BADI.
Peristiwa
genap empat tahun lalu, tanggal 28 Jun 2012 di National Stadium, Warsaw,
separuh akhir EURO 2012 antara dua jagoan Eropah, Jerman dan Itali.
Pertembungan
dua negara ini singkap sejarah panjang antara mereka.
Untuk
rekod, Jerman sebelum itu tidak pernah mengalahkan Itali dalam mana-mana
kejohanan utama dunia, samada Piala Dunia mahupun Kejohanan Eropah.
Piala
Dunia 1962, mereka terikat 0-0. Di Piala Dunia 1970, dalam perlawanan yang
digelar Match of the Century di Estadio Azteca, Itali menang menumpaskan
Jerman Barat 4-3 untuk mara ke final. Piala Dunia 1978, kedua-duanya sekali
lagi seri tanpa jaringan. Piala Dunia 1982 di Sepanyol, Itali muncul juara
dunia selepas mengalahkan Jerman Barat 3-1 dalam perlawanan akhir. Kemudian di
UEFA Euro 1988 pula, Itali-Jerman terikat 1-1. Peringkat kumpulan UEFA Euro
1996 sekali lagi seri tanpa jaringan. Perlawanan masyhur, separuh akhir Piala
Dunia 2006 antara tuan rumah Jerman dengan Itali. Suatu perlawanan epik dan
dramatik, Itali muncul pemenang untuk mara ke final dengan skor 2-0.
Dan
campur perlawanan ini, pasukan yang sebelum itu kandas awal di Piala Dunia 2010
berbanding Jerman yang ke Euro 2012 sambil bawa rekod 15 kemenangan
berturut-turut di pentas antarabangsa, Jerman sekali lagi terkena 'badi' Itali.
Ramalan
ramai menjangka Jerman bakal ke final nyata meleset.
Dua
gol dari Mario Balotelli memadai untuk membantu Itali mara ke final meski di
saat akhir, Jerman meraih satu gol saguhati.
Bilmakna,
sedari 54 tahun yang lalu, Jerman tidak pernah menang ke atas Itali, bila
bertembung di pentas kompetetif.
Zaman
Franz Beckenbauer, zaman Karl-Heinz Rummenigge, zaman Lothar Matthäus,
Jürgen Klinsmann dan Rudi Völler, atau Michael Ballack dan Miroslav Klose,
Jerman badi untuk kalahkan Itali.
Stigma
dan tanggapan tersebut seolah menghantui para pemain Jerman.
Sebenarnya
tiada lah sebadi mana pun, sebab dalam perlawanan persahabatan antarabangsa,
biasa Jerman tumpaskan Itali. Terbaharu, Mac lalu, Jerman bantai anak buah
Antonio Conte 4-1 di Allianz Arena.
Suku
akhir UEFA EURO 2016 sekali lagi Itali-Jerman bakal beradu kuat.
Memoir
nostalgia antara kedua negara tersebut, cukup banyak untuk disingkap.
Teringat
kata-kata bekas pemain Jerman Barat era 80an dahulu, Felix Magath;
"Bila
kamu lihat begitu bersemangat pemain Itali menyanyikan lagu kebangsaan mereka,
kamu tahu yang kamu bakal ditentang sehabis mungkin sepanjang 90 minit
perlawanan oleh mereka".
Retro
Bola Sepak: Suku akhir kelak, seterujanya kita ini dek kerana bakal disajikan
dua pertembungan kuasa bola sepak dunia, Jerman dan Itali! Perlawanan pasti
berlangsung epik!
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan