Logo ABIM.
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan.
Juga mantan Presiden PKPIM.
Saudara Jufitri Bin Joha, Pengerusi Malaysia Life Line For Syria (MLL4S)
dan Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Juga penerima Anugerah Belia Perdana Malaysia 2014
dan Tokoh Belia ASEAN 2014.
Setiausaha Agung ABIM:
Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz.
Juga mantan Presiden PKPIM.
|
(Setiausaha Agung MBM)
I
Alhamdulillah, Sekretariat Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) serta Majlis Belia Malaysia(MBM) dengan kerjasama Kesatria Muda Keselamatan bersama Kementerian
Belia dan Sukan serta Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur telah
mengadakan forum dan kempen “Himpunan Menangani Gejala Ekstremisme dan
Solidariti Kemanusiaan Syria”.
Terima
kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Encik Khairy Jamaluddin yang sudi
mengunjungi booth Malaysia Life Line for Syria (MLL4S). Beliau juga memakai
mafla ‘Free Syria’ ketika menjawab soalan para wartawan, selain melahirkan
simpati terhadap penderitaan anak-anak Syria.
Sekalung
perhargaan juga buat Dato’ Seri Zahid Hamidi yang sudi melancarkan Tabung Kemanusiaan
Malaysia Life Line for Syria, bersempena program tersebut.
Mereka
berbuat demikian ketika himpunan tersebut yang dianjurkan di UTM Jalan Semarak,
KL, Sabtu lepas. Himpunan ini turut disertai oleh wakil pelbagai NGO dan parti
politik seperti anggota Majlis Belia Malaysia, Pemuda PAS, Pemuda UMNO,
Persatuan Ulama Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Parlimen
Belia Malaysia dan lain-lain.
Forum
dan kempen ini telah dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat
Encik Khairy Jamaludin sebagai pemberi ucaptama pembukaan. Ucapan penutup pula telah
dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid
Hamidi. Saudara Jufitri Joha, merangkap Naib Presiden MBM, Naib Presiden
ABIM serta Pengerusi MLL4S, dipertanggungjawabkan sebagai moderator ketika sesi
forum.
Antara
panel yang dijemput bagi menjayakan forum ini adalah wakil dari Polis DiRaja
Malaysia (PDRM), Yang Berbahagia Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Penolong
Pengarah Counter Terrorisme, Datuk Awang Din Husain, Setiausaha Bahagian
Keselamatan dan Ketenteraman Awam dan wakil dari Jabatan Pengajian Al Quran dan
As Sunnah, YBhg Dr Fadlan Mohd Othman.
II
Forum
ini turut diselitkan sesi ucapan penolakan daripada wakil tertentu seperti wakil
ABIM, Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz, wakil Pemuda PAS, Dr Raja Ahmad
Iskandar Al Hiss, wakil Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Saudara
Afiq Awang, wakil Parlimen Belia, Saudara Akmal Saufi, wakil dari Persatuan
Ulama Malaysia, YBhg. Dr Roslan, wakil dari NGO bukan Islam, saudara Ramesh
Row, wakil dari Malaysia Life Line for Syria, Saudara Mohd Khairul Anuar Ismail
dan wakil dari Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, YBhg Dato’ Sri Dr. Erwan
bin Dato’ Hj. Mohd Tahir.
Perhimpunan
ini diwakili tiga buah parti politik, dan lebih 40 buah NGO Islam dan bukan Islam.
Ternyata, isu keamanan didokong oleh setiap lapisan masyarakat -- merentasi
parti politik, kaum, agama mahupun sempadan negara. Hari ni dan selamanya,
belia Malaysia berpegang kepada fatwa ulama’ dunia seperti Sheikh Yusuf
Al-Qaradhawi untuk menolak sebarang tindakan melampau dan keras atas nama
agama.
III
Terdahulu,
Saudara Jufitri Joha (Pengerusi Malaysia Life Line for Syria - MLL4S) dan
Saudara Syahrir Azfar (CEO MLL4S) telah menyertai mesyuarat bersama Majlis
Belia Malaysia (MBM) di Bandar Tun Razak. Antara lain, mesyuarat ini
membincangkan kerjasama antara MLL4S dan MBM serta NGO-NGO lain dalam beberapa
program yang akan dijalankan dalam masa terdekat.
Terima
kasih kepada Presiden MBM, Saudara Muammar Ghadafi Jamal Jamaluddin yang
memakai 'wristband' Syria sebagai tanda prihatin dan solidariti terhadap nasib
rakyat wilayah bergolak tersebut. Sejelasnya, isu Syria merentasi semua latar
kaum, agama dan fahaman. Kita bersatu, atas nama keprihatinan dan kemanusiaan.
Saban
hari, di kaca TV dan corong radio mengupas dan membincangkan isu IS, tetapi
penderitaan rakyat Syria sunyi sepi daripada diceritakan realitinya. Berbagai
bentuk ujian yang diterima oleh rakyat Syria, revolusi 4 tahun sudah berlalu,
tapi masih ramai yang belum sedar dari mimpi yang nyenyak, masih tidak
mempunyai perasaan kemanusiaan.
Sesungguhnya,
rakyat Malaysia pun ada peranannya dalam jihad membebaskan Syria. Tak mampu
mengangkat senjata kerana amanahnya amat berat, maka mereka mengambil langkah
menyampaikan amanah daripada rakyat Malaysia juga tidak kurang berat
amanahnya..
Para
pemuda Malaysia dari NGO kemanusiaan seperti Malaysia Life Line for Syria
(MLL4S) bergadai nyawa menyuap mulut-mulut kecil anak Syria dan memberi
pendidikan sehingga anak-anak ini mampu mengenal dan membaca Al-Quran. Ayuh,
ringankan beban mereka dengan doa dan derma. Bersama kita sebarkan kesedaran
berkenaan penderitaan rakyat Syria dan krisis kemanusiaan di wilayah bergolak
tersebut.
------------------------------------------------------------------
Sumber dan Rujukan:
- https://www.facebook.com/MLL4S?fref=ts;
- https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia;
- http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/orang-syria-ada-hidup-dalam-lubang-1.372469;
- http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1119889;
- http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0324&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_22.htm#ixzz3Wau2pAru;
- http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/media-digesa-kerjasama-dengan-ngo-di-syria-1.372439;
- http://www.sinarharian.com.my/politik/najib-perlu-jawab-tun-m-1.376068;
- http://www.bharian.com.my/node/45309.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan