Rabu, Mac 27, 2013

Malaysia lawan Palestin (26hb Mac 2013).

 
 

Malaysia lawan Palestin (26hb Mac 2013).
I
Skuad Harimau Malaya tewas 0-2, kepada Palestin pada perlawanan amal antarabangsa di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi. Gol Palestin dijaringkan oleh Khaled Salem (minit ke-39) dan Ashraf Alfawaghra (minit ke-90). Kita beraksi tanpa beberapa pemain utama, di samping bermain di bawah kemampuan sebenar. Satu-satunya percubaan tepat dan berbahaya dijelmakan oleh pemain veteran, Amri Yahya.
II
Penjaring gol sulung Palestin tercedera pada bahagian lutut sewaktu cuba meraikan jaringan ala lagenda Yugoslavia, Dragan Mance dengan meluncur menggunakan lututnya. Beberapa laman sesawang dan rakan di Facebook memaklumkan bahawa terdapat program yang diadakan di atas padang Stadium Darul Makmur, seterusnya menyebabkan kualiti padang yang asalnya cantik, merosot teruk. 

III
Buat julung kalinya, tiada penyokong Malaysia yang merungut bila penyokong kita mengibarkan bendera pasukan lawan di Kuantan. Solidariti padu buat umat Palestin, Syria, Rohingya dan sekalian umat yang tertindas.

----------------------------------------------------
Sumber dan pautan:

  1. http://m.bharian.com.my/; 
  2. http://www.hmetro.com.my/; 
  3. www.utusan.com.my/; 
  4. http://www.facebook.com/fam.org.my?ref=ts&fref=ts.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...