Ahad, November 10, 2013

Konvokesyen TASKI-ABIM Kuala Langat 2013 dan Teater SuperMokh di Istana Budaya.

Logo Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Panji ABIM: Kobar jiwa semangat.

Cikgu Amidi sewaktu berucap dalam satu majlis.
Saudara Amidi Manan, Presiden ABIM dan mantan Presiden PKPIM.
Cikgu Khairuddin Abas, Yang DiPertua ABIM Negeri Selangor.
Cikgu Radin Imaduddin, YDP ABIM Daerah Kuala Langat.
Sentiasa aktif dalam memberdayakan nilai kemuliaan insani.



Almarhum Ustaz Niamat Yusof, Yang Dipertua ABIM Kedah yang 
pertama dan antara pengasas terawal Taski ABIM dan Maahad Derang. 
Selain Ustaz Niamat, turut terlibat ialah Dr Abdul Rahman Kurais, Tuan Haji Ahmad Said, Dr Ghazali Basri, Dr Abdul Halim El-Muhammady, Saudara Ismail Yusof, Saudara Che Yob  Mahmood, Saudara ‘Abah’ Zahidin Mahmood, Saudara Anuar Tahir, Saudara Annuar Salleh dan ramai lagi. Al-Fatihah.
Logo Taski ABIM.

Sekitar majlis konvokesyen tahun lepas (2012).
Di balik tabir (2012): Anak-anak Taski ABIM yang comel,
sedang bersiaga untuk mengambil sijil dan cenderahati.

Kenangan di Kolej Mara Banting.
Sekitar upacara penyampain sijil dan cenderahati.

Bersama Abang Samad (Tuan Haji Alias), antara pengasas ABIM Kuala Langat serta aktivis Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) dan Saudara HadiSetiausaha Kewangan ABIM Kuala Langat. Kedua-duanya merupakan aktivis yang budiman dan peramah. 
Suasana selepas majlis konvokesyen.
Bergambar bersama warga pendidik TASKI-ABIM Kuala Langat serta pimpinan ABIM dan WADAH Kuala Langat.
I
10hb November 2013: Majlis Konvokesyen Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kuala Langat telah berlangsung di Dewan Besar, Kolej MARA Banting, Bukit Changgang pada kira-kira jam 9 pagi. 
Majlis telah dirasmikan oleh Setiausaha Kewangan ABIM Kuala Langat, Saudara Muhammad Norhadi Mohd Ribuan, selain turut dihadiri oleh penggerak Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) dan Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS).
Terdapat tiga buah TASKI-ABIM di Daerah Kuala Langat iaitu TASKI-ABIM Ummu Fatimah, Bukit Changgang; TASKI-ABIM Al-Amin, Bandar Seri Ehsan dan TASKI-ABIM Al-Amin, Taman Langat Murni. 
Yang Dipertua semasa ABIM Kuala Langat ialah Cikgu Radin Muhd Imaduddin, yang aktif dalam memberdayakan nilai kemuliaan insani.

Ke Arah Melahirkan Anak yang Soleh dan Solehah”.

Bro Reza bersama ayahanda tersayang - lagenda Malaysia - SuperMokh selepas Final Piala Malaysia 1986.
Skuad Piala Presiden Selangor, 2003. Di tengah-tengah gambar ialah Bro Reza Mokhtar, anak kepada SuperMokh.
Bro Reza (kanan sekali), bersama skuad Piala Emas Raja-Raja Selangor. 
RM-9 bersama jersi MD-10.
Antara barisan bintang yang terlibat.
Barisan pelakon Teater SuperMokh bergambar bersama.
Awie berjaya menampilkan lakonan yang berkesan.
Lagenda: SuperMokh, Towkay Soh Chin Aun, Reduan Abdullah, Santokh Singh, Aru The Spiderman dan rakan-rakan.
Babak ketika SuperMokh memimpin skuad kebangsaan Malaysia.
Kenangan Juara Piala Malaysia 1986, trofi Piala Malaysia terakhir SuperMokh.
Antara babak dalam Teater Muzikal SuperMokh.
Antara babak kemuncak teater mantap ini ialah babak di mana sekumpulan penari khas yang menggunakan cahaya neon pada baju mereka, untuk melakonkan semula suasana perlawanan epik Final Piala Malaysia 1986.

Bersama jersi 'tribute' SuperMokh.
Sesi mengeteh di Sata Station, berhampiran Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Antara impian sedari kecil - untuk berjumpa dengan Bro Reza Mokhtar. Alhamdulillah.
Bergambar kenangan sebelum pementasan Teater Muzikal SuperMokh.
Bergambar kenangan bersama gambar SuperMokh yang berbincang dengan YTM Raja Muda, Tengku Idris Shah (kini DYMM Sultan Selangor) dan Santokh Singh, selepas perlawanan Piala Sumbangsih 1985. Jersi yang dipakai SuperMokh dan skuad Selangor pada perlawanan tersebut – jenama ‘Topper’ – adalah jersi yang jarang dipakai oleh skuad Selangor. Al-Fatihah, buat lagenda kita semua.
II
Alhamdulillah, sebelah malamnya pula, saya berkesempatan untuk mengeteh dan menonton Teater Muzikal SuperMokh di Istana Budaya, Kuala Lumpur bersama Bro Reza Mokhtar, anak sulung kepada lagenda bola sepak Malaysia dan Asia, Allahyarham Dato’ Mokhtar Dahari. 
Lakonan mantap daripada Awie dan pastinya, Douglas Lim yang mencuit hati.
Banyak dialog dan babak yang 'menangkap jiwa', selain beberapa pelakon yang berjaya menjiwai watak para lagenda Malaysia seperti Towkay Soh Chin Ann, Santokh Singh, Reduan Abdullah, dan lain-lain. 
Antara yang mempunyai iras pemain ialah Oliver Johanan, yang kelihatan betul-betul hampir sama dengan iras wajah Mendiang Arumugam The Spiderman.
Garapan yang baik daripada Hans Isaac dan rakan-rakan. Tabik hormat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...