Isnin, September 27, 2010
Nasyid "Forgive Me" oleh Ahmed Bukhatir. Maafkan aku, TUHAN -- bilamana aku mengeluh! :(
Ini pula lagu "O God Forgive Me (When I Whine)" (maksud literal/harfiahnya lebih kurang begini, 'Oh TUHAN, ampunkanlah hamba-MU ini, bilamana selama ini aku mengeluh'). Saya mempunyai tabiat pelik -- sangat gemar mendengar lagu atau menonton klip video lagu-lagu yang saya suka beratus-ratus kali. Sampai infiniti.
Lebih-lebih lagi, lagu yang cukup 'dalam' seperti lagu "Forgive Me" ini. Liriknya indah. Suaranya lunak merdu. Melodinya menusuk penjuru kalbu. Selamat menghayati dan menginsafi kelebihan serta kekurangan diri. ALLAH 'Alim. :)
Oh TUHAN, ampunkanlah hamba-MU ini, bilamana selama ini aku mengeluh
Hari ini, tatkala menaiki sebuah bas
kulihat seorang gadis kecil berambut perang emas
aku berkata di dalam hati
alangkah bagus jika wajahku seindah paras rupanya
tiba-tiba
kulihat dia bersusah-payah untuk turun dari bas itu
rupa-rupanya, gadis kecil itu hanya mempunyai sebelah kaki,
dan dia memakai tongkat
namun, sewaktu gadis kecil itu berjalan melaluiku
dia tersenyum bahagia
Oh TUHAN, ampunkanlah hamba-MU ini, bilamana selama ini aku mengeluh
aku punya sepasang kaki -- betapa bertuahnya diriku
Aku berhenti untuk membeli manisan
penjual manisan itu mempunyai wajah yang indah
aku berbual dengannya, dan dia kelihatan sangat bahagia
aku berkata di dalam hati
alangkah bagus jika aku tampan dan bahagia sepertinya
sewaktu aku mahu meninggalkan kedainya, seraya dia berkata kepadaku --
“Terima kasih, Tuan seorang yang berhati mulia”
“Untuk pengetahuan Tuan,” katanya. “Saya cacat penglihatan”
Oh TUHAN, ampunkanlah hamba-MU ini, bilamana selama ini aku mengeluh
aku punya sepasang mata -- betapa bertuahnya diriku
Kulihat seorang anak kecil bermata biru
dia duduk sendirian -- melihat rakan-rakannya bermain
dia tak tahu apa yang perlu dilakukannya
aku pun berhenti sejenak, dan bertanya,
“Kenapa tak bermain bersama teman-temanmu?”
dia merenung kosong, tanpa mengungkap sebarang kata
dan kemudian baharulah kutahu -- dia tak mampu mendengar
Oh TUHAN, ampunkanlah hamba-MU ini, bilamana selama ini aku mengeluh
aku punya sepasang telinga -- betapa bertuahnya diriku
Dengan kaki untuk membawa ke mana kuingin pergi
dengan mata untuk melihat cahaya mentari senja
dengan telinga untuk mendengar apa yang aku ingin ketahui
Oh TUHAN, ampunkanlah maafkan hamba-MU ini, bilamana selama ini aku mengeluh
sungguh, hidupku dirahmati -- betapa bertuahnya diriku.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...
-
Meluaskan Pengaruh Sememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai yang mengukur keberhasilan dan keceme...
-
Nostalgia Liga Malaysia: Shahril Arsat. Shahril Arsat merupakan anggota skuad ‘ treble ’ Piala Malaysia 1995, ...
-
“ Dalam suatu budaya demokrasi… prasangka orang yang tidak mengetahui adalah lebih senang untuk dihapuskan daripada prejudis orang yang be...
such a deep meaning song...
BalasPadamreally mke u think n feel how lucky u are with the beautiful gift...
luv it so much.. :)
Indeed, Qira. All praise is due to ALLAH. :)
BalasPadam