Selasa, Februari 03, 2015

Hari Kedua Persidangan Belia Antarabangsa (IYG) 2015.

Logo IYG ke-12.
Logo ABIM.
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan
Juga mantan Presiden PKPIM.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Juga penerima Anugerah Belia Perdana Malaysia 2014 
dan Tokoh Belia ASEAN 2014.
merangkap CEO MLL4S, 
Saudara Syahrir Azfar Saleh.
Timbalan Pengarah 
International Youth Gathering 
ke-12.
Penolong Setiausaha Agung ABIM: 
Saudara Ahmad Fahmi Samsuddin
Mantan Presiden PKPIM. Pengarah 
International Youth Gathering 
ke-12.
 
 
 
I
Hari Kedua IYG Malaysia 2015.
2hb Februari 2015 (Isnin): Masuk hari kedua IYG, perhimpunan pemuda-pemudi Islam dari pelbagai negara terus berjalan, di mana mereka berdiskusi mengenai beberapa topik akademik. Sesi sebelah pagi menyaksikan berlangsungnya ucapan khas oleh wakil ABIM yang dimulakan oleh Saudara Suhail Mohamed Kamaruddin, daripada ABIM Wilayah Persekutuan dan seterusnya oleh Saudara Faisal Aziz, Setiausaha Agung ABIM Pusat, mengupas tentang tema dan konsep ‘Islam Rahmatan Lil ‘Alamin’.
Saudara Faisal menyatakan bahawa dunia Islam menguasai 6 daripada 10 ‘checkpoint’ paling penting dalam geo-politik dunia. Hal ini menyebabkan ia terdedah kepada tekanan dan krisis. Selat Turki (Bosphorus), Gibraltar, Melaka, Bab el-Mandab, Hormuz dan Suez – didominasi oleh umat Islam dan kesemuanya merupakan titik transit utama untuk komoditi serta aset paling bernilai abad ke-20: minyak/petrol.
Saudara Suhail pula menegaskan bahawa belia Islam perlu berani mengkritik tanpa mengira apa latar jawatan atau kedudukan masing-masing. Apa yang lebih penting, menurut beliau ialah kritikan-kritikan tersebut mestilah bersifat konstruktif serta disertai dengan cadangan untuk penyelesaian. Hal ini memerlukan para belia lebih banyak berusaha untuk membuat kajian bagi membolehkan mereka hadir bersama idea-idea yang membina.
II
Kemudian, pada sebelah petangnya, Forum Akademik IYG telah dijalankan secara rasmi, dan dibentangkan oleh pemuda-pemudi Islam dari pelbagai negara. Antara topik yang dibincangkan ialah: ‘Youth and Multicultural Society’, ‘Prevention of Radicalisme among Youth’, ‘Islam Rahmatan Lil ‘Alamin: Youth Perspective’, ‘Youth as Partners in Nation-building’.
Saudara Fawwaz telah bertugas selaku pengerusi majlis untuk forum akademik tersebut. Program ini bermula pada jam 9 pagi, pada 2hb Februari 2015; demi mencari resolusi bagi mengaktifkan golongan belia Islam dalam menaburkan bakti kepada negara masing-masing. Para peserta juga turut menjalani sesi fotografi bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim, berhampiran kawasan tasik di Hotel Flamingo nan indah.
Selepas sesi pembentangan, sesi perbincangan dalam kumpulan telah dijalankan, bagi mereka pelan tindakan untuk belia sejagat. Para peserta bertukar-tukar idea berkenaan agenda serta buah fikir masing-masing, menerusi semangat kerjasama dan berkumpulan.
III
WAP TV (TV WADAH-ABIM-PKPIM) juga tidak ketinggalan membuat rangkuman berkenaan IYG kali ke-12 ini. Segmen ‘Global Review’ menampilkan Saudara Syahrir Azfar (Timbalan Pengarah IYG 2015) serta Saudara Syazwanuddin (Setiausaha IYG 2015), dan dihoskan oleh Saudara Helmie Azrie. Program kali ini membicarakan berkenaan prospek dan agenda belia masa depan, dalam keadaan dunia yang bergolak dengan tribulasi nan rencam.

IV
Para peserta #iygmy2015 turut diberikan kesempatan untuk berprogram bersama Ahli Parlimen yang masih belia, iaitu YB Nurul Izzah Anwar. Beliau menekankan bahawa sekiranya seseorang individu itu asyik mendebatkan isu-isu remeh, mereka tidak akan mampu melihat masalah sebenar dunia masa kini. Masalah perkauman melampau, menurut beliau, mesti ditentang. Beliau memetik Ibnu Ashur dalam ‘Tafsir Tanwir’ yang menjelaskan bahawa penolakan Iblis terhadap Adam adalah berdasarkan kepada sikap perkauman yang melampau.



V
Saudara Adli Zakuan menyentuh berkenaan kepentingan semangat ummatik, selain menyedarkan kita tentang keperluan mengutamakan perkara yang utama. Tuan Haji Ahmad Azam, mantan Presiden ABIM serta pemimpin UNIW, memberikan peringatan kepada para peserta supaya selalu optimis terhadap masa depan. Dan, tidak terlalu tertekan dengan keadaan semasa. Nabi Muhammad SAW, menurut beliau, sentiasa memberikan harapan dan matlamat kepada anak muda ketika zaman Baginda, meskipun Baginda sendiri mungkin akan sudah tiada pada masa depan tersebut. Hal ini terjadi apabila Rasulullah SAW membicarakan bahawa umat Islam akan menguasai Empayar Parsi dan Rom pada masa depan (dari era Baginda SAW).
Pimpinan UNIW, Saudara Ali Kurt menerusi penterjemahnya, memberitahu kepada para delegasi IYG ke-12 bahawa setiap individu mesti menyiapkan sesuatu tugasan dan mengikuti nilai-nilai murni dalam Islam.




 




VI
Pada tarikh 2 Februari 2015, bermula jam 9 malam, telah bermula Sesi ‘Pembentangan Resolusi dan Plan Tindakan’ oleh semua peserta yang telah dibahagikan kepada 5 kumpulan. Mereka ditugaskan untuk memberi kesimpulan keseluruhan terhadap apa dapatan mereka, setelah mendengar pelbagai pengisian yang diberikan oleh tokoh-tokoh terkemuka, dan seterusnya membentangkan apakah perancangan dan tindakan pada masa akan dating; bagi membantu umat Islam seluruh dunia.
Wakil kumpulan 4 yang bernama ‘Rabia Team’, Saudara Nur Iman, Ketua Biro Dakwah dan Tarbiah PKPIM dan Saudari Aina Mardhiah, ahli aktif HARUM, kedua-duanya juga sebagai wakil Delegasi Malaysia tampil bagi membentangkan hasil diskusi kumpulan tersebut.
Para peserta menyatakan bahawa mereka telah banyak belajar: untuk lebih bersatu, menjadi lebih kritikal dan mengambil pengajaran daripada sejarah, bagi membolehkan kita mencari idea yang boleh diusahakan bagi menambah baik umat. Perbincangan hangat yang berjalan, merupakan titik pemula kepada penyelesaian masalah belia Islam.
Dewan tempat program berjalan telah dipenuhi dengan gerakan serta minda yang aktif lagi konstruktif. Para peserta juga bersetuju bahawa membina jaringan yang baik sesama kita adalah penting, selain mengongsikannya untuk manfaat bersama. Semoga apa yang telah dirangka dapat berjalan dengan lancar, in sya ALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...