Jumaat, Disember 29, 2017

PIMPINAN WAP SERTAI FESTIVAL DI ISTANBUL, DAN MUKTAMAR ABIM DI MESIR.


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
DELEGASI WADAH-ABIM-PKPIM DAN AGENSI SERTAI FESTIVAL UNIW DI ISTANBUL, TURKI.
Alhamdulillah, WADAH-ABIM-PKPIM (WAP) dan agensi telah menyertai Festival United NGO's in Islamic World (UNIW) di Istanbul, Turki pada 9-10hb Disember 2017. Program dianjurkan bersempena Mesyuarat Agung Tahunan UNIW di sana.
Terdahulu, dalam sesi mesyuarat yang diadakan, Tn Hj Ahmad Azam (Presiden WADAH) telah mengekalkan posisi sebagai Penolong Setiausaha Agung UNIW. WAP dan agensi turut membuka reruai (booth) pameran yang melibatkan lebih 150 buah organisasi dakwah, pendidikan, kemanusiaan dan pelbagai lagi; pada peringkat antarabangsa.
Pada 15hb Disember 2017 (Jumaat), pimpinan WADAH-ABIM-PKPIM (WAP) telah menyertai perhimpunan aman di Istanbul, bagi menzahirkan solidariti buat saudara kita di Palestin. Pada hari yang sama di Kuala Lumpur, ABIM telah mewakili Gabungan NGO Save Al-Quds, bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap Presiden Trump dalam isu Baitul Maqdis, kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak.

TIMBALAN PRESIDEN RASMIKAN 
MUKTAMAR SANAWI DAN TAMRIN ABIM MESIR.
14hb Disember 2017: Alhamdulillah, selepas menghadiri program UNIW di Istanbul, Turki, Sdr. Mohd Khairul Anwar bin Ismail (Timbalan Presiden ABIM); dan Sdr. Ahmad Fahmi bin Samsudin (Naib Presiden ABIM) telah tampil dalam Muktamar Sanawi ABIM Mesir kali ke-22.
Dengan tema “Pembentukan Karakter Mubdi’uzzaman, Memimpin Perubahan Zaman”, program penuh bermakna ini dihadiri oleh para pimpinan dan aktivis gerakan di Teratak ABIM Mesir, Hayy Sabi'. Sdr. Anwar dan Sdr. fahmi turut menunaikan umrah di Makkah selepas usai program bersama ABIM Mesir.
Bersama menegakkan kebenaran dan keadilan. Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Semoga Islam terus berkembang mekar; harum mewangi menyebarkan keamanan dan kesejahteraan ke sekalian alam.
Sebarkan!
----------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: 
Dan, kenali ABIM di sini: 
----------------------------------
[DAPATKAN RESIT PENGECUALIAN CUKAI!]
Dengan: INFAQ@ABIM !
Sila deposit seikhlas hati kalian, ke Akaun ABIM:
BANK ISLAM: 14023010032527
MAYBANK: 564221610116
1) Dengan rujukan: infaq@abim
2) Emelkan ke kewangan.abim@gmail.com nama penuh, alamat, nombor telefon serta bukti sumbangan untuk urusan resit.
3) Juga boleh hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui: +603 - 4108 4500.
----------------------------------
Bersama menegakkan kebenaran dan keadilan. Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!


.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...