Iklan kenangan. Harmonis. |
Pokok perpaduan adalah Kita. Padu. |
Minda perpaduan. |
Tanpa mengenal warna dan status, tersenyum riang: meraikan kedamaian. |
Perpaduan menerusi sukan. |
Jalur Gemilang: Panji kebanggaan semua. |
“…Berlagulah di serunai hayat yang senafas hirup,
Nyanyian persaudaraan dalam batin yang harus hidup,
Meski antara kita faham-faham berlainan terpaut.”
-- Almarhum SN Usman Awang (Politik, 1959).
-------------------------------------------
Ramai
dalam kalangan orang kita mudah berkelahi dan berhujjah bab politik, bola,
agama, dan bangsa – lagi-lagi di media sosial.
Tapi,
tak ramai yang mudah mengubah sikap bab-bab kecil yang signifikan: supaya lebih
kerap mengucap terima kasih; jaga kebersihan tandas dan beri lampu ‘signal’
pada waktu yang sewajarnya.
Paling
sayu, bila setiap kali kesesakan jalan raya pada musim perayaan, pemandu-pemandu
cenderung memecut laju di lorong kecemasan: termasuklah kenderaan berat seperti
bas dan lori.
Ini
soal sikap – kita mudah menuding silap orang lain; tapi sukar untuk memperbaiki
kekurangan diri.
Salam
bahagia, Malaysiaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan