Jumaat, Mac 11, 2016

KALENDAR 5 MAC 2016 ABIM PADAT DENGAN AKTIVITI BERMANFAAT.


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
I
PROGRAM HALA TUJU 
PENDIDIKAN NEGARA SIRI 2.
5hb Mac 2016 (Sabtu): Telah berlangsung; Program Hala Tuju Pendidikan Negara Siri 2 di Dewan Pro Canselor, UNISEL Kampus Shah Alam. Program ini menampilkan Dato’ Dr Ustaz Siddiq Fadzil selaku penyampai ucaptama. Para pejuang serta tokoh bahasa turut hadir berkongsi buah fikiran mereka. Marilah kita menyayangi bahasa kita yang indah mencerminkan bangsa kita. Jangan menjadi politik dikir barat.

II
PROGRAM KBI BERSAMA 
PENGERUSI SERTA SU NEGERI.
5hb Mac 2016 (Sabtu): Alhamdulillah, telah berlangsung “Program Koperasi Belia Islam” (KBI) bersama semua pengerusi dan setiausaha negeri KBI. Program diadakan di Dewan Pembangunan Belia Islam, Sekretariat ABIM Pusat, Taman Cemerlang. Semoga banyak manfaatnya, dalam membangun serta mamajukan lagi hala tuju KBI serta ekonomi ummah, in sya ALLAH.

III
FORUM PERANCANGAN KEWANGAN DAN 
PEMILIKAN HARTANAH DI KDH.
5hb Mac 2016 (Sabtu): Prihatin dengan suasana ekonomi semasa serta situasi kewangan anak muda masa kini, ABIM bersama Harta Guam menganjurkan Forum Perancangan Kewangan dan Pemilikan Hartanah Dalam Kalangan Generasi Muda.
Peter Lynch dan Warren Buffet mengingatkan kita supaya jangan simpan duit di bawah bantal -- iaitu simpanan mati atau simpanan yang tidak dapat mengembangkan lagi jumlah wang yang disimpan; termasuk dalam akaun semasa bank dan lain-lain. Sebaliknya, simpanan harus bersifat hidup dan berkembang termasuk dengan cara pembelian aset.
Statistik ramai yang mengalami bankrap atau muflis paling tinggi kerana: kereta; rumah; kad kredit; dan pinjaman peribadi. Program ini berjalan di Dewan Syura, Kolej Dar al-Hikmah, Kajang, Selangor.

IV
SEPUTAR PERASMIAN KARNIVAL AYG 
DI BANDAR BARU BANGI.
5hb Mac 2016 (Sabtu): Alhamdulillah, Prof Mohammad Redzuan Othman, hadir merasmikan Karnival Adab Youth Garage. Program dianjurkan di Bandar Baru Bangi, sebagai usaha untuk mengoptimumkan penglibatan anak muda dalam aktiviti yang sihat lagi bermanfaat. Terdapat pelbagai aktiviti menaruk -- dari sukan hingga info kampus dan aktiviti kesukarelaan. Hidup anak muda. Bangkit!

V
ABIM NEGERI SEMBILAN TERIMA WANG ZAKAT 
EXIM BANK; UNTUK AGIHAN ASNAF.
5hb Mac 2016 (Rembau, Sabtu): ABIM Negeri Sembilan telah dipilih untuk menerima wang zakat 2015, dari pihak Exim Bank Malaysia untuk dibuat agihan kepada asnaf. Pihak pengurusan ABIM Negeri Sembilan telah membuat saringan dan telah mengagihkan seramai 80 orang penerima wang zakat tersebut. Agihan peringkat pertama ini telah di serahkan pagi ini oleh Pengerusi Sektor Syariah Exim Bank.


VI
FORUM MEMOIR CINTA AMMAR 
DI SANDAKAN, SABAH.
5hb Mac 2016 (Sabtu): “Forum Memoir Cinta Ammar” telah dijalankan sempena “Program Fenomena Ammar” di SMKA Tun Juhar Sandakan, Sabah. Sudah tentu, program seperti ini bermatlamatkan untuk melahirkan pemimpin seperti Sultan Muhammad Al-Fateh.

VII
PROGRAM MISI PASCA BANJIR 
DI KUCHING, SARAWAK.
5hb Mac 2016 (Sabtu): Alhamdulillah, “Program Misi Pasca Banjir” di Kampung Beradik, Kuching telah selesai dilaksanakan. Terima kasih kepada Ketua Kaum, Tuan Haji Bolhassan Ibrahim yang dibantu oleh JKK Kampung Beradik dan seluruh penduduk yang menyambut kedatangan kami dengan penuh meriah.
Sebanyak 115 buah keluarga mangsa banjir menerima sumbangan daripada pihak penganjur yang diketuai oleh Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Encik Ahmad Saparudin Yusuf bersama dengan sukarelawan dari ABIM Negeri Sarawak dan Himpunan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara (HARUM).
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pejabat Daerah Kuching dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang turut bekerjasama membantu menjayakan program ini.
Tidak dilupakan kepada pihak Lembaga Sungai Sarawak yang menyediakan perkhidmatan bot untuk menuju ke Kampung Beradik. Semoga usaha tersebut dapat membantu meringankan beban saudara kita yang ditimpa musibah banjir dan memberi galakan kepada masyarakat kita untuk terus membantu golongan yang memerlukan.
Terima kasih juga kepada orang ramai yang turut menyumbang dalam bentuk barangan dan wang tunai untuk diserahkan kepada mangsa banjir. Semoga ALLAH membalas jasa dan memudahkan urusan kalian di dunia dan akhirat. Amin.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...