Selasa, Oktober 21, 2014

ABIM Meriahkan Futsal FGIS, Kukuhkan Semangat Perpaduan.

Logo ABIM.
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan
Juga mantan Presiden PKPIM.
Beliau merupakan penerima Anugerah Tokoh Belia ASEAN 2014 
dan Anugerah Belia Perdana Malaysia 2014.

Saudara Raimi Ab Rahim, Naib Presiden 
ABIM. Juga mantan
Presiden PKPIM.

Ahli Jawatankuasa Pusat (AJKP) 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Logo FGIS.
27hb Oktober 2014 (Isnin): Kejohanan Futsal Antara Agama (Inter-Faith Futsal Tournament 2014) anjuran Kumpulan Persahabatan bagi Perkhidmatan Antara Agama (Friendship Group Inter-Religious Services-FGIS) telah mendapat liputan dalam akhbar The Star dalam ruangan sukan ‘STARMETRO’.












I
ABIM Meriahkan Futsal FGIS,
Kukuhkan Semangat Perpaduan.
Alhamdulillah, pada 18hb Oktober 2014, Kejohanan Futsal Antara Agama (Inter-Faith FutsalTournament) dengan tema ‘Meraikan Persahabatan dan Perpaduan’ (Celebrating Friendship and Unity) telah dianjurkan oleh Kumpulan  Persahabatan bagi Perkhidmatan Antara Agama (FGIS), rakan kolaborasi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), bersama rakan-rakan penganut agama utama di Malaysia.

Kejohanan futsal ini mendapat sokongan daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta iM4U. Pengarah Unit Penjenamaan iM4U, Efny Johan berkata, kejohanan ini mampu memupuk persefahaman yang lebih baik antara satu sama lain. “Kami berharap kejohanan seperti ini dapat diadakan lebih kerap gar perpaduan sesama kaum dapat dieratkan. Belia juga dapat belajar toleransi dan menerima cara hidup rakan-rakan yang baru,” jelasnya.
















II
Matlamat Penubuhan FGIS.
FGIS ditubuhkan pada tahun 2001 merupakan sebuah organisasi yang berusaha untuk merapatkan perpaduan antara kaum dan agama di Malaysia. Organisasi ini berperanan bekerjasama dengan agama-agama utama demi kebaikan negara. FGIS terdiri daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Buddhist Maha Vihara, Kumpulan Gereja-Gereja Malaysia, Malaysia Hindu Sangam dan Malaysian Gurdwaras Council (Sikh).

Matlamat penubuhan FGIS ialah memupuk keharmonian antara agama dan menegakkan nilai manusiawi, iaitu dengan cara membantu golongan yang memerlukan dan menyumbang terhadap pembangunan negara. FGIS telah membuktikan bahawa tanpa hadiah wang tunai, kejohanan futsal yang dianjurkan pada Ahad lalu, telah berlangsung dengan jayanya.












III
Futsal FGIS eratkan hubungan 
antara kaum dan agama.
Menariknya dalam perlawanan futsal kali ini, terdapat 12 buah pasukan yang bertanding dalam persaingan secara liga. Setiap pasukan terdiri daripada pemain berlainan kaum dan agama. Secara tidak langsung, para peserta saling berkenalan seterusnya dapat mengeratkan perpaduan dan mengukuhkan integrasi khususnya melibatkan generasi muda Malaysia. Kejohanan tersebut berjaya menarik lebih seratus peserta berusia 18 hingga 35 tahun dengan menyaksikan setiap pasukan diwakili oleh peserta pelbagai kaum.
Pengasas dan penasihat FGIS, Datuk J. Jegathesan  berkata, beliau amat teruja dengan semangat yang ditonjolkan oleh golongan belia ini. “Mereka bermain dalam satu pasukan dan bukannya satu agama. Ia bukan sekadar perlawanan futsal, tetapi apa yang lebih penting adalah hubungan erat antara kaum merupakan objektif utama kami.  Malah dalam masa yang sama, mereka diterap dengan budaya positif iaitu bersukan bukan kerana wang ringgit,” jelasnya selepas penyampaian pingat kepada semua peserta. 

IV
Futsal FGIS terima sambutan 
menggalakkan.
Datuk Jegathesan berkata, walaupun baru kali pertama dianjurkan, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan FGIS bercadang akan menjadikan aktiviti ini sebagai program tahunan.
Kami juga merancang untuk mengadakan program ini di setiap negeri sebelum ke peringkat kebangsaan. Bagi saya, ia merupakan  salah satu landasan penting untuk mengukuhkan semangat perpaduan. Kita bukan sahaja melihat peserta-peserta dari pelbagai kaum menyertai perlawanan ini, malah wakil-wakil kumpulan agama Malaysia juga turut meluangkan masa hadir memberi sokongan. 
Mereka (wakil kumpulan agama) ini sanggup mengetepikan seketika tugasan masing-masing untuk sama-sama menjayakan aktiviti perpaduan ini,” katanya. Dalam pada itu, Jegathesan berkata, program-program berbentuk perpaduan seperti ini sepatutnya mendapat sokongan penuh daripada pihak media. “Jelas sekali, aktiviti seperti ini jarang mendapat liputan kerana tidak ada sebarang ‘unsur’ politik atau isu panas. Saya percaya jika ada dua perkara itu, pasti semua media akan hadir,” jelasnya penuh bermakna.


V
Meraikan kesatuan 
dalam bingkai kepelbagaian.
Kejohanan ini menampilkan pemain-pemain daripada pelbagai agama dan menyemangati semangat kesukanan dan nilai-nilai bersama. Sebagai ‘tuan rumah’, memang kita diajar untuk memuliakan tetamu. Tambahan pula dengan masyarakat yang berpayung di dalam negara. Bersatu tidak akan mengurangkan nilai mana-mana bangsa, agama, bahasa dan sebagainya. Bahkan mukmin yang ‘qawiy’, pasti akan melihat ini sebagai platform dakwah tertinggi.
Meraikan kesatuan dalam bingkai kepelbagaian: Tidak luak rasa kasih, bahkan bertambah rasa belas sesama manusia. Terima kasih kepada semua peserta yang mewakili ABIM dan rakan-rakan sukarelawan yang membantu melancarkan acara bersejarah pada kali ini. Tahniah FGIS. Sesungguhnya, ‘Kesatuan dalam Bingkai Kepelbagaian’ bumi ini adalah milik kita bersama. Hidup Malaysia kita. Padu.


Sahabat aktivis dan pimpinan Angkatan 
Belia Islam Malaysia (Abim Pusat) bergambar 
kenangan, sebagai tanda solidariti masyarakat 
Malaysia buat rakyat Syria 
yang dizalimi.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO),
Malaysia Life Line for Syria (MLL4S), Saudara
Syahrir Azfar Al-Halabi bersama kemeja-T (t-shirt)
#SaveTheChildrenOfSyria, yang berharga RM20 sahaja
(tambah RM6 untuk kos pengeposan).
Saudara Azman Adnan, antara 10
penyerang terbaik Malaysia sepanjang
zaman, bergambar kenangan bersama t-shirt
#SyriaNeedsYou. Man Turn, Man Score.
Bekas penjaga gol Malaysia, Saudara Jamsari Sabian, 
bersama buku tulisan Sohibus Samahah Dr. Zulkifli Mohamad 
Al-Bakri (kini Mufti Wilayah Persekutuan) bertajuk ‘Krisis Syria dan 
Mauqif Ulama’ sekarang untuk mengetahui pendirian para Ulama’ 
mengenai krisis yang berlaku di Syria ketika ini. 
Berwarna dan bergambar. RM25 sahaja. 



V
Sekretariat Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) telah melancarkan Kempen #SaveTheChildrenOfSyria bertujuan untuk membela nasib kanak-kanak Syria sekaligus untuk menyedarkan orang ramai terhadap kezaliman berlaku di Syria. 
Revolusi berdarah di Syria ini telah masuk tahun ketiga dan telah mengorbankan hampir 160,000 nyawa. Jumlah ini termasuk 11,000 daripadanya adalah kanak-kanak.
Sumbangan boleh disampaikan melalui:
Maybank: SALAM SURIAH RESOURCES
No. Akaun : 5645-5733-8496
Emel: donation.mllfs@gmail.com
No. Telefon : 03-4141 6732 / 013-222 6057 / 013-348 6732
* Untuk mendapatkan resit pengecualian cukai, sila emelkan kepada MLL4S: nama penuh, alamat, nombor telefon dan bukti sumbangan. 
-------------------------------------------------------------------------------

* Kepada yang berminat untuk membeli ‘merchandise’ sambil menderma untuk Syria, boleh PM di Page Charity Sales For Syria - MLLFS.
https://www.facebook.com/CharitySalesMLLFS




