Sabtu, Mei 24, 2014

Azman Adnan, Jersi 1996 Selangor dan kemeja-T Syria.


Azman Adnan, Jersi 1996 Selangor dan kemeja-T Syria.
23hb Mei 2014: Semalam, saya dan Sahabat Kelab Jersi Kita (KJK) berkesempatan untuk berkunjung ke kediaman Abang Azman Adnan, salah-seorang daripada sepuluh penyerang terbaik Malaysia sepanjang zaman. Seorang yang baik hati dan sempoi, kini menjadi Penolong Jurulatih kepada Dollah Salleh untuk pasukan PDRM FA. Alhamdulillah, tercapai juga impian nak hadiahkan beliau jersi 19 Selangor FA. Bersama memartabatkan jersi serta liga tempatan kita. Man Turn, Man Score. Padu. Untuk biodata ringkas beliau, boleh klik di sini.
Untuk rekod, Kelab Jersi Kita (KJK) ada membuka booth mini di beberapa buah karnival yang mempamerkan jersi-jersi nadir (rare) pasukan-pasukan liga bola sepak Malaysia dari era Semi-Pro sehinggalah sekarang. Antara barangan lain yang dipamerkan ialah memorabilia bola sepak tempatan (tiket perlawanan era 90an, bola dari tahun 60an, pingat, setem bola sepak lama dan barangan berkaitan sejarah bola sepak Malaysia) serta buku-buku dan majalah-majalah lama bola sepak Malaysia.
Masih lagi pada peringkat proses pendaftaran pendaftaran pertubuhan, Presiden Jawatankuasa Penaja KJK merupakan Saudara Asmizan Kasmawi atau lebih dikenali sebagai ‘AzmieSwitchimage’. Timbalannya pula ialah Saudara Kheiriel Hembeley Mohd Zakaria (King Kheiriel) dan Setiausahanya ialah Saudara Zairudin Hashim (Che Din).
Selain ‘booth’ di Karnival Syria Needs You (2014) di Stadium Malawati, KJK juga pernah membuat pameran di beberapa karnival dan program seperti Karnival Belia Putrajaya (2013) dan Karnival Sukan TV3 (2013) di Sri Pentas, Bandar Utama.
Selain membuka gerai pameran dan jualan, KJK turut mengadakan perlawanan bola sepak padangpersahabatan secara berkala serta futsal pada setiap Jumaat, pukul 10 malam di The Challenger Sports Centre, berhampiran Tol Batu 9, Lebuhraya Cheras-Kajang. Selain itu, ahli-ahli KJK turut turun ke stadium setiap kali perlawanan Liga-M, serta yang melibatkan pasukan kebangsaan. Hal ini bertujuan merapatkan hubungan sesama ahlinya.
Paling penting, tiada istilah siapa hebat atau tidak dalam KJK. Semua pengumpul jersi dan majalah bola sepak lama, tanpa mengira latar keturunan mahupun status, diraikan sebagai ahli keluarga. Kewujudan KJK juga agak signifikan bagi membolehkan ahlinya membuat rujukan atau pertanyaan sesama mereka berkenaan kualiti serta nilai sesuatu jersi, selain membuat rujukan berkenaan kaedah atau tempat yang paling sesuai untuk membuat sesuatu jersi ‘DIY’.
Komunikasi seperti ini penting bagi mendapatkan maklumat untuk mengelakkan unsur penipuan -- di mana para ahli dapat membantu satu-sama lain jika terdapat penipuan; baik daripada pihak pembeli mahupun penjual jersi Liga-M.
Mempunyai wakil di setiap negeri di seluruh Malaysia, kelab ini ditubuhkan dengan tujuan mengeratkan silaturrahim sesama pengumpul jersi dan majalah lama bola sepak tempatan. Matlamat jangka panjang KJK adalah ingin mengeluarkan e-book dan buku bercetak berkenaan sejarah bola sepak Malaysia serta jersi Liga-M.
Juga, KJK berhasrat untuk menubuhkan cawangan berdaftar di setiap negeri bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menghargai jersi tempatan melalui pameran yang dibuat di seluruh negara. Akhir sekali, KJK berhasrat untuk mempunyai galeri pamerannya sendiri bagi membolehkan koleksi arkib bola sepak negara dipamerkan kepada orang awam.




Naib Presiden ABIM merangkap 
Pengerusi MLL4S: Saudara 
Jufitri Joha. Juga Penerima Anugerah 
Perdana Belia Negara (Kategori 
Lelaki) 2014.
“Jangan tengok, wahai anak patungku! 
Semua yang menakutkan ini akan 
berakhir dengan segera…” 
Anak kecil ini berasal dari Idlib. Di sebelah anak kecil ini bukan sahaja kasut beliau, tetapi juga kakinya. Anak ini dalam keadaan terkejut sehingga tidak mampu merasa sakit, berlumuran darah di bumi Syria.
2000 selimut tebal dan tilam: 
Misi konvoi sulung MLLFS. 
Wakil delegasi bergambar di hadapan lori yang membawa bekalan 8 tan gandum untuk masuk ke Syria. Ketika ini semua lori-lori dari Turki sedang beratur di sempadan Turki-Syria untuk memasuki Syria dari Bab al-Hawa. Delegasi kali ini membawa sumbangan sebanyak RM400, 000 atau Euro100,000. 
Liputan dalam Metro, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Metro, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Utusan Malaysia,
8hb November 2012. 
5hb Disember 2012: Angelina Jolie buat kali keduanya telah membuat lawatan istimewa ke kem pelarian Syria di Jordan (Kem al- Zaatari). Beliau sendiri telah memasuki kem dan bertanya khabar dengan pelarian di sana, terutama kanak-kanak. Beliau tidak pernah terlampau sibuk sehingga tidak mampu memainkan peranan sebagai seorang manusia. 
  
 
Abang Azman juga sempat bergambar kenangan bersama kemeja-T #SyriaNeedsYou milik beliau, sebagai tanda solidariti terhadap umat yang tertindas di Syria. Seperti yang kita sedia maklum, konflik di Syria telah menyebabkan banyak nyawa terkorban, tatkala ramai yang terpaksa menjadi pelarian demi mencari perlindungan.
Sekadar makluman, Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) merupakan sebuah badan gabungan yang menaungi 8 buah NGO dengan matlamat menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria yang memerlukan. Dilancarkan pada November 2012, misi MLL4S kali pertama telah berjaya dijalankan pada 27hb November hingga 3hb Disember 2012.
Misi yang diketuai oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan disertai oleh beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain seperti Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Gabungan Selamatkan Syria (GSS), Pertubuhan Sinar Damsyik (PERSIDAM), Syrian Youth Assembly in Malaysia (SYAM) dan Malaysia Social Media Foundation (MSMF) telah menghantar bantuan bernilai RM400,000 kepada rakyat Syria di kawasan Atmeh, Idlib.
Hal yang demikian, pihak Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) menyeru kepada semua kepimpinan, rakyat Malaysia serta dunia kemanusiaan untuk bangkit menyatakan bantahan terhadap tragedi kemanusiaan yang paling teruk selepas tragedi Rwanda ini. 200,000 lebih kematian dicatatkan tanpa pembelaan. Apakah kita mahu terus hidup dengan hutang menuntut bela atas kematian mereka yang tidak berdosa?
Sumbangan boleh dihulurkan melalui:
Sila klik pada pautan berikut untuk borang sumbangan :
http://form.jotformpro.com/form/40387652728968

Ayuh, sebarkan kebajikan. Demi Syria, Untuk Ummah.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...