Khamis, April 02, 2015

Terkenangkan MyTeam.


Terkenangkan MyTeam.
Menyaksikan perlawanan Pahang-MIFA mengingatkan saya kepada perlawanan Malaysia B-20 menentang MyTeam tidak berapa lama dahulu. Satu-satunya bakat MyTeam yang masih bersaing dalam saingan utama ialah Azmi Muslim, yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya, dan menjaringkan gol kencang ketika menentang Arsenal. Bukan senang untuk pemain amatur terus masuk peringkat kompetetif liga dan pasukan kebangsaan.
Saya fikir, jadi masalah bila MyTeam diserap ke dalam Perak Jenderata. Ramai pemain asal MyTeam digugur bagi memastikan skuad berdaya saing. Campur isu politik, selain hilangnya minat pelabur dan pelobi asal, menyebabkan team berkubur. Soal pelaburan-dana juga memberi kesan kepada skuad MPPJ 2005 dan skuad Selangor 2006. memang produk MyTeam paling berjaya. 
* My Team lwn Malaysia B-20:
Pasukan yang menerima banyak pendedahan, berdepan cabaran skuad yang punya semangat dan kesungguhan untuk membuktikan kemampuan mereka. Inilah kelebihan saingan Piala FA. Boleh jadi keputusan akan menjadi lazim - pasukan yang lebih kuat di atas kertas akan menang.
Tetapi kesungguhan dan tentangan sengit; itulah seni bola sepak yang ingin disaksikan masyarakat penyokong bola Malaysia.
Ramai juga bekas pemain MP Muar dalam skuad Pasukan Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bolasepak India Malaysia (MISC-MIFA). Paling menarik, ada K. Nantha Kumar, bekas pemain Selangor dan kebangsaan dalam skuad MIFA tersebut. Beliau yang juga kapten kelab tersebut   turut beraksi dalam perlawanan menentang MyTeam tahun 2006 dulu.
Seronok tengak ramai bekas pemain aktif semula dengan beberapa kelab dan pasukan dalam saingan liga tempatan tahun 2015 ini.
Ya, dari segi momentum, perlawanan ini memang sedikit mengecewakan. Tapi saya lebih melihat kepada ramainya bakat pemain India di Malaysia. Yang boleh -- dan seharusnya -- diketengahkan.
Bercakap tentang bakat muda, terkenang ramai pemain berbakat era remaja yang gagal menempatkan diri dalam saingan senior. Sedangkan para pemain berbakat SSBJ, Piala Bardhan, Sukma, Piala Presiden pun ramai yang tak dapat ‘survive’ atau masuk kelompok skuad senior. Apalagi pemain program realiti. Sama ada soal bakat, pilihan peribadi, disiplin atau ‘favouritism’, TUHAN sajalah yang tahu.
Selamat maju jaya buat adik-adik yang bersemangat untuk menjadi pemain bola sepak yang berjaya satu hari nanti. Bermainlah untuk lencana di depan, bukan untuk nama di belakang. Semoga TUHAN berkati semua payah-senang perjuangan kita semua.
Bersama martabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu dan Grande; selamanya. 
------------------------------------------
Sumber dan rujukan:
  1. http://www.bharian.com.my/bolamalaya;
  2. http://www.mstar.com.my/sukan/bola-sepak/2015/03/22/piala-fa/;
  3. https://www.facebook.com/pages/MISC-MIFA-FAN-CLUB/230090697197348?fref=ts;
  4. https://www.facebook.com/KaLiTuLaToR/photos_all.

3 ulasan:

  1. Ada seorang lagi pemain MyTeam yg masih beraksi dalam Liga M, Hasmizan Kamarodin. Pertahanan tengah Terengganu. Dia adalah kapten MyTeam FC musim pertama ketika aksi menentang skuad B23 Malaysia. Dalam perlawanan tersebut, Hasmizan dilayangkan kad merah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam gambar di atas, Hasmizan memakai jersi no.5 dan di lengannya terlilit armband selaku kapten MyTeam.Azmi Muslim berada di sebelah kanan Hasmizan

      Padam
    2. Salam alaik.

      Terima kasih, Tuan, atas info yang baik. Akan saya kemaskini. :)

      Mohon tambah kalau ada info menarik lagi ya. :)

      Padam

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...