Naib Presiden ABIM merangkap 
Pengerusi MLL4S: Saudara 
Jufitri Joha. Juga Penerima Anugerah 
Perdana Belia Negara (Kategori 
Lelaki) 2014.
“Jangan tengok, wahai anak patungku! 
Semua yang menakutkan ini akan 
berakhir dengan segera…” 
Anak kecil ini berasal dari Idlib. Di sebelah anak kecil ini bukan sahaja kasut beliau, tetapi juga kakinya. Anak ini dalam keadaan terkejut sehingga tidak mampu merasa sakit, berlumuran darah di bumi Syria.
2000 selimut tebal dan tilam: 
Misi konvoi sulung MLLFS. 
Wakil delegasi bergambar di hadapan lori yang membawa bekalan 8 tan gandum untuk masuk ke Syria. Ketika ini semua lori-lori dari Turki sedang beratur di sempadan Turki-Syria untuk memasuki Syria dari Bab al-Hawa. Delegasi kali ini membawa sumbangan sebanyak RM400, 000 atau Euro100,000. 
Liputan dalam Metro, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Metro, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Utusan Malaysia,
8hb November 2012. 
5hb Disember 2012: Angelina Jolie buat kali keduanya telah membuat lawatan istimewa ke kem pelarian Syria di Jordan (Kem al- Zaatari). Beliau sendiri telah memasuki kem dan bertanya khabar dengan pelarian di sana, terutama kanak-kanak. Beliau tidak pernah terlampau sibuk sehingga tidak mampu memainkan peranan sebagai seorang manusia. 
  
 
Oktober 2014: MLL4S dengan kerjasama jaringan NGO anak 
muda, Shabab Saed di Syria, telah melancarkan 'Projek Water Bank' yang 
merupakan projek pengagihan air bersih kepada para penduduk 
sekitar Aleppo, Syria.
Julai 2014: Misi 
Bantuan Kemanusiaan
Ramadhan.
Oktober 2014: Misi 
Bantuan Kemanusiaan 
Eiduladha 2.0.
VI
Sekadar makluman, Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) merupakan sebuah badan gabungan yang menaungi 8 buah NGO dengan matlamat menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria yang memerlukan. Dilancarkan pada November 2012, misi MLL4S kali pertama telah berjaya dijalankan pada 27hb November hingga 3hb Disember 2012.
Misi yang diketuai oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan disertai oleh beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain seperti Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Gabungan Selamatkan Syria (GSS), Pertubuhan Sinar Damsyik (PERSIDAM), Syrian Youth Assembly in Malaysia (SYAM) dan Malaysia Social Media Foundation (MSMF) telah menghantar bantuan bernilai RM400,000 kepada rakyat Syria di kawasan Atmeh, Idlib.
Hal yang demikian, pihak Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) menyeru kepada semua kepimpinan, rakyat Malaysia serta dunia kemanusiaan untuk bangkit menyatakan bantahan terhadap tragedi kemanusiaan yang paling teruk selepas tragedi Rwanda ini. 200,000 lebih kematian dicatatkan tanpa pembelaan. Apakah kita mahu terus hidup dengan hutang menuntut bela atas kematian mereka yang tidak berdosa? Ayuh, sebarkan kebajikan. Demi Syria, Untuk Ummah.

------------------------------------------------------------------
Sumber dan Rujukan:
  1. https://www.facebook.com/MLL4S?fref=ts;
  2. https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia;
  3. https://www.facebook.com/pkpimalaysia?fref=ts;
  4. http://chedinsphere.blogspot.com/2014/03/abim-anjur-program-kunjungan-mahabbah.html;
  5. http://chedinsphere.blogspot.com/2014/07/abim-dan-ngo-lain-bersatu-zahirkan.html;
  6. http://chedinsphere.blogspot.com/2014/04/wakil-abim-dan-pkpim-dalam-dialog.html;
  7. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/08/abim-dilantik-sebagai-pengerusi-ujn.html;
  8. https://www.facebook.com/cikguainaa;
  9. https://www.facebook.com/media/set/?set=a.887118804634107.1073741872.126121114067217&type=1;
  10. https://www.facebook.com/syazwani.zulkapli?fref=nf;
  11. https://www.facebook.com/atiqah.syairah.9?fref=ts;
  12. http://www.mstar.com.my/sukan/sukan-ekstra/2014/10/19/fgis/.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...