Aksi dan gelagat Haji Hasbullah ketika
era awalnya selaku pengulas sukan. Beliau yang
berkacamata tampak segak mengulas perlawanan Piala
Malaysia 1988 antara Selangor
dan Kuala Lumpur.
|
Haji Hasbullah berehat seketika ketika
bertugas di Seoul, Korea Selatan, ketika
rakaman Sukan Olimpik di sana.
|
Antara gambar terakhir Dato’ Hasbullah,
yang diambil oleh Saudara
Zachki Ahmad Suri yang juga
pengulas sukan TV.
“Walau dunia menjadi gelap gelita
Pegang dengan penuh percaya
Kepada mimpi kita
Suara harapan jadikan ia
pelita
Semaikan erti cahaya
Kepada nilai cinta.”
--
Zee Avi (Arena Cahaya).
OLA
BOLA: DARI PUSAT HIBORAN HUA HEE KE ARENA STADIUM MERDEKA.
Alhamdulillah,
setelah sekian lama menunggu karya yang mengangkat tema sukan; akhirnya “Ola
Bola” tiba juga. Bagai terbayang kelibat jaguh-jaguh bola Malaysia; beraksi
penuh semangat,buat pasukan yang mereka wakili.
Digarap
berdasarkan inspirasi beberapa peristiwa monumental bola negara; filem ini
tidak hanya berlegar seputar keyakinan pemain negara -- untuk layak ke Olimpik
Moscow 1980.
Ia
menyusur jauh ke dalam jiwa penonton; menerusi harapan adik-adik Muthu; harapan
Rahman dan anak kembarnya; impian keluarga Tauke; impian Chai serta seluruh rakyat negara kita.
Sungguh,
Ola Bola bukan sekadar tentang bola.
Ola
Bola adalah cerita tentang keyakinan dan kepercayaan. Tentang jati diri serta
jiwa Malaysia yang mapan. Kerana kita mungkin punya warna kulit yang berbeda;
tapi kita menyanyikan lagu yang sama.
Terima
kasih kepada pihak produksi; kerana sudi meletakkan kredit pada akhir filem ini, serta melibatkan Retro Bola Sepak sebagai
antara penyumbang kecil -- kepada karya besar ini.
Bak
kata Ali, “Kita menang sama-sama; kita kalah pun sama-sama.”
Ayuh;
kobar jiwa semangat. Julang panji merdeka. Padu dan Grande; selamanya.
*
Nantikan ulasan ringkas Ola Bola dari Admin-Admin RBS yang lain juga.
.
Eh eh tiba2 nampak daddy kite hahaha
BalasPadamSalam. hehe.
PadamSiapakah itu?
Boleh kata che din.. filem ini tak hampakan semua masyarakat,saya bangga kejayaan skuad national walaupun saya tidak lahir sblm olimpik
BalasPadamSalam.
PadamBenar, ada mesej dan manfaat besar filem ini -- dalam mendidik serta menyuburkan nilai patriotisme menerusi sukan serta semangat kekeluargaan - perpaduan.
Semoga lebih banyak karya bermutu dapat diterbitkan kelak.
:)