Jumaat, Disember 29, 2017

15 DISEMBER 2017: ULANG TAHUN KELIMA RBS.

15 DISEMBER 2017: ULANG TAHUN KELIMA RBS.
Retro Bola Sepak menyambut ulang tahun penubuhan yang kelima!
Hampas bukan sebarang hampas,
Hampas dikait dibuat tali,
Emas bukan sebarang emas,
Emas setulus santun dan budi.
Dari sekadar idea 'main-main', RBS berdiri seperti mana yang ada kini. 
Tanpa kalian, RBS ini tidak akan wujud.
Alur bukan sebarang alur,
Alur parit jadi besar,
Tegur bukan sebarang tegur,
Tegur pahit bersendi benar. 
Walau kadangkala kami dilabel anti pihak itu dan ini, walau kami disangka menyebelahi pihak itu dan ini, walau kami dimaki segala caci, itu lah resamnya di dunia ini.
Selasih bukan sebarang selasih,
Selasih dilurut sama pegaga,
Kasih bukan sebarang kasih,
Kasih diterima tanda berharga. 
Moga tahun mendatang, menjanjikan yang terbaik untuk bola sepak negara samada dalam saingan domestik mahupun antarabangsa.
Kain bukan sekarang kain,
Kain belacu dari Jawa,
Main bukan sebarang main,
Main dengan penuh jiwa.
Grande selamanya!
-- Enrico Canna, El Presidente, RBS.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...