Isnin, Mac 25, 2013

Sesi Sembang tepi jalan dengan Saudara Jabal Noor.

Abe Jabal bersama para penyokong setia Harimau Malaya sewaktu Piala Asia AFC 2007. Para otai ini tetap setia bersama skuad kebangsaan, dari dulu hingga sekarang.
Abe Jabal yang sempoi. Beliau memakai jersi hoki kebangsaan 1997:
Buku biografi Supermokh, edisi kedua (1991).
Biografi Supermokh, edisi pertama (1989).

Sedikit tentang Buku Biografi Supermokh:
http://chedinsphere.blogspot.com/2013/01/buku-biografi-mokhtar-dahari.html
 
Sesi baca puisi.
Julie Goes Overseas: Oh Bulan.

Antara buku yang dijual.
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
Bersama Saudara Hafizul Osman, antara orang kuat Galeri R A Fine Arts. Foto ini ditangkap oleh Pak Engku (Raja Ahmad Aminullah).
Hafizul, Pak Engku dan saya, di Galeri RA Fine Arts, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.


23hb Mac 2013, Perpustakaan Negara Malaysia.
I
Alhamdulillah, Sabtu lepas saya berkesempatan berkunjung ke acara ‘Jualan Buku@But Kereta’ (Car Book Sale) yang diadakan di Perpustakaan Negara Malaysia dari jam 9.30 pagi hingga 3.30 petang. Terdapat pelbagai jenis buku sama ada yang baru, terpakai mahupun langka (rare). Selain jualan buku, terdapat juga beberapa persembahan deklamasi puisi daripada pelajar UiTM, ‘busking’ dan nyanyian daripada kugiran Julie Goes Overseas 2. Kumpulan ini dianggotai oleh Jazlan Zakirin (vokalis); Wan (pemain gitar bass); Ant (gitaris); Azwan (gitaris); dan Monche (pemain dram).

II
Sewaktu jualan buku tersebut, saya sempat bertemu pengumpul tegar ‘kit’ bola sepak Malaysia, Saudara Jabal Noor. Beliau hadir bersama isteri dan anaknya yang comel, Umar Mukhtar. Saudara Jabal yang saya gelarkan sebagai ‘Abe Jabal’ sedang berusaha untuk mengumpul jersi dan maklumat berkenaan ‘kit’ pasukan Johor FA dari tahun 1990 hingga kini. Meskipun mempunyai banyak pengetahuan berkenaan ‘kit’ dan sejarah bola sepak Malaysia, beliau tidak pernah mendakwa dirinya sebagai pakar, malah sentiasa merendah diri dan bersederhana. Contoh ikutan yang baik buat saya dan peminat bola sepak Malaysia yang lain.

III
Kami sempat bertukar-tukar buku dan majalah milik masing-masing sebagai koleksi kenangan. Memandangkan Abe Jabal merupakan kipas-susah-mati Liverpool FC, saya menghadiahkan beliau satu naskah majalah Shoot terbitan 1987 dengan lagenda England, John Barnes menjadi penghias muka depan majalah tersebut. Beliau pula memberikan saya salinan fotostat buku ‘Mokhtar Dahari: Perginya Lagenda Bola Sepak’ terbitan Kumpulan Utusan pada 1991. Sebagaimana edisi pertama yang diterbitkan pada 1989 (Mokhtar Dahari: Lebih Sedekad Bergelumang Dengan Bola Sepak), naskah yang penuh nostalgik ini memaparkan detik-detik peristiwa dan kenangan yang dilalui oleh Supermokh sejak mula berkecimpung dalam arena bola sepak sehinggalah saat keuzuran beliau. Buku ini merupakan edisi kedua dan terdapat penambahan pada Bab ke-15 iaitu bahagian yang menceritakan suasana dan detik-detik pemergian Supermokh sehinggalah saat beliau dikebumikan.


IV
Sewaktu di PNM, saya sempat meluangkan masa untuk berbual dengan budayawan mapan, YM Raja Ahmad Aminullah, yang mesra dengan panggilan Pak Engku. Beliau merupakan pengasas dan pemilik Galeri RA Fine Arts yang terletak di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. RA Fine Arts turut menerbitkan buku, di mana galeri tersebut juga menjual buku-buku baru dan terpakai sewaktu jualan buku di PNM Sabtu lepas. Terharu juga bila Pak Engku masih mengingati saya meskipun kami sudah lama tidak ketemu. Semoga Pak Engku dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan oleh ALLAH SWT. Amin.

Sumber dan Pautan:
  1. http://ra-finearts.blogspot.com/2013/03/jualan-bukubut-kereta-car-book-sale-di.html;
  2. http://orkidkota.blogspot.com/2013/03/rindu-terubat-di-car-book-sale.html;
  3. http://chedinsphere.blogspot.com/2013/01/singapura-lawan-selangor-piala-malaysia.html;
  4. http://chedinsphere.blogspot.com/2013/02/supermokh-jalani-pembedahan-lutut-1976.html.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...