Logo ABIM.
|
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim,
Presiden ABIM. Juga mantan
I
KDYMM
SULTAN PERAK BERKENAN TERIMA MENGADAP PRESIDEN ABIM SERTA DELEGASI PEJUANG
BAHASA.
Sayang
berderak pandai berguru,
Sayang
selasih terbuang layu;
Mujur
saya baru berguru,
Kalau
tidak terbuang lalu.
---------------
11hb
Februari 2016 (Khamis): Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim, bersama
delegasi bijak pandai Melayu, mahaguru bahasa, sasterawan, budayawan dan
saintis mengadap Baginda Sultan Perak, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah,
Sultan yang bijaksana - membincangkan masa depan anak bangsa.
Delegasi
ini merafak sembah -- menyatakan keprihatinan dan kegusaran; terhadap nasib
bangsa dan masa depan Bahasa Melayu, yang kian dipinggirkan oleh pemerintah
yang terdiri daripada badan eksekutif, menerusi beberapa dasar yang menguburkan
Bahasa Melayu. Hal ini termasuk pengenalan Dasar Dua Bahasa (Dwi Language Programme - DLP).
“Perlaksanaan
‘Dual Language Programme’ (DLP) adalah
satu PENGHINAAN kepada KEDAULATAN Bahasa Melayu dan KEDAULATAN WASIAT Raja-Raja
Melayu pada 1957. Menghina Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan
Akta Pendidikan 1996, khasnya Perkara 17 dan 18.” -- Buku "KAMI BANTAH
DLP" (Prof. Emeritus Abdullah Hasan dan Datuk Zainal Abidin Borhan).
II
PELUNCURAN
KEMPEN MANSUHKAN DASAR DWI BAHASA (DLP).
15hb
Februari 2016 (Isnin): Alhamdulillah, Presiden serta pimpinan ABIM
bersama para Sasterawan Negara, cendiakawan, saintis, pejuang bahasa, serta
penerbit buku hiliran (indie) hadir memberikan sokongan dalam Kempen Peluncuran
Mansuh DLP. Program penuh bermakna ini dianjurkan di hadapan SOGO, Kuala
Lumpur.
Apabila
Sasterawan Negara, Profesor Sains, Matematik dan peguam turun menyatakan
bantahan di Jalan raya, pasti ada perkara besar yang tidak kena dengan DLP ini.
Prof Wan Ramli Wan Daud, antara 72 saintis berpengaruh dunia 2015 yang
disenaraikan oleh Thomson-Reuters (New York), turut membantah perlaksanaan DLP.
Menurut beliau, dasar tersebut hanya akan menjadikan para pelajar mempelajari
Sains dan Matematik untuk memperbaiki bahasa Inggeris mereka, dan bukannya
untuk memahami subjek tersebut.
Selain
Prof Wan Ramli, turut hadir memberikan sokongan ialah SN Dato’ Baha Zain, SN
Dato’ Muhammad Hj Salleh, SN Dato’ Anwar Ridhuan, anak Melayu pertama
memperolehi PhD dalam bidang Matematik, Prof Shahrir Md.Zin dan pakar Matematik
serta pengkaji Etnosains, Dr Alinor Abdul Kadir.
Bahasa
Menunjukkan Bangsa!
III
SIDANG
MEDIA BANTAH DLP.
5hb
Januari 2016: Dua gabungan besar kepada gerakan pejuang bahasa - Gerakan Mansuh
PPSMI (GMP) dan Majlis Bertindak Isu Pendidikan Kebangsaan-GAPENA telah mencapai
kata sepakat untuk menjayakan himpunan “Keranda 152” ke-3 pada 26hb Mac 2016
sebagai bantahan terhadap #DLP sekiranya
tuntutan dan rundingan bersama pihak kerajaan menemui jalan buntu.
Antara
resolusi yang disepakati dan diwar-warkan dalam sidang media ini adalah
cadangan menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja Melayu. Terdahulu, pada
20hb Oktober 2015, turut diadakan Sidang Media Bantah Program Dwibahasa (DLP). Sidang
media berlangsung di Sekretariat ABIM Pusat, Taman Cemerlang, Kuala Lumpur.
----------------------------------------------
Mohon sebar luas dan viralkan:
Mohon sebar luas dan viralkan:
Page
Facebook:
“Gerakan
Mansuh PPSMI - GMP #Bantah DLP”:
https://www.facebook.com/Gerakan-Mansuh-PPSMI-GMP-Bantah-D…/
dan
Blog:
“Gerakan #BantahDLP”:
dan
Blog:
“Gerakan #BantahDLP”:
Terima
kasih.
---------------------
Sumber dan Rujukan:
- http://www.mobtvlive.my/watch.php?vid=bfce74cec;
- http://malaysiagazette.com/ms/nasional/gmp-umum-himpunan-bantah-dlp-26;
- http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/01/05/demonstrasi-bantah-dlp-26-mac/;
- http://bm.selangorku.com/83258/gmp-bantah-sebarang-usaha-kembalikan-ppsim/;
- https://www.malaysiakini.com/news/316423.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan