Almarhum Ustaz Zahidin (atau lebih mesra dengan nama ‘Abah’) bersama Brothers sewaktu awal kemunculan mereka. Abah merupakan pencipta lagu 'Teman Sejati'. |
2015:
‘Brothers’ kembali dengan ‘Sabar’.
Siapa
boleh lupa dengan lagu ‘Teman Sejati’ yang telah dimuatkan di dalam album ‘Brothers’
berjudul “We Are...”, terbitan dan edaran Ambang Klasik Sdn Bhd. Brothers merupakan
antara kumpulan nasyid terawal yang muncul selepas pengharaman jemaah Darul
Arqam. Sebelum bergerak atas nama Brothers, mereka dikenali sebagai ‘Mirwana’ (kumpulan
nasyid SMKA Maahad Hamidiah, Kajang).
Ketika
vokalis utama Brothers, Yassin Sulaiman, bertindak keluar dari kumpulan
ini untuk bergerak secara solo, tempat beliau digantikan dengan Akbar Azmi,
bekas anggota ‘Adams’. Akbar tampil bersama Brothers menerusi
dua album, ‘Untukmu Teman’ dan ‘Brothers’.
Penampilannya
dalam Brothers menyaksikan Akbar bergiat aktif menjayakan persembahan
berprestij seperti ‘Konsert Nur’ pada Oktober 2004 dan ‘Konsert Kasih’ pada
Januari 2005. Akbar kemudiannya tampil dengan album solo.
2015
ini, Brothers kembali bersatu bersama ‘line up’ asalnya, kali ini dengan album ‘Sabar’.
Berikut merupakan album Brothers yang pernah diterbitkan: Mutiara (1991); Show
Me The Way (1992); Sure You Can (1993); Generations (1994); Cry For Freedom
(1995); Titisan Nasuha (1996); Brothers We Are (1997); Satu Perjuangan (1999);
Kompilasi (2000); Untukmu Teman (2002); Brothers Reunited (2005); dan Sabar (2015).
Sumber
dan pautan:
- http://www.abim.org.my/v1/index.php/arkib-abim/36-entertaiment/213-pencipta-lagu-teman-sejati-brothers-untuk-biayai-pembedahan-by-pass-segera;
- http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/CAK_Akbarbersaraselamanya/Article/artikelMA;
- http://members.tripod.com/~The_Servant/id31.htm;
- http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=et_02.htm;
- http://www.facebook.com/zahidinm/photos; dan
- http://muzikdakwah.blogspot.com/2010/03/brothers.html.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan