PRESIDEN
ABIM ADAKAN PERTEMUAN DENGAN KHALID MESHAAL (HAMAS).
10hb
Disember 2015: Siri Syarahan Perdana anjuran Palestinian Cultural Organization
Malaysia (PCOM) telah diadakan baru-baru ini, kali ini menampilkan Saudara
Khalid Meshaal, pemimpin HAMAS (Ḥarakat al-Muqāwamah al-‘Islāmiyyah –
Gerakan Kebangkitan Islam). Khalid Meshaal merupakan antara arkitek gerakan
HAMAS dan beberapa kali cuba dibunuh oleh rejim Zionis Israel.
14hb
Disember 2015 menandakan HAMAS mengecapi usia ke-28 tahun -- satu tempoh
perjuangan yang panjang dan penuh tribulasi. Bertempat di Hotel Flamingo,
Ampang, Kuala Lumpur, pidato telah disampaikan dengan penuh bersemangat serta
bermakna. Turut hadir, Presiden ABIM, Saudara Haji Mohamad Raimi dan CEO
Malaysia Life Line for Syria, Saudara Syahrir Azfar Al-Halabi.
Pimpinan
ABIM menzahirkan rasa bersyukur, kerana berpeluang mendengar sendiri perihal
Ummat Islam di bumi Gaza dan Al-Quds secara langsung daripada ‘dhamir’ dan
suara hati pemimpin nombor satu HAMAS – ‘Abu Waleed’, Khalid Meshaal.
Saudara
Raimi dan pimpinan ABIM turut berkesempatan mengadakan dua kali pertemuan serta
perbincangan bersama Saudara Khalid: Pertama di hotel tersebut, dan kedua di
Sekretariat PCOM, Titiwangsa. Mewakili HAMAS, Saudara Khalid menghargai
sokongan padu masyarakat, NGO madani serta rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat
Palestin dan ini turut menyumbang untuk mempengaruhi dasar kerajaan Malaysia
yang lantang menyokong perjuangan Palestin di pentas antarabangsa.
Saudara
Khalid memberitahu bahawa, kebangkitan rakyat Palestin yang pertama (Intifadah
pertama) pada tahun 1987 telah memperkukuhkan HAMAS di Wilayah Gaza, Palestin.
Intifadah yang kedua pada tahun 2003 pula berjaya menghalau Ariel Sharon dan
