SYUKUR.
Siang
tadi singgah ke Kompleks Pertama. Terjumpa Big Boh Jabal Noor bersama jersi
langka beliau.
Balik
dari Pertama pula, ternampak seorang brader Indonesia pakai t-shirt ‘tribute’
Johor 95. Setelah beberapa babak negosiasi dan kejar-mengejar; alhamdulillah
beliau sudi melepaskan t-shirt ini.
Meski
bukan jersi, tetapi keikhlasan beliau untuk tidak menerima sebarang bayaran dan
tidak mahu gambarnya diambil, membuatkan saya terharu.
Entah
kenapa, bukan saja rasa nak berterima kasih kepada hamba ALLAH tersebut. Tetapi
juga kepada Abe Jabal, yang tidak lekang dengan nasihatnya.
Syukur.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan