Rabu, Mac 27, 2013

Sedikit tentang Bukta, FBT, JKiNG dan jersi Malaysia.



Reduan Abdullah, lagenda Malaysia yang seangkatan dengan Supermokh, sedang menyarung jersi Bukta.
George Best, bintang Manchester United yang pernah beraksi untuk skuad Harimau Malaysia. Di dalam gambar ini, Best memakai jersi The Red Devils jenama Bukta. 
1983: Lagenda Ireland dan Manchester United,
George Best, juga pernah menjadi ketua
pasukan Harimau Malaysia.
George Best, dalam satu kunjungan
ke Malaysia pada 1996.
Antara logo-logo Bukta.
Kilang asal Bukta.
Jersi Bukta Malaysia yang turut dipakai sewaktu 
skuad kebangsaan menerima kunjungan 
skuad China di Stadium Merdeka.
1984: Keegan sewaktu melatih 
pemain belia negara. 

1984: Keegan dan skuad
Harimau Malaysia.
1984: Keegan dilaporkan menerima bayaran
yang sangat lumayan untuk melatih dan mengetuai
skuad Harimau Malaysia (skuad pelapis)
selama sebulan. 

Piyapong Pue On, Kiatisuk Senamuang, Suebsak Phunsueb dan Pornchai Kaokaew, ikon sukan Thailand yang menggayakan ‘kit’ FBT dan Grand Sport.
Logo FBT dan Grand Sport, dua jenama 
sukan Thailand yang terkenal.
Johor FC 
(1998). 
PKENJ FC 
(Juara Piala FAM 1994)
Antara produk yang dihasilkan 
dengan jenama JKiNG.

Skuad Johor FC 2010 turut menerima tajaan JKiNG. Antara pemain handalan skuad ini ialah Tengku Hazman Raja Hassan, Awe (Nurul Azwan Roya) dan Eddy Helmi Manan.
Mac 1980: Tengku Ahmad Rithauddeen dan Tun Hussein Onn menerima kunjungan Menteri Luar China, Huang Hua di Sri Taman. Sri Taman kini dikenali sebagai Memorial Tun Abdul Razak.
Mac 1980: Peter Rajah bersaing dengan penyerang China sewaktu perlawanan persahabatan di Stadium Merdeka. Malaysia menang 3-1 hasil jaringan Hassan 'Cucuk' Sani dan 'King' James Wong.
Sedikit tentang Bukta, FBT, JKiNG dan jersi Malaysia.
I
Diasaskan pada 1879 oleh Edward R. Buck & Sons, jenama ‘Bukta’ merupakan jenama barangan bola sepak yang paling lama di England. Mula menghasilkan ‘kit’ bola sepak untuk Nottingham Forest pada 1884, Bukta menjadi jenama yang digunakan oleh pasukan kebangsaan England sekitar 1960an. Dekad 70an pula menyaksikan Bukta menjalinkan kerjasama dengan beberapa kelab besar seperti Manchester United, Arsenal, Newcastle United dan West Ham United. Jenama Bukta menjadi popular apabila George Best menyertai kelab Scotland, Hibernian yang mana pakaian sukannya memaparkan logo Bukta yang agak besar pada bahagian hadapan sebagai sebahagian daripada pakej penajaan. 

II
Skuad bola sepak Malaysia juga pernah menggunakan jersi Bukta sewaktu zaman kegemilangannya. Antara jersi yang jarang dilihat ialah yang berwarna merah, di mana jersi ini dipakai sewaktu skaud negara menerima kunjungan skuad kebangsaan China ke Stadium merdeka, Kuala Lumpur. Selepas Bukta, Malaysia menggunakan jenama Adidas sebelum diambil alih oleh Nike.

III
Untuk rekod, Persatuan Bola Sepak China (CFA) ditubuhkan pada 1931 ketika Perang Saudara antara Tentera Kerajaan Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis China (CPC). Pada 1958, mereka keluar daripada gabungan FIFA, tetapi kembali menyertai badan induk bola sepak dunia itu pada 1979. Mereka pernah menjadi Naib Juara Piala Asia sebanyak dua kali, iaitu pada 1984 dan 2004, selain pernah layak ke Piala Dunia 2002.  

