2hb Oktober
1992: Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Farid Ariffin mewakili ABIM untuk
menyerahkan 241 buah bungkusan perubatan dan 12 buah kotak pakaian musim sejuk,
kepada wakil Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) untuk dihantar ke Bosnia.
.jpg)
3hb Oktober
1992: Presiden Persatuan Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan, Saudara Ahmad
Ismail (kiri) menyerahkan sekeping cek untuk ‘Tabung Bosnia’ kepada Presiden
ABIM, Dr Muhammad Nur Manuty.
.jpg)
22hb
November 1992: DYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menyantuni anak-anak
Bosnia sewaktu majlis makan tengah hari bersama 79 orang pelarian Bosnia yang dianjurkan
di Kelab Rekreasi TUDM, Subang.
.JPG)
13hb
Disember 1992: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib
menyambut ketibaan kumpulan kedua 28 orang rakyat Bosnia-Herzegovina di LTAB
Subang. Kejayaan membawa masuk kumpulan 28 orang ini adalah diatas inisiatif
pihak ABIM manakala YBK turut membantu dalam menganjurkan acara sambutan ini. Turut
menyerikan majlis ialah Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat,
Dato’ Napsiah Omar, Datin Paduka Zaleha Ismail Timbalan Menteri Pengangkutan,
Presiden ABIM Dr. Muhammad Nur Manuty dan Rektor UIAM, Dato Dr Abdul Hamid
Sulaiman.
25hb
September 1993: Dr Mahathir memperbetulkan beret biru PBB salah-seorang anggota
Batalion Malaysia (MALBATT) yang bakal berlepas ke Bosnia untuk misi keamanan.
.jpg)
Januari 1994:
ABIM turut menganjurkan siri Konsert Amal ‘Bersama Bosnia’ yang turut
menampilkan acara deklamasi puisi oleh SN Pak Samad Said dan Dinsman. Kelihatan
dalam gambar; kumpulan kebudayaan Ghazi Husrez-Beg yang diterbangkan khas dari
Sarajevo, Bosnia, menyanyikan lagu-lagu berunsur patriotik.
.jpg)
23hb Januari
1994: Lawatan rasmi Presiden Bosnia-Herzegovina, Alija Izethegovic ke
pangsapuri PKNS untuk bertemu masyarakat Bosnia yang berhijrah ke Malaysia
akibat daripada peperangan.
.jpg)
Februari
1994: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Kebangsaan, Datuk Napsiah
Omar dan Pengerusi Majlis Promosi Minyak Sawit Malaysia, Tan Sri Mohd Yusof Hashim,
memeriksa tin berisi marjerin minyak sawit yang akan dihantar kepada pelarian
Bosnia. Turut kelihatan, Saudara Anuar Tahir dari ABIM.
21hb April
1994: Beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk MBM, ABIM dan
PKPIM bergabung untuk membentuk Barisan Bertindak Bosnia (PBB). Barisan ini
diketuai oleh Pengerusi PENA, Datuk Ahmad Sebi Bakar.
28hb April
1994: Timbalan Perdana Menteri, DSAI memegang memorandum berkenaan isu
Bosnia-Herzegovina yang diserahkan kepadanya oleh Barisan Bertindak Bosnia.
.jpg)
13hb Mei 1994: Datuk Seri Dr Mahathir yang baru pulang dari
lawatan ke luar negara, menyuarakan komitmen Malaysia untuk kekal membantu
Bosnia, meskipun seorang anggota tenteranya, Mejar Ariffin Zakaria terkorban.
Beliau turut mengkritik kegagalan PBB dan negara Barat dalam menangani konflik
yang melanda negara tersebut.
.jpg)
25hb Disember 1994: Pak Lah, Dr Mahathir, Ibrahim Koulder (Menteri
Pengangkutan dan Komunikasi Bosnia) dan Haris Silajdic (Perdana Menteri Bosnia)
sewaktu upacara menandatangani Perjanjian Pelaburan Malaysia-Bosnia.
20hb Februari 1995: Timbalan Pengarah Pelajaran, Saudara Rafie Mahat
(tiga dari kanan) bersama Saudara Nur Anwar (di sebelah kiri beliau) dan wakil
Kedutaan Bosnia, Ibrahim Bukvic melancarkan pertandingan mewarna peringkat
kebangsaan. Di sebelah kiri gambar ialah anak-anak pelarian Bosnia yang
bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi.
7hb Ogos 1995: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun
Abdul Razak bersama kanak-kanak yang menyertai Peraduan Mewarna Mengisi Tabung
Bosnia-ABIM anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Persatuan
Kartunis Selangor dan Wilayah Persekutuan pada majlis pelancarannya di Hotel
Istana, Kuala Lumpur.

Anggota-anggota MALBATT
yang berjasa. Pejuang.
II
Selama
3 tahun, bekalan makanan disekat dan purata kehilangan berat badan untuk setiap
penduduk ialah lebih 15kg. Puak nasionalis Serbia dan Tentera Rakyat Yugoslavia
(JNA) telah melakukan pembersihan etnik secara dahsyat bagi memastikan hanya
wilayah Serbia ‘yang tulen’ akan wujud. Antara tahun-tahun 1993 hingga 1995,
penduduk Islam Bosnia telah dizalimi oleh puak pengganas Serbia yang tidak
berpuas hati dengan pengisytiharan kemerdekaan Bosnia daripada Persekutuan
Yugoslavia yang turut merangkumi Croatia dan Serbia-Montenegro.
Kempen
pembersihan etnik itu memakan korban awam melebihi angka 150,000 orang,
manakala lebih 100,000 lagi dilaporkan cedera atau hilang. Pembunuhan
dilaporkan paling besar berlaku di Srebrenica dan Markale, sehingga membawa
kepada campur tangan NATO yang asalnya hanya berdiam diri.
Sementelah,
UN Office for the Coordination of Humanitarian Affairs melaporkan bahawa lebih
50,000 wanita menjadi mangsa pemerkosaan beramai-ramai atau ‘mass rape’ secara
sistematik di kem tahanan khas Kljuc dan Modrica, utara Bosnia. Rogol dianggap
sebagai taktik ketenteraan bagi mengkucar-kacirkan hubungan kekeluargaan dan
kemasyarakatan. Perang Balkan ini dianggap sebagai konflik paling berdarah di
Eropah, semenjak Perang Dunia Kedua.
Ketika
itu, Presiden Amerika Syarikat, George H. W. Bush Sr. serta pentadbirannya
menganggap bahawa isu di Bosnia adalah isu Eropah dan seharusnya diselesaikan
oleh Kesatuan Eropah (EU).
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Syaitan-syaitan yang
bertopengkan manusia.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
1992: Kem Tahanan
Manjaca – berhampiran
dengan Prijedor -- menjadi saksi kekejaman
pengganas
Serbia.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Bosnia, bumi nan
indah.

Jalur Gemilang.
.jpg)
Panji Bosnia-Herzegovina.

Mei 2014: Dua Naib
Presiden ABIM, Saudara Raimi dan Saudara Anwar Ismail, mengadakan kunjungan
hormat ke atas Encik Tarik Bukvic, Duta Bosnia ke Malaysia, bagi menyampaikan
rasa simpati dan takziah terhadap mangsa tragedi banjir besar di negara
tersebut.
|
III
Di
Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ialah antara pertubuhan terawal
yang membangkitkan keprihatinan masyarakat dan kerajaan persekutuan terhadap
nasib yang menimpa masyarakat Bosnia. ‘Tabung Bosnia’ dilancarkan
dengan kerjasama Berita Harian dan Utusan Malaysia. Sumbangan kewangan dan
perubatan berkenaan ialah petanda sokongan moral rakyat Malaysia terhadap
penderitaan masyarakat Bosnia ketika itu.
Untuk
rekod, Malaysia turut menghantar pasukan pengaman yang digelar ‘Malaysian
Battalion’ (MALBATT). Penyertaan MALBATT dalam tugas pengaman di Bosnia
adalah merupakan kali pertama angkatan tentera kita melaksanakan tugas di bawah
panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di benua Eropah.
Ia
juga merupakan kali pertama bagi MALBATT melaksanakan tugas dalam iklim sejuk
yang ekstrim dan bersalji. Semasa perkhidmatan MALBATT I, iaitu pada 19hb April
1994, Mejar Ramli Shaari telah terkorban ketika membuat rondaan untuk menentukan
lokasi periuk api darat. Pada 12hb Mei tahun yang sama pula, Mejar Ariffin
Zakaria pula terkorban ketika membuat rondaan di Camenica, di timur laut
Sarajevo.
Sejelasnya, Malaysia
merupakan antara pihak yang lantang menyuarakan nasib rakyat Bosnia sehingga
berjaya menarik perhatian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk
mengambil tindakan terhadap kekejaman tentera Slobodan Milosevic yang membawa
kepada termeterainya ‘Perjanjian Dayton’ di Ohio. Milosevic kemudian didakwa di
Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan Tribunal Perang.
Kini,
Bosnia kembali menikmati status kemerdekaan yang asal setelah mengalami sejarah
peralihan kuasa yang panjang. Alhamdulillah atas nikmat keamanan. Al-Fatihah
sekudusnya, buat semua pejuang.
-------------------------------------
- http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2012/05/blog-post.html;
- http://myukshoppe2u.blogspot.com/2012/05/oil-paintings-from-bosnia-herzegovina.html;
- http://ifoto.penerangan.gov.my/html/fjpen6/main.php?g2_itemId=1822244&g2_imageViewsIndex=1;
- http://static2.businessinsider.com/image/5273acbdeab8eaa4085941ab-1200/sarajevo-1984-olympics-venues-20.jpg;
- http://www.fansshare.com/gallery/photos/12178469/bosnia-war/?displaying;
- http://www.internal-displacement.org/blog/2013/will-the-victims-of-bosnias-war-finally-get-justice;
- http://www.the5thestate.asia/2012/04/from-cold-war-to-natos-humanitarian.html.
|