Rabu, September 01, 2010

Perjalanan ruhani: Musafir mencari diri.




31 Ogos 1957, bagi sesetengah rakyat Malaysia, merupakan tarikh yang menggembirakan, dan membanggakan. Pada tarikh inilah Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan kemerdekaan lebih kurang 5 desawarsa yang lalu.

Saya katakan sesetengah, karena masih ada sebilangan yang mempertikai tarikh ini sebagai tarikh kita merdeka. Panjang hujahnya. Mungkin kita boleh hurai dan kongsi dalam perbincangan yang lain.

Tapi, saya percaya, kita semua sepakat, bahawa 31 Ogos ini -- seharusnya hari cuti. Hari bersenang-lenang dan bersantai untuk beberapa jeda, setelah melalui minggu bekerja yang cukup menduga iman dan perut (nafsu bulan Ramadhan).

31 Ogos 2010, bagi saya, merupakan hari di mana saya menikmati cuti paling lama untuk semester ini. Iaitu selama sehari. Ya, sila jangan betulkan skrin laptop anda. Sehari.

Semester ni memang agak sibuk, assignment, test dan presentation sangatlah banyak dan bersusun, bak cendawan lepas hujan (betul ke peribahasa ni?)

Hari Sabtu Ahad pun diisi dengan aktiviti menyiapkan assignment dan menjawab test yang sememangnya shushah dan menduga akal.

Jadi kesempatan yang ini, saya luangkan sedikit untuk mencuci motor cabuk kesayangan saya.


Sewaktu sedang mencuci motor dengan penuh khusyuk dan tawadhu' (hehe), tiba-tiba saya terlihat seorang Cina warga emas sedang duduk sendirian, melihat anak-anak kecil di taman permainan.

Saya perhatikan wajah 'Auntie' itu dengan tajam. Sedalam yang mungkin.


Dia sudah tua, begitu juga ibu dan ayah saya.

Saya masih muda, tapi usia bukan penentu hidup dan mati. Yang penting, akhlak dan taqwa.

Auntie tadi membalas pandangan saya. Dia bertanya, "Aiya, basuh motor ka? Panas-panas tak penat ka puasa?"

Saya tersenyum sambil menjawab, "Tak apa, Auntie. Puasa lagi buat kita jadi kuat. Kalau banyak makan lagi cepat mengantuk. Tidur saja..."

Kata-kata saya dibalas dengan tawa Auntie itu. Dia ketawa besar. Giginya sudah tiada. Saya anggarkan usianya dalam lingkungan 60an. Begitulah.

Saya sambung aktiviti cuci motor tadi dengan hati yang berderap secara tiba-tiba. Sewaktu mencuci side mirror motor cabuk saya, saya melihat pantulan wajah saya padanya.

Selain pipi tembam dan parut kecil di dahi akibat kemalangan sewaktu kecil dulu, saya melihat diri saya.

Kemudian, saya belek jam tangan saya. Padanya tertulis tarikh 31 Ogos 2010. Hari cuti. Hari Kebangsaan Malaysia.

Saya lihat jarum panjang pada jam tangan yang berputar pantas setiap detik.

Saya lihat kembali muka saya pada side mirror motor.

Siapa tu?

Akulah!

Siapa aku????

Akulah!

Siapa????



Berderap hati
seiring langkah tak mati
dan
jawab soal, yang masih setia bertubi-tubi
cuba
mengenal diri
mengenal hakikat diri
mencari erti hidup dan mati

Apakah yang ada dalam diri?
dari mana datangnya diri?
ke mana akhirnya destinasi?

Sungguh
memang tak mudah mengenal diri
kerana ia kunci
mengenal ILLAHI
dalam perjalanan ruhani!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...