RAHMAN
OLA BOLA DAN 1001 JASA PENGULAS SUKAN.
Akar
keladi melilit selasih,
Selasih
tumbuh di hujung taman;
Kalungan
budi junjungan kasih,
Mesra
kenangan sepanjang zaman.
Terima
kasih, buat semua “Rahman” yang banyak berjasa, kepada peminat sukan tanah air.
Menyaksikan
gelagat Rahman (Bront Palarae ) dalam filem “Ola Bola”, menyingkap suka-duka
seorang pengulas sukan. Sungguh, tidak mudah untuk menjadi seorang pengulas
yang disenangi ramai, apalagi untuk dikenang dalam sejarah.
Pastinya,
kepada generasi sebelum alaf baru, suara pengulas di corong radio dan peti TV,
menjadi santapan hiburan para peminat yang tidak dapat turun ke stadium.
Berikut
kami di Retro Bola Sepak (RBS) bingkiskan semula, sedikit coretan – tentang
pengulas sukan legenda Malaysia...
----------------------------------------
“Saya
Hasbullah bin Awang, 4331208 mengajak saudara mengenali antara bintang-bintang
yang kian mengerdip…”
Begitulah
antara celoteh awal Dato’ Haji Hasbullah Awang, pengulas sukan legenda ketika
bertugas mengendalikan rancangan ‘Tunas Harapan’ di Radio Malaysia Siaran
Tempatan Kuantan pada 1974.
Beliau
juga pernah mengendalikan rancangan radio ‘Soal Jawab Agama’.
Titik
tolak permulaan Haji Hasbullah sebagai pengulas sukan bermula pada 1978,
apabila Othman Haji Muhammad tidak dapat hadir ke stadium untuk mengulas
perlawanan di antara Pahang menentang Singapura.
Antara
pengulas sukan yang sebaris dengan beliau ialah Datuk Rahim Razali, Abdullah
Hashim, Sherkawi Jirim, Jamaluddin Alias dan Amin Mahir.
Nyata,
bukan mudah untuk menganalisis serta memberikan pandangan dalam sesuatu
rancangan sukan, apatah lagi bila ianya disiarkan secara langsung. Setiap
pengulas perlu berada dalam kelas tersendiri, sentiasa menterjemah perlawanan
dengan adil, berfakta dan menarik.
Memetik
kata-kata bekas pengacara rancangan ‘Dunia Sukan’ (TV3), Jahidin Ahmad:
“Mengulas itu adalah satu kerja seni. Setiap pengulas perlu mencari identiti
sendiri”.
Bagi
mereka yang membesar ketika zaman 90an, suasananya masih berbeza berbanding
kini, apatah lagi ketika era tersebut, Liga Semi-Pro mula diperkenalkan oleh
FAM dan menjadi kegilaan rakyat Malaysia.
Ketika
itu, kebiasaannya, ‘highlight’ akan disiarkan ketika ‘Evening News’ di TV3,
sekitar pukul 11 malam.
Kebiasaannya,
para pengulas mempunyai ciri dan karisma tersendiri pada setiap patah dan gaya
tutur bahasa yang diterjemah daripada tindakan luar jangka.
Salute
tinggi buat para pengulas sukan tanah air yang berjasa.
Padu
& Grande; buat semua.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan