I
CR7:
JALAN PERJUANGAN YANG PANJANG.
10
daripada 14 orang pemain Portugal yang terlibat dalam Final EURO 2016, datang dari
Akademi Bola Sepak Sporting Lisbon. Akademi ini telah melahirkan nama-nama
besar seperti Paulo Futre, Simão Sabrosa, Nani, Ricardo Quaresma dan
dua penerima Ballon d’Or, Cristiano Ronaldo dan Luís Figo. Sporting
kini berada pada ranking ke-40 kelab UEFA.
Porto
dan Benfica adalah dua buah kelab besar lain di Portugal. Berpengkalan di bandar
terbesar Portugal, Lisbon, Sporting Clube de Portugal turut aktif menaikkan
sukan futsal, bola baling, bola keranjang, ragbi dan ‘roller hockey’.
Di
Sporting, Ronaldo mula menjalani latihan sejak berusia 11 tahun. Ketika berusia
12 tahun, ramai yang menyatakan badannya terlalu kurus meski berbakat besar. Hal
ini membuatkan beliau bertekad untuk menambah baik prestasi serta fizikalnya,
dengan lebih kerap ke gimnasium dan berlatih dengan lebih komited bersama
pasukan.
László Bölöni, pengurus skuad utama Lisbon, membariskan Ronaldo
dalam pasukannya ketika beliau baru berusia 16 tahun. Selepas
membuat penampilan hebat ketika menewaskan Manchester United pada 2003, nama
beliau melonjak naik, sehingga para pemain Red Devils meminta pengurus legenda,
Sir Alex Ferguson untuk menyambar pemain sensasi ini.
“…Dear
me, he’s got it all,” berhambur pujian buat Ronaldo selepas membantu United
untuk menang 4-0 ke atas Bolton dalam perlawanan pertamanya. Malah, hanya dalam
musim pertama bersama United ketika baru berusia 18 tahun, beliau telah dilabel
oleh legenda, George Best sendiri sebagai ‘pengganti terbaik George Best’.
Ronaldo
yang kini berada pada kemuncak prestasinya, bermula dari bawah bersama
rakan-rakannya di Akademi Sporting Lisbon. Keprihatinan terhadap krisis
kemanusiaan, dedikasi, kerja keras dan komitmen tinggi untuk negara dan kelab; menjadikan
beliau sebagai salah-seorang pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman.
Salute to CR7 – Cristiano Ronaldo!
Grande!
II
NOSTALGIA:
NAZMI FAIZ MANSOR
DAN S.C BEIRA-MAR.
Bila
menyebut tentang Portugal dan akademi, terkenang ketika Nazmi Faiz Mansor digelar
sebagai ‘wonder kid’ dan menerima tawaran daripada sebuah kelab di sana.
Selepas menjuarai pingat emas Sukan SEA Indonesia 2011 ketika baru berusia 17
tahun, Nazmi diangkat sebagai pemain berbakat besar.
Ada
yang menggambarkan beliau sebagai bakal ‘midfielder’ terbaik Malaysia, ada juga
yang membayangkan bahawa beliau akan menjadi ikon bola sepak Malaysia.
Pada
Mei 2012, Nazmi yang masih beraksi untuk Harimau Muda A, menerima tawaran untuk
menjalani latihan selama seminggu di S.C Beira-Mar (kelab Divisyen Satu
Portugal), seterusnya menambat hati panel pemilihan ketika itu. Pemilihan ini
membuatkan ramai ramai Malaysia menjadi bangga, memandangkan beliau menjadi
pemain tempatan pertama yang menandatangani kontrak bersama kelab Portugal.
Meskipun
hanya berada seketika bersama skuad Bawah 19 tahun (B-19) S.C Beira-Mar, Nazmi
turut memberikan impak, apabila meledak gol sulung dalam aksi persahabatan
menentang kelab Loursa pada 18hb Ogos 2012. Dua hari sebelum aksi itu yang
menyaksikan skuad B-19 Beira-Mar meraih kemenangan 3-0, Nazmi telah menyambut
hari ulang tahun kelahirannya yang ke-18.
Bagaimanapun,
6 bulan kemudian, beliau mengejutkan negara dengan kembali ke Malaysia dan
muncul dalam sidang media pasukan PKNS FC, seterusnya menghampakan harapan
ramai pengikut setia bola sepak Malaysia.
Entah
bila lagi pemain Malaysia akan mendapat tawaran untuk beraksi bersama kelab
luar negara. Kenangan….
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan