Jumaat, Jun 10, 2016

PRESIDEN ABIM HADIRI SEMINAR ISLAM DAN CABARAN MUSLIM DEMOKRAT DI BRUSSEL.


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
PRESIDEN ABIM HADIRI SEMINAR ISLAM 
DAN CABARAN MUSLIM DEMOKRAT 
DI BRUSSEL.
31hb Mei 2016: Selepas menghadiri Seinar Al-Quran Bergerak anjuran ABIM di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur, Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi AB Rahim telah berkesempatan menghadiri seminar bertajuk “Islam and the Challenge of Muslim Democrats” di Brussel, Belgium, sempena Forum “World Muslim Democrats”. Seminar ini diselenggarakan dan dikelolakan atas kerjasama Friends of Europe dengan Sasakawa Foundation. 


MEI 2015: “ISLAM AND THE CHALLENGE OF MUSLIM DEMOCRATS” DI BRUSSEL, BELGIUM.
Dalam seminar tersebut, YB Nurul Izzah Anwar telah dijemput sebagai salah-seorang panel, di mana beliau membincangkan tentang isu dunia Islam dan peranan Muslim Demokrat dalam membendung kerajaan kuku besi dan memerangi Islamofobia.  
Di hadapan lebih dari 100 peserta, seminar ini turut disertai oleh Professor Madya Prof. Azyumardi Azra (dari Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Indonesia); Dr. Rahimah Abdulrahim (Pengarah Eksekutif Habibie Centre Indonesia); dan  Marete Bilde [Penasihat Dasar European External Action Service (EEAS)]. Shada Islam (Pengarah Dasar Friends of Europe), tampil selaku moderator dalam seminar tersebut.
Profesor Azyumardi Azra menekankan berkenaan pentingnya untuk kita mengamalkan prinsip asas demokrasi – pilihan raya yang kerap; masyarakat madani yang kukuh; tatakelola yang baik dan lain-lain – terhadap konteks budaya tempatan. Dr Rahimah Abdulrahim pula menegaskan bahawa Islam yang sebenar adalah yang mempertahankan hak asasi manusia.
Sementelah, YB Nurul Izzah Anwar menyatakan betapa pentingnya peranan Muslim Moderat untuk menyuarakan Islam sebagai agama yang harmoni dan damai; dan memastikan bahawa promosi demokrasi dan perlindungan hak asasi manusia tetap berjalan.
Selain itu, Dr. Rahimah menyeru umat Islam untuk bersama menjadi ‘good reprenstative Muslim’ – contoh ikutan yang baik. Dari kaca mata Kesatuan Eropah (EU), Marte Bilde menyeru bahawa sudah tiba saatnya EU mendengar Islam dari belahan dunia ‘lain’, bukan sekadar dari Islam yang selama ini biasa didengar, iaitu Timur Tengah. Dengan demikian, Bilde menyeru agar EU meningkatkan kerjasama yang lebih erat dengan Muslim Moderat.  
Duta Besar Republik Indonesia ke Belgium, EU, dan Luxemburg, Yuri O. Thamrin, menyatakan bahawa kecenderungan media yang sering memburukkan Islam dan memperkuatkan ‘trend’ Islamophobia di Eropah. Hal yang demikian, menurut Yuri, perlu ada strategi yang tepat agar media berperanan lebih proaktif, dalam meningkatkan pemahaman yang lebih baik dan objektif terhadap Islam. Lebih jauh, diingatkan pula bahawa ‘trend’ Islamophobia kurang menguntungkan; dan boleh dimanipulasikan oleh golongan pelampau Daesh (IS) untuk mendorong radikalisasi dan unsur pelampau yang lebih teruk dan dahsyat di Eropah.
Dengan dakwaan dan label “militan Islam” yang sering menjadi tajuk utama media dunia, usaha keras oleh golongan Muslim Demokrat sering dipandang sepi.

DR. RACHED GHANNOUSHI: MUSLIM DEMOKRAT.
Ghannouchi, 74, merupakan seorang cendekiawan Islam yang aktif selaku aktivis gerakan Islam di Tunisia sejak zaman mudanya. Beliau mengasaskan gerakan Al-Ittijah al-Islami (Islamic Tendency Movement) pada 1981 bersama rakan seperjuangan yang lain, diilhamkan oleh pertubuhan Ikhwan Muslimin di Mesir. Pada 1989, pertubuhan ini dikenali sebagai Parti EnnahdhaBeliau pertama kali ke Malaysia pada September 2002, atas jemputan ABIM sempena Muktamar ABIM di Terengganu. Banyak yang dibincangkan pada malam itu, antaranya pandangan beliau tentang gerakan Islam dan perkongsian kuasa.
Beliau yang tinggal dalam buangan selama 20 tahun selepas partinya diharamkan oleh Zine El Abidine Ben Ali yang memerintah Tunisia sebelum ini, akhirnya berjaya memenangi pilihan raya pada Oktober, 2011.
Beliau dinamakan sebagai salah-seorang daripada “100 Most Influential People in the World Tahun 2012” dan “Foreign Policy’s Top 100 Global Thinkers” serta Penerima Chatram House Proze 2012 (bersama Moncef Marzouki, Presiden Tunisia) daripada Putera Andrew, Duke of New York, kerana kejayaan ketika peralihan demokrasi di Tunisia.

KONGRES KE-10 PARTI ‪ENNAHDHA 
DI TUNIS, TUNISIA.
Terdahulu, YB Izzah turut menghadiri Kongres Ke-10 Parti ‪Ennahdha di Tunis, Tunisia, di mana sahaa=bat baik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sheikh Dr. Rached Ghannoushi, telah sekali lagi dipilih sebagai pemimpin gerakan tersebut. Kenyataan terbaharu beliau berkenaan Muslim Demokrat mengingatkan kita kepada seruan DSAI pada 2015 agar masyarakat Muslim Demokrat sedunia bersatu-padu:
It is also essential that we (finally!) relaunch the reformist work of ijtihâd undertaken by Muhammad Abduh, Abd al-Raḥman al-Kawakibi and Muhammad Iqbal at the turn of the 20th century: an uncompromising critical analysis of the Quran and the prophetic traditions... The time has come to turn the tables on the hijackers and set a new course for Islam in the 21st century. Our future, as peace-loving Muslim democrats, is at stake.”
Parti Ennahdha mengadakan kongres selama tiga hari, di mana Sheikh Rached Ghanoushi memberikan ucapan dasar yang mencerahkan, selepas mengalu-alukan Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi daripada parti secular yang memerintah iaitu Parti Nidas Tounes.
Ribuan hadirin termasuk tetamu antarabangsa dari serata dunia, menghadiri kongres tersebut – yang pertama sejak 2012; diadakan di Kompleks Sukan Rades, selatan Tunis. Kesatuan negara serta masa depan Tunisia dan Muslim seluruh dunia; kini terus menjadi perhatian.

NOVEMBER 2014: “FIRST INTERNATIONAL
CONFERENCE ON THE WORLD FORUM 
FOR MUSLIM DEMOCRATS”.
Pada 3-4hb November 2014, Saudara Raimi juga berkesempatan menghadiri “First International Conference on the World Forum for Muslim Democrats” yang telah dianjurkan di Hotel One World, Petaling Jaya, Malaysia. Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menekankan kepentingan perbincangan dalam mempromosikan idea keadilan, demokrasi serta kebebasan dalam negara.
Konsep “Muslim Demokrat” ini diambil bagi memperkukuhkan lagi sikap toleransi yang semakin luntur dalam dunia Islam. Konsep ini juga diangkat bagi menentang kebangkitan kumpulan pelampau serta ekstremis yang menggunakan keganasan demi mencapai cita-cita kotor mereka. Sebagai resolusi, jawatankuasa penganjur menyatakan bahawa sikap toleransi menjadi tunggak kepada peradaban serta tamadun Islam sejak sekian lama.
------------------------------------------
Sumber dan Rujukan:
  1. http://www.kemlu.go.id/brussels/id/arsip/siaran-pers/Pages/islam-indonesia-positif-alternatif.aspx;
  2. http://www.friendsofeurope.org/event/muslim-democracies-whats-in-a-name/;
  3. http://www.friendsofeurope.org/global-europe/muslim-democracy-counters-the-narrative-of-islamist-extremists/;
  4. http://www.middleeasteye.net/news/ghannouchi-re-elected-leader-tunisias-ennahda-party-712402406;
  5. http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/muslims-should-not-think-they-are-under-siege-anwar-says.
. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...