IV
Pada 16hb Mac 1980 di Stadium Merdeka, dua buah pasukan yang sedang mengadakan persiapan untuk Kelayakan Sukan Olimpik 1980 ketika itu, iaitu Malaysia dan China telah berentap. Meskipun bermain dengan hanya sepuluh orang, China mendahului pada minit ke-55 hasil jaringan Li Fubao yang berjaya menewaskan Peter Rajah. Namun, Malaysia yang beraksi tanpa Supermokh kerana bersara, bangkit hasil jaringan Hassan Sani pada minit ke-61 dan dua gol daripada James Wong. Antara yang menyerlah dalam perlawanan tersebut ialah Santokh Singh dan Soh Chin Aun. 

Pada tarikh tersebut juga, Menteri Luar China, Huang Hua melakukan lawatan singkat ke negeri Melaka dan disambut oleh Ketua Menteri Melaka ketika itu, Mohamed Adib Adam. Huang Hua kemudiannya mengunjungi Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Hussein Onn di Seri Taman. Hua diiringi oleh penterjemahnya dan Menteri Luar Malaysia ketika itu, Tengku Ahmad Rithauddeen.

V
Tengku Ahmad Rithauddeen merupakan cucu kepada Sultan Pattani yang terakhir, iaitu Tengku Abdul Kadir Kamaruddin (Phraya Pattani V). Mempunyai Ijazah Undang-Undang daripada Universiti Nottingham, United Kingdom dan Barrister-at-Law daripada Lincoln’s Inn, London, Tengku Ahmad Rithauddeen pernah menjadi Presiden Persatuan Bola Sepak Wilayah Persekutuan atau Kuala Lumpur (KLFA); Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Pengerusi Jawatankuasa Separa Profesional FAM.

VI
Meskipun jenama Bukta semakin tenggelam sekitar 80an dan 90an akibat kebanjiran dan dominasi jenama-jenama besar seperti Nike, Adidas, Puma dan sebagainya, Bukta yang kini dimiliki oleh Cavden Group kembali mewarnai lapangan barangan sukan dunia sekitar 2007. Sedikit tentang Adidas, Puma serta jenis bola Piala Dunia di sini:


VII
Syarikat barangan sukan Thailand, Football Thai Factory Sporting Goods Co., Ltd., yang mengeluarkan jenama produk yang dikenali sebagai ‘FBT’, merupakan antara kebanggaan negara Gajah Putih tersebut. FBT mengeksport produk mereka ke lebih daripada 40 buah negara, dengan lebih 2,800 orang pekerja dan keuntungan hamper US$50 juta. 


Satu lagi jenama sukan Thailand yang terkenal ialah ‘Grand Sport’, dihasilkan oleh Grand Sport Group Co. Ltd. Yang ditubuhkan pada 1961. Barangan Grand Sport pernah diterima sebagai penaja skuad bola sepak Singapura, Oman, Qatar, Kuwait, Uzbekistan, Republik Kyrgyz, Kelab Dofar FC (Oman), Kelab Qatar SC (Qatar) dan lain-lain.  
 
VIII
Malaysia juga mempunyai beberapa jenama sukan tersendiri seperti JKiNG, yang pernah popular untuk satu ketika kerana menaja beberapa pasukan seperti skuad Johor FA (PBNJ), Johor FC (PKENJ), Pasir Gudang United FC, Angkatan Tentera Malaysia FA (ATM), TNB Kelantan dan pasukan-pasukan yang bertanding dalam kejohanan Piala Emas Raja-Raja. 

Popular sekitar akhir dekad 90an sehingga pertengahan 2000, jenama JKiNG dikeluarkan oleh Syarikat Tajasukan Sdn Bhd. Jenama JKiNG yang merangkumi jersi, pakaian trek, beg dan pakaian kasual yang mempunyai kualiti yang tersendiri, bagaimanapun semakin dilupakan pada hari ini. Semoga ada usaha yang lebih giat untuk menaikkan martabat jenama sukan keluaran Malaysia satu hari nanti, sekurang-kurangnya, sepopular FBT, kalau tidak sehebat Adidas dan Nike.

--------------------------------------------------
Sumber dan Pautan:

  1. Majalah Arena Bola Sepak;
  2. Majalah Dunia Sukan;
  3. www.nst.com.my/;
  4. http://www.truecoloursfootballkits.com/articles/sportswear-brand-histories-bukta;
  5. http://www.bukta.com/;
  6. http://teamchina.freehostia.com/index.php?lang=en&y1=1960&y2=1988&competition=all&venue=mas&opponent=mas;
  7. http://www.mohdrizmanma.com/2012/12/suatu-ketika-menjadi-penyokong-setia.html.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...