Logo ABIM.
|
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim,
Presiden ABIM. Juga mantan
SEKRETARIAT
ABIM PUSAT TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI UNITED KINGDOM SERTA SURUHANJAYA TINGGI
BRITISH DI MALAYSIA.
4hb
Mac 2016 (Jumaat): Alhamdulillah, Sekretariat ABIM Pusat, Taman Cemerlang,
Kuala Lumpur telah menerima kunjungan daripada wakil Suruhanjaya Tinggi British
di Malaysia serta delegasi “Muslim Voices Exchange Programme” dari United
Kingdom.
Mereka
di Malaysia dari 2hb hingga 4hb Mac 2016, dalam rangka kerja menyebarkan
kesedaran berkenaan keganasan menerusi program “Countering Violent Extremism
(CVE)” di seluruh dunia. Projek ini juga adalah bagi mengukuhkan hubungan
kerjasama strategik UK-Malaysia pada peringkat komuniti.
Terdahulu,
pada 3hb Mac 2016 (Khamis), ABIM dan delegasi dari United Kingdom ini,
mengadakan pertemuan di Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur, bagi
membincangkan soal kerjasama serta bertukar pandangan.
Semoga
banyak manfaatnya program ini, dalam menyebarkan keindahan serta keramahan
Islam kepada seluruh lapisan masyarakat.
Malaysian
Life Line for Syria (MLLFS) turut membuat pameran ketika kunjungan delegasi
tersebut ke Sekretariat ABIM Pusat, selain membuka reruai jualan dan pameran di
Islamic Life Style Festival, Setiawangsa, Kuala Lumpur.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan