Para pemain sebaiknya hendaklah berterima kasih kepada penonton setiap kali habis perlawanan, sebagai tanda penghargaan. (Gambar sekadar hiasan, ehsan daripada Kosmo). |
“Form
is temporary, class is permanent.”
-- Sahabat Retro Bola Sepak (RBS),
Saudara Ariff Abdullah.
Dalam
sesetengah kes, terdapat segelintir pemain serta bekas pemain bola sepak kita
yang mudah meninggi diri, bila dikelilingi kemasyhuran.
Sedarlah,
peminat dan penyokong -- semiskin mana pun mereka -- adalah golongan terbanyak
yang berkorban: masa dan wang ringgit dibelanjakan, atas rasa sayangkan kelab
dan pasukan negeri mereka.
Hargai
dan hormatilah peminat, kerana darjat dan kemasyhuran tidak kekal. Tetapi,
sikap rendah diri dan hati-budi yang baik, akan dikenang sampai hujung nyawa.
Bak
kata Saudara Fatay
Al-Ansari, seorang pengumpul jersi yang tegar, “Amat-amat setuju. Pemain
datang dan pergi. ‘The team stay’. Peminat hanya akan kenal seseorang pemain
kerana pemain itu wujud dalam sesebuah pasukan.
Takkan
mungkin pemain seperti Maradona... boleh dikenali ramai, jika dia masih bermain
bola di lorong-lorong rumah beliau. Hukum alam; menghargai untuk dihargai. Janganlah
kerana gaji yang besar, peminat disisihkan: kerana gaji dan harta tidak kekal
selamanya.”
BIAR
JASA JADI KENANGAN.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan