Isnin, Mac 07, 2016

PROF ABDULLAH HASSAN DAN PRESIDEN ABIM SERTAI DEBAT AGUNG DI UTM SKUDAI.


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan

 
I
PROF ABDULLAH HASSAN DAN PRESIDEN ABIM SERTAI DEBAT AGUNG DI UTM SKUDAI.
25hb Februari 2016 (Khamis): Alhamdulillah, Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim serta tokoh bahasa, Prof Emiritus Abdullah Hassan, telah menyertai Program “My Great Debate” anjuran Pesuruhanjaya Tinggi British di Malaysia dengan kerjasama BFM Radio, University Nottingham Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan National Building School diadakan di Dewan Senat, UTM.
Bertempat di Dewan Senat, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru; usul yang akan dibahaskan ialah – “Does an English Medium Education Increase Competitiveness or Dilute Identity?” (Adakah Medium Pendidikan Bahasa Inggeris Meningkatkan Daya Saing Atau Melunturkan Identiti).

II

KDYMM RAJA PERMAISURI JOHOR 
TURUT MENCEMAR DULI.
D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor telah berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Perdebatan ini. Yang Berbahagia Victoria “Vicki” Marguerite Treadell, Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia menyampaikan kata-kata aluan majlis. Turut hadir, Yang Berbahagia Prof Datuk Ir. Dr Wahid Omar (Naib Canselor UTM); dan Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr Mohd Ismail bin Abd Aziz (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni).
Panelis lain ialah: Prof Malachi Edwin Vethamani (Profesor Kesusasteraan Inggeris Moden, University of Nottingham Malaysia); Wan Saiful Wan Jan, [Ketua Eksekutif, IDEAS (Institut Demokrasi dan Hal-Ehwal Ekonomi)]; Cheryl Fernando (Alumni Teach for Malaysia); dan Iqbal Hafiedz Bin Ahmed Bazari (Institut Debat dan Pidato Umum Malaysia).
Moderator untuk debat ini ialah Sharaad Kuttan dari Radio BFM. Barisan ahli panel perdebatan yang berpengalaman luas dan meliputi pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi mahupun undang-undang. Sebahagian daripada pelajar-pelajar yang turut hadir memeriahkan majlis perdebatan ini.
Kita semarakkan budaya berfikir serta berwacana dalam masyarakat!

III
PERTEMUAN PRESIDEN ABIM BERSAMA 
HABIB ALI ZAENAL ABIDIN.
Alhamdulillah, usai menunaikan Solat Asar di Masjid Sultan Ismail atau Pusat Islam UTM, Saudara Raimi ditakdirkan bertemu dengan Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, pendakwah yang dikenali ramai. Terkenal dengan sikap merendah diri dan keilmuannya, Habib Ali turut mengadakan sedikit perbincangan santai bersama Saudara Raimi.

IV
KUNJUNGAN KE TAHFIZ ILMI SEGAMAT 
DAN SRI ABIM JOHOR BAHRU.
Usai Debat Agung di UTM, delegasi ABIM Pusat bersama ABIM Negeri Johor meneruskan perjalanan ke Kampung Gelang Chinchin, Segamat untuk menziarahi Pusat Tahfiz Sains Darul Ilmi. Kedatangan delegasi disambut meriah oleh pengetua, guru-guru dan para pelajar pusat tersebut.
Mudah-mudahan, dengan kunjungan Presiden ABIM ini, dapat memberi semangat dan cetusan idea; serta membuka ruang kerjasama bagi membangun dan memajukan lagi Pusat Tahfiz Sains Darul Ilmi.
Terdahulu, delegasi turut mengadakan lawatan ringkas ke Sekolah Rendah Islam ABIM Johor, di mana di sekolah ini juga terletaknya Sekolah Tahfiz Sains ABIM Johor Bahru.

V
SRI ABIM JADI PILIHAN RAMAI.
Untuk rekod, Afham Ahmad, abang sulung kepada penyanyi, Akim Ahmad merupakan bekas pelajar dan vokalis kumpulan nasyid SRI ABIM Johor Bahru. Beliau juga menulis lirik lagu “Potret” dendangan Akim & The Majistret, yang memenangi Anugerah Juara Lagu baru-baru ini.
Afham berkata lirik lagu “Potret” mengisahkan kerinduan pada seorang guru yang sudah lama meninggalkannya. “Saya dulu belajar di sekolah agama. Saya gambarkan kehilangan seorang ustaz saya dahulu. Dia antara murabbi yang sangat saya kagumi.”
SRI ABIM Johor Bahru juga menjadi pilihan Amri Yahyah, legenda bola sepak Selangor, JDT dan Malaysia. Beliau menghantar anaknya, Muhammad Adam Rayyan untuk bersekolah di sana. Wak Am kekal mencurah jasa buat Selangor dalam pasang surut pencapaian pasukan tersebut, dari 2001 sehingga tahun 2013. Wak Am; jatuh -- bangun balik; jatuh bangun semula dengan Selangor. Tak pernah serik. Sekarang, menuai hasil di JDT FC.
Sesiapa yang menyaksikan aksi Amri Yahyah (Wak Am) dari era 2001 di stadium, pasti akan mengenang kesungguhan serta komitmen beliau bersama Selangor. Sentiasa memberikan yang terbaik, meski ketika Merah Kuning ketinggalan gol. Bekas penjaga gol Selangor yang memenangi trofi ‘treble 2005’ bersama beliau, Jamsari Sabian sendiri, selaku sahabat Wak Am, ada menceritakan bagaimana kesungguhan Wak Am ketika berlatih bersama pasukan.
Malah, ketika era Selangor dipenuhi deretan bintang 2005-2006, Wak Am sanggup beraksi di bahagian pertahanan, asalkan dapat menyumbang kepada pasukan.
Semoga Wak Am sekeluarga akan terus bahagia dan sukses. Jersi mungkin berbeda; namun jasa dan pengorbanan Wak Am; kekal dalam hati penyokong Selangor FA. Mungkin ada tindakan atau kenyataan (statement) yang didakwa dilakukan/dinyatakan oleh Wak Am yang kurang disenangi oleh segelintir peminat Selangor. Tetapi, itu takkan mampu memadam jasa dan pengorbanan Wak Am selama lebih sedekad bersama Gergasi Merah.
Biar jasa jadi kenangan. Viva Selangor. Selamanya Merah Kuning.
-------------------------------------------------
Sumber dan rujukan:
  1. http://chedinsphere.blogspot.my/2014/05/wak-am-biar-jasa-jadi-kenangan.html;
  2. http://chedinsphere.blogspot.my/2015/07/wak-am-golden-boy.html;
  3. http://www.abim.org.my/berita-program/abim-pusat/item/1021-ajl-30-apa-makna-di-sebalik-lagu-potret.html;
  4. https://www.facebook.com/adam.airish.94/photos_all.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...