
Kita
tak pertikai kalau rakyat Malaysia nak hadiri perlawanan persahabatan dengan
kelab luar kesayangan di tanah air sendiri.
Nak
pakai jersi liga luar pun, hak masing-masing.
Tapi,
kita sangat kecewa, kerana FAM gagal merancang secara rapi jadual liga kita;
sehingga merosakkan percaturan serta perancangan pengurusan, pemain serta
peminat tempatan.
Kita
berasa sedikit tertarik kerana akhirnya FAM menyenaraikan pemain import dalam
menerima kunjungan kelab luar. Cadangan atau syor membariskan pemain terbaik
Liga-M – antara lain untuk mempromosikan liga tempatan kita – secara tidak
langsung; dipakai ketika menentang Spurs dan The Kops.
Malangnya, kenapa perlu
sampai mengganggu jadual perlawanan liga dan skuad kebangsaan?
Sudahlah
beraksi di bulan Ramadhan, jadual perlawanan mendatang tahun ini nampaknya
menjadi terlalu padat.
Pokoknya,
ialah perancangan rapi serta keputusan tegas -- demi memartabatkan liga serta
bola sepak kita. Bukan sebaliknya.
Padu
dan Grande; buat penyokong bola sepak sejati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan