Di
kedai buku, ternampak muka depan buku teks Pendidikan Jasmani Tingkatan 1. Ada
gambar Akmal Rizal Rakhli, penyerang yang digambarkan sebagai mempunyai
ciri-ciri ketajaman penyudah SuperMokh dan Man Turn (Azman Adnan).
Saya
paling tak boleh lupa Akmal menjaringkan gol secara ‘on the run’ semasa lawan Singapura.
Akmal,
yang mesra dengan gelaran ‘Dikman’, merupakan anggota skuad remaja Piala Nike
1996 yang sangat cemerlang, apabila mengungguli Kejohanan Peringkat Asia
Pasifik tersebut.
Terkenang
skuad remaja negara yang kini mempamerkan prestasi cemerlang dalam kejohanan
yang melibatkan pasukan kelab remaja daripada akademi bola sepak tersohor.
Semoga
skuad Bawah 13 PPBSN terus cemerlang, dan tidak hanyut dengan pujian serta
tekanan. Peminat menaruh harapan tinggi, sebab skuad senior dan Harimau Muda
nampak sangat merosot, sedangkan ada yang beraksi dalam Liga-M dengan
pendapatan yang sangat tinggi.
Kita
doakan yang baik-baik saja. Semoga terus cemerlang, dalam kejohanan antara
negara pula, in sya ALLAH. Perjalanan masih jauh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan