1999:
Man Turn dan Bekas Pemain Selangor
Bangkit Bersama Harimau Kumbang.
Setelah
kemerosotan prestasi serta pelbagai berita angin berkenaan kontroversi pihak
pengurusan Selangor sepanjang 1998, ramai bintang era gemilang 1995-97 memilih
untuk berhijrah ke negeri Pulau Mutiara.
Azman
Adnan mengetuai nama-nama besar seperti Shahril Arsat, Azlisham Ibrahim, dan
Asmawi Bakiri untuk membuat kebangkitan semula bersama Pulau Pinang.
Selain
Man Turn yang diberikan penghormatan untuk lilitan kapten, skuad tersebut turut
dianggotai oleh Wong Kah Loon (Aiman Wong), Fauzi Soh, Megat Amir Faisal,
Hasmawi Hassan dan lain-lain.
Tanggal
9hb Oktober 1999, penyokong Selangor dikejutkan dengan kekalahan besar 0-5
kepada skuad Haria Penang Haria menerusi jaringan Azman, Shahril, S. Suresh
Kumar dan Hasmawi Hassan di gelanggang keramat Stadium Bandaraya.
Meskipun
dikejutkan dengan layangan kad merah untuk kali kedua selepas terakhir pada
1994, dalam perlawanan menentang Pahang, Man Turn menutup tirai liga dengan
gemilang apabila menggondol Anugerah Kasut Emas dan menjadi buruan banyak
syarikat penajaan.
Beliau
tetap setia dengan jenama Reebok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan