Logo ABIM.
|
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim,
Presiden ABIM. Juga mantan
PIMPINAN
ABIM ADAKAN PERTEMUAN
BERSAMA WAKIL HABIBIE CENTER
(INDONESIA).
20hb
Julai 2016 (Rabu) Alhamdulillah, Sekretariat ABIM Pusat telah dikunjungi oleh
dua orang wakil dari Habibie Center (HC) iaitu Dr. Mohammad Hasan Ansori
(Perunding Kanan, National Violence Monitoring System HC) serta Saudara Wirya
Adiwena (Ketua Perhubungan Antarabangsa HC).
Kehadiran
mereka disambut dengan ramah dan meriah oleh Presiden ABIM, Saudara Mohamad
Raimi Ab. Rahim bersama para pimpinan ABIM Pusat.
Antara
lain, pertemuan ini adalah bertujuan untuk membincangkan peranan yang boleh
dimainkan oleh ASEAN bagi menyelesaikan krisis pelarian Rohingya, di samping
bertukar buah fikiran, berkenaan konflik di Myanmar.
Dalam
perbincangan ini juga, turut dikongsikan peranan serta sumbangan yang dilakukan
oleh ABIM sejak 1980an bagi mengangkat isu Rohingya sebagai isu Ummah.
HC
merupakan sebuah yayasan yang mempromosikan demokrasi di Indonesia, yang
didasarkan kepada moraliti dan integriti budaya serta nilai-nilai agama.
Yayasan
ini ditubuhkan pada 10hb November 1998 oleh Prof. Dr. Ir. Bacharuddin Jusuf
(B.J.) Habibie, mantan Presiden Republik Indonesia ke-3 (menggantikan Suharto).
HC
mengkaji dan mengangkat isu-isu perkembangan demokrasi dan hak asasi manusia;
selain berusaha memajukan pengelolaan sumber daya manusia dan usaha sosialisasi
teknologi.
Sempena
‘IIUM Convocation Fiest – Convest 15’ di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) Gombak, Presiden ABIM, Saudara Raimi Ab. Rahim yang juga Presiden Global
Peace Mission (GPM) Malaysia sebagai sebuah NGO Kemanusiaan, telah dijemput
bagi merasmikan pelancaran kempen “Fund
Raising For Rohingya” pada 5hb November 2015.
Saudara
Raimi telah memberi khabar tentang masyarakat Rohingya yang sangat memerlukan
sokongan dan bantuan daripada kita semua. Isu pelarian Rohingya perlu sentiasa
diketengahkan bagi memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar, dan seterusnya
menegakkan hak sebagai warganegara untuk masyarakat Rohingya di negara mereka
sendiri (Myanmar).
GPM
juga membuka booth bersebelahan Masjid UIAM bagi memberi pendedahan mengenai
misi-misi GPM dan penerangan kempen “Fund
Raising for Rohingya”.
Isu
penindasan umat Islam Rohingya telah disiarkan dalam majalah “Risalah” terbitan ABIM sejak tahun
1982, apabila memuatkan temubual bersama Presiden Rohingya Patriotic Front
ketika itu, Saudara Mohammad Jaafar Habib, berkenaan penindasan umat Islam
Rohingya di Myanmar (ketika itu dikenali sebagai Burma).
Pelancaran
Tabung Pelarian Islam Rohingya oleh ABIM dibuat pada tahun 1992, manakala
penubuhan Pusat Informasi Rohingya dibuat pada tahun 90an.
Pada
tahun 1991 sahaja, seramai 268,000 dari etnik ini melarikan diri kerana Myanmar
tidak lagi selamat untuk didiami akibat pembersihan etnik berkala oleh tentera
Myanmar. Selain daripada itu, etnik Rohingya juga berterusan berhadapan dengan
penangkapan arbitrari oleh pihak berkuasa. Penangkapan yang berleluasa ini
langsung tidak mempunyai asas dan merupakan satu lagi bentuk penyiksaan yang
membuktikan bahawa satu proses penghapusan etnik sememangnya sedang berlaku di
Arakan.
Ekoran
daripada pembersihan etnik yang tidak berperikemanusiaan ke atas etnik Rohingya
berabad lamanya, ABIM komited membela nasib etnik Muslim Rohingya dengan
melancarkan kempen “Citizenship For Rohingya” pada 14 September 2012.
Menerusi
kempen tersebut, ABIM mendesak agar kerajaan Myanmar bertindak lebih adil
dengan mengiktiraf kerakyatan etnik Rohingya, dengan jaminan hak asasi yang
terpelihara selaras dengan Artikel 15 Deklarasi Hak Asasi Kemanusiaan PBB. ABIM
juga menyeru untuk semua rakyat Malaysia terlibat dalam kempen “Citizenship For
Rohingya” supaya keadilan dapat ditegakkan demi kemaslahatan etnik Rohingya
yang juga dikenali sebagai ‘rakyat Palestin di Asia Tenggara’ dan ‘manusia
perahu’.
Pada
30hb Mei 2015 pula, ABIM telah mengadakan himpunan sebagai tanda solidariti
serta protes terhadap penindasan ke atas masyarakat Rohingya yang telah
dinafikan hak mereka sebagai manusia.
Sementelah,
Rohingya Education Centre (REC) cawangan Kuantan (Pahang), Permatang Pauh (Pulau
Pinang) dan Klang (Selangor) telah ditubuhkan hasil sinergi membabitkan Yayasan
Albukhary, United Nation High Commisioner for Refugees (UNHCR), Future Global
Network (FGN), WADAH dan ABIM. Pusat ini merupakan usaha fardhu kifayah, bagi
membantu mereka yang menghadapi kesukaran dan kemiskinan serta tekanan dalam
kehidupan.
Keutamaan
REC adalah bermatlamatkan ‘Iqra’ yang bermaksud ‘bacalah’. Maka dalam kekalutan
pendidikan hari ini, usaha untuk mendidik umat tidak patut hanya bermusim;
bahkan biarlah ianya secara berterusan dan disambut oleh semua peringkat
lapisan masyarakat.
Mudah-mudahan,
dengan menyediakan peluang pendidikan secara lebih terancang dan tersusun,
anak-anak Rohingya yang suci bersih ini akan lebih mampu dan bersedia untuk
bangkit mengembalikan hak, maruah bangsa dan agama di bumi asal mereka suatu
hari nanti.
Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
-----------------------------------------
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
Email: sap@abim.org.my
Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
Email: sap@abim.org.my
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia
https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia/?fref=ts
https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia/?fref=ts
Website ABIM: http://www.abim.org.my/
Twitter ABIM: https://twitter.com/ABIM_24
Twitter ABIM: https://twitter.com/ABIM_24
Instagram: https://www.instagram.com/abim.malaysia/
Telegram ABIM: https://telegram.me/abim24
Youtube: https://www.youtube.com/user/mediabim
Telegram ABIM: https://telegram.me/abim24
Youtube: https://www.youtube.com/user/mediabim
---------------------------------------
#45TahunABIM #ABIM #ABIMdiHatiku #AyuhDakwah
#KebangkitanIslamJilid2
#SejahterakanMalaysiaDenganDakwah
#KebangkitanIslamJilid2
#SejahterakanMalaysiaDenganDakwah
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan