Tarikh
29 Jun 2008, serentak dengan keberjayaan Sepanyol merangkul trofi UEFA Euro
2008, selepas menundukkan Jerman 1-0 dalam perlawanan akhir, tanda
bermulanya era Tiki-taka Sepanyol
menguasai pentas bola sepak dunia.
Sedari
itu, mereka juga telah julang trofi ulung Piala Dunia pada edisi 2010 dan
mengulang pencapaian menjadi juara berganda Eropah di EURO 2012.
Sekian
banyak pasukan cuba atasi taktikal tiki-taka Sepanyol, sebanyak itu juga yang
ketewasan di tangan La Roja.
Ramai
berkata, empayar tiki-taka Sepanyol itu, 'raja' nya adalah Xavi dan Andrés Iniesta. Hendak label
mereka sebagai enjin, buah fikir, nadi, jantung atau apa sahaja, mereka lah
yang menghidupkan tiki-taka itu.
Selepas
bersaranya Xavi pasca tersingkirnya Sepanyol di saingan peringkat kumpulan
Piala Dunia 2014 yang lalu, sedikit demi sedikit rentak tiki-taka Sepanyol juga
kian pudar.
Banyak
pasukan sudah mula temui tonik danTaktikal BOLA Dunia terbaik
untuk menyaingi Sepanyol.
Tempoh
hari, sebaik tewasnya Sepanyol kepada Itali dalam saingan 16 pasukan akhir UEFA EURO 2016, ramai
penganalisis mengandaikan bahawa, Sepanyol sejak tahun 2008, sebenarnya akan
bergelut bertemu pasukan yang menggunakan taktikal tiga pertahanan tengah.
Samada
3-5-2, 3-4-1-2, 3-4-3, 3-1-4-2 atau 5-3-2, La Roja memang sukar sebenarnya
untuk menang dengan variasi formasi sebegini. EURO 2012, masa saingan kumpulan
Itali dah tunjuk cara nak kekang Sepanyol. Itali gunakan formasi 3-5-2, berjaya
ikat Sepanyol seri 1-1. Cuma apabila final kemudiannya, Itali kembali ke
formasi 'back-four', baharu lah Sepanyol mampu bermain tiki-taka mereka dengan
mudah. Formasi yang sama juga Itali gunakan ketika bertemu Sepanyol di separuh
akhir Piala Konfederasi 2013, berjaya mengikat Sepanyol tanpa jaringan sebelum
tewas dalam penentuan penalti.
Piala
Dunia 2014, Belanda juga adaptasikan sistem yang sama, tiga pertahanan tengah.
Hasilnya cukup memberangsangkan. Belanda belasah Sepanyol 5-1. Dalam saingan
kumpulan yang sama, wakil Amerika Selatan juga gunakan taktikal tiga pertahanan
tengah, yang menyaksikan mereka menang 2-0 seterusnya menunjukkan Sepanyol
jalan pulang.
Dan
perlawanan beberapa hari lalu, Antonio Contemerapikan
ramuan paling optimum untuk meneutralkan taktikal Sepanyol.
Konsep
tiga pertahanan tengah yang kental, 'wing-back' di kedua-dua belah sayap yang
sentiasa turun naik. Pemain tengah yang sentiasa berlari menutup ruang.
Mengasak lawan setiap masa. Dua penyerang hadapan yang punyai peranan
tersendiri, seorang gunakan kelebihan fizikal untuk asak pertahanan lawan, dan
seorang lagi jadi tukang godak. Dan kena juga dipastikan punyai penjaga gol
berkaliber. Semua ini disatukan melalui disiplin ketat dan kerjasama sepasukan.
'Blueprint'
Conte ini bakal jadi ikutan.
Cuma
kalau pasukan yang bertemu lawan bertaktikal seperti konsep Conte ini, apa pula
taktikal yang harus diterapkan?
Perancis
di era millenium, kemudian Sepanyol danFC Barcelona di pentas
dunia dan Eropah, dominasi A.C.
Milan di Eropah era lewat 80an dan awal 90an, dominasi Liverpool FC dan Manchester United dalam
liga Inggeris, kehebatan Real
Madrid C.F. dalam saingan Piala Eropah, dominasi Thailand dalam pingat
emas acara bola sepak Sukan SEA, atau apa sahaja contoh legasi dominasi
pasukan-pasukan tertentu.
Pengakhirannya,
setiap yang grande itu pasti berpenghujung...
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan