Salam.
Saya
dan Sahabat Malaysia Life Line
for Syria (MLL4S) akan membuka booth pameran dan jualan sempena ‘Ekspo
Ekstravaganza Johor 2015’, dari 13-15hb Februari 2015 (Jumaat hingga Ahad),
pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Lokasi
program adalah di Angsana Johor Bahru Mall. Sahabat Kelab Peminat Azman Adnan - G19 juga
akan membuat pameran jersi dan majalah bola sepak lama Liga Malaysia di booth
yang sama.
*
Sebahagian Sahabat G19 pula akan ke Kuantan, Sabtu ini, bagi menyaksikan
pertembungan Tok Gajah dan Gergasi Merah.
Semua
dijemput hadir. Ayuh, beli dan baca: sambil menderma. :)
Sahabat aktivis dan pimpinan Angkatan
Belia Islam Malaysia (Abim Pusat) bergambar
kenangan, sebagai tanda solidariti masyarakat
Malaysia buat rakyat Syria
yang dizalimi.
|
| ||||
Saudara Azman Adnan, antara 10
penyerang terbaik Malaysia sepanjang zaman, bergambar kenangan bersama t-shirt #SyriaNeedsYou. Man Turn, Man Score. |
Bekas penjaga gol Malaysia, Saudara Jamsari Sabian,
bersama buku tulisan Sohibus Samahah Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri (kini Mufti Wilayah Persekutuan) bertajuk ‘Krisis Syria dan
Mauqif Ulama’ sekarang untuk mengetahui pendirian para Ulama’
mengenai krisis yang berlaku di Syria ketika ini.
Berwarna dan bergambar. RM25 sahaja.
|
Dikenali sebagai seorang yang peramah
dan sering merendah diri, Abg Jamsari Sabian telah melelong pingat Juara Piala Malaysia kesayangannya, untuk disumbangkan ke Tabung Gaza dan Syria. |
23hb Jun 2014: Siaran langsung
Scoreboard (TV3) bersama Abg Jamsari Sabian, bekas penjaga gol Selangor, MPPJ FC dan kebangsaan yang berjasa. Terima kasih buat Kru Scoreboard tv3 new official yang banyak membantu. Syukur. |
Sahabat Kelab Jersi Kita (KJK) bergambar
kenangan, sebagai tanda solidariti masyarakat Malaysia buat rakyat Syria yang dizalimi dan terkesan akibat konflik peperangan. |
III
Kempen #SaveTheChildrenOfSyria
Sekretariat Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) telah melancarkan Kempen #SaveTheChildrenOfSyria bertujuan untuk membela nasib kanak-kanak Syria sekaligus untuk menyedarkan orang ramai terhadap kezaliman berlaku di Syria.
Revolusi berdarah di Syria ini telah masuk tahun ketiga dan telah mengorbankan hampir 160,000 nyawa. Jumlah ini termasuk 11,000 daripadanya adalah kanak-kanak.
Sumbangan boleh disampaikan melalui:
Maybank: SALAM SURIAH RESOURCES
No. Akaun : 5645-5733-8496
Emel: donation.mllfs@gmail.com
No. Telefon : 03-4141 6732 / 013-222 6057 / 013-348 6732
* Untuk mendapatkan resit pengecualian cukai, sila emelkan kepada MLL4S: nama penuh, alamat, nombor telefon dan bukti sumbangan.
-------------------------------------------------------------------------------
* Kepada yang berminat untuk membeli ‘merchandise’ sambil menderma untuk Syria, boleh PM di Page Charity Sales For Syria - MLLFS.
https://www.facebook.com/CharitySalesMLLFS
* Kepada yang berminat untuk membeli ‘merchandise’ sambil menderma untuk Syria, boleh PM di Page Charity Sales For Syria - MLLFS.
https://www.facebook.com/CharitySalesMLLFS
Naib Presiden ABIM merangkap
Pengerusi MLL4S: Saudara
Jufitri Joha. Juga Penerima Anugerah
Perdana Belia Negara (Kategori
Lelaki) 2014.
Oktober 2014: MLL4S dengan kerjasama jaringan NGO anak
muda, Shabab Saed di Syria, telah melancarkan 'Projek Water Bank' yang
merupakan projek pengagihan air bersih kepada para penduduk
sekitar Aleppo, Syria.
Julai 2014: Misi
Bantuan Kemanusiaan
Ramadhan.
Oktober 2014: Misi
Bantuan Kemanusiaan
Eiduladha 2.0.
IV
Sekadar makluman, Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) merupakan sebuah badan gabungan yang menaungi 8 buah NGO dengan matlamat menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria yang memerlukan. Dilancarkan pada November 2012, misi MLL4S kali pertama telah berjaya dijalankan pada 27hb November hingga 3hb Disember 2012.
Misi yang diketuai oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan disertai oleh beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain seperti Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Gabungan Selamatkan Syria (GSS), Pertubuhan Sinar Damsyik (PERSIDAM), Syrian Youth Assembly in Malaysia (SYAM) dan Malaysia Social Media Foundation (MSMF) telah menghantar bantuan bernilai RM400,000 kepada rakyat Syria di kawasan Atmeh, Idlib.
Hal yang demikian, pihak Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) menyeru kepada semua kepimpinan, rakyat Malaysia serta dunia kemanusiaan untuk bangkit menyatakan bantahan terhadap tragedi kemanusiaan yang paling teruk selepas tragedi Rwanda ini. 200,000 lebih kematian dicatatkan tanpa pembelaan. Apakah kita mahu terus hidup dengan hutang menuntut bela atas kematian mereka yang tidak berdosa? Ayuh, sebarkan kebajikan. Demi Syria, Untuk Ummah.
|
------------------------------------------------------------------
Sumber dan Rujukan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan