Jumaat, Disember 29, 2017

Kisah, dari dalam perut bas.

Kisah, dari dalam perut bas.
Sedang berada dalam perut bas, dari Taiping menuju Hentian Duta.
Menziarahi isteri, anak-anak dan keluarga mertua yang sentiasa dekat di hati dan kerdipan mata.
Apa yang menarik; hampir setiap bas mempunyai beberapa orang penumpang yang berjubah dan berkopiah, dengan wajah yang tak lekang senyuman.
Sebagaimana ABIM dan pelbagai gerakan kemasyarakatan lain, jemaah-jemaah Tabligh ini sekian lama bertebaran ke seluruh negara; menyebarkan salam dan kebaikan, dengan cara masing-masing, tapi dengan matlamat yang satu.
Apa juga pertubuhan mahupun organisasi yang kita sertai - waimah yang berkaitan dengan sukan, alam sekitar, perfileman, muzik mahupun permotoran; kajilah objektif penubuhan, perkembangan semasa serta peranannya.
Setiap orang Islam yang beriman punya kewajipan untuk mengamal dan menyebarkan kesejahteraan dan berkongsi kebahagiaan.
Kita semua - yang berlatar belakangkan pendidikan agama atau tidak - mesti berbuat baik, sebanyak atau sesedikit mana sekali pun.
Bukan kerana kita ustaz atau ustazah. Tetapi kerana kita telah melafaz ikrar sebagai hamba ALLAH SWT, dan beriman dengan kerasulan Nabi Muhammad SAW tercinta.
Biar orang kata kita poyo, asal kita ada usaha dan ikhtiar untuk belajar dan melakukan kebaikan.
Hidup, biar berjasa.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jersi Lotto - Home Selangor FA, 1993.

  Jersi Lotto - Home Selangor FA, 1993. Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti dan mencari. Ramai dah ada dalam koleksi, saya baru ada...