Boikot
dan Hak; Melayu dan Islam.
Nak
boikot peniaga penipu dan kurang ajar; terserah. Itu memang hak kita sebagai
pengguna.
Tapi,
memandangkan golongan penipu ini bukan hanya terdiri daripada sesuatu kaum,
maka elakkanlah daripada melonggokkan kebencian terhadap sesuatu kaum -- hanya
kerana sikap segolongan penipu tersebut.
Kita
memang Melayu; tetapi kita juga ada agama -- Islam. Kita memang Melayu; tetapi
kita sedang menjalani ibadah puasa.
Sayu
bila lihat betapa mudahnya masyarakat kita (Malaysia) bereaksi dengan emosi
yang melampau dalam sesuatu isu -- meskipun kita tidak jelas letak duduk
perkara tersebut.
Daripada
isu berbondong-bondong manusia bersesak untuk membeli jubbah dan tudung
berjenama sehinggalah isu 1MDB yang masih lagi kita tidak pasti apa
kebenarannya. Tatkala banyak isu viral yang menenggelamkan memori tragedi MH17
dan MH370.
Teladanilah
akhlak dan sikap terpuji Nabi Muhammad SAW. Sebarkanlah salam. Bersamalah kita
doakan masyarakat dan negara kita dilindungi dan dipelihara oleh ALLAH SWT
daripada perkara yang tidak baik.
Semoga
Ramadhan ini bukan yang terakhir untuk kita -- dan menjadi lebih baik dari
tahun terdahulu.
Hasbunallah
wanikmal wakil.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan