SKUAD
KAMPUNG LARUT TIN, JOHAN PIALA MERDEKA 1978.
“Orang
dulu kalu tengok bola, sampai boleh cekik referee wo dia punya fanatik...”
Era
60an-70an merupakan antara dekad kemuncak bola sepak negara. Malaysia dibarisi
dengan barisan nama tokoh sukan serta atlet yang bermain bermati-matian.
Tahun-tahun
tersebut juga menyaksikan SuperMokh, meski sudah tersohor, tetap pergi ke
kampung-kampung di kawasan Lembah Klang - mencari bakat muda yang boleh
diketengahkan untuk beraksi dengan pasukan seperti PKNS dan Selangor.
Padang-padang
dipenuhi dengan penonton awam yang melimpah-ruah; bersorak dan mengkritik
sekuat hati.
Tahun
itu tahun 1978. Setiap ceruk di Malaysia penuh dengan anak-anak muda yang
beraspirasi untuk menjadi pemain bola sepak yang berjaya.
Ada
yang mahu menjadi seperti Raja Bola Ghani Minhat, SuperMokh Dahari, Towkay Soh
Chin Aun, Santokh Singh, Aru The Spiderman mahupun Ali dan Isa Bakar.
Menyarung
jersi pasukan, meskipun pasukan kampung, adalah kebanggaan yang mesti dizahir
dengan aksi yang sepenuh jiwa.
Sementara
itu di Taiping, anak-anak muda Kampung Larut Tin membuktikan bahawa mereka
bukan calang-calang.
Dengan
susah-payah serta kekurangan, serta disiplin yang tinggi; mereka berjaya
mengharumkan nama Larut Tin, kawasan bijih timah yang bersejarah.
Padang
Esplanade berhampiran Lake Garden menjadi saksi apabila mereka muncul juara
Piala Merdeka, Liga Matang.
Mereka
turut bermain dalam Divisyen Dua, Liga Taiping, Perak. Salah-seorang anggota
pasukan Kampung Larut Tin, Mohamad Bakar meneruskan kerjaya sebagai pemain
pasukan Perak FA.
Tahun
berikutnya, empat orang anggota skuad ini menyertai angkatan tentera.
Zaman
yang indah.
*
Kongsikan pengalaman serta gambar retro Tuan-Tuan mahupun saudara terdekat di
halaman Retro Bola Sepak (RBS); sebagai inspirasi serta memori indah.
Bahawa
negara kita pernah mempunyai para pemain bola yang bersemangat serta
berdisiplin tinggi, meski beraksi untuk skuad kampung masing-masing.
Semoga
minat dan semangat kita untuk memartabatkan bola sepak tak pernah luntur.
Padu
dan Grande; buat mereka yang berjasa dalam bola sepak Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan