2004:
Kebangkitan pasukan dari Utara.
4hb
Disember 2004: Skuad Kedah yang kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada
1993, bertekad mahu mendakap piala tersebut sekali lagi. Khairul Ismail yang
dipinjam dari Johor FC, menjadi wira Hijau Kuning apabila menjaringkan gol
untuk menewaskan Sabah dalam perjuangan menuju ke Bukit Jalil.
Tahun
2004, Kedah di bawah kendalian Azraai Khor yang dilantik sebelum bermula aksi
Piala Malaysia. Azraai bermula semula daripada kosong, dengan mengetengahkan
bakat-bakat muda seperti Khyril Muhaimin, Helmi Eliza, dan Shafizan Hasyim.
Lebuh
raya menuju ke KL dari arah Utara sesak dengan para penyokong kedua-dua pasukan
yang sudah dilanda demam bola.
Namun,
sudah tertulis rezeki buat Singa Utara yang diperkuatkan oleh Permata Hitam
mereka.
Perlis
yang menyingkirkan calon pilihan, Tok Gajah pada separuh akhir, berjaya
menewaskan Sang Kenari apabila lontaran laju Adrien Jurad Chamrong gagal
ditangkap kemas oleh penjaga gol yang juga kapten skuad Kenari. Sebelum Rory
Delap menjadi seorang ‘throw-ins specialist’ di Stoke City, Adrien Jurad
Chamrong sudah acap kali membuat ‘serangan udara’ dari lontaran ke dalam.
Cikgu
Jan dijulang tinggi tatkala trofi Piala Malaysia menjadi hadiah hari lahir yang
bermakna buat Manzoor Azwira, 28, serta Amran Omar, 32.
Kedah
yang turun tanpa ayam tambatannya, Akmal Rizal Rakhli kerana kecederaan,
terpaksa berpuas hati selaku Naib Juara apabila jaringan tersebut kekal hingga
akhir permainan.
Azraai
Khor perlu menunggu beberapa tahun sebelum skuad yang dibentuknya bersama-sama ikon
bola sepak negeri Kedah, Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil (Allahyarhamhu) bangkit
untuk menjuarai ‘double treble’ beberapa tahun berikutnya.
Marcos
Magno, Tavares Morales, Chichi Mendes, Shandel Bobby, dan Joe Samuel merupakan
import asal Kenari sebelum ditambah kehadiran antara pemain import terbaik
pernah bermain di Malaysia iaitu Marlon Alex James, Bernard Huggin dan pastinya
Nelson Sam Martin.
Azraai
tidak perlu menunggu lama untuk menuai hasil apabila Kedah menjadi doub treble
champion pada tahun 2006/2007 dan 2007/2008.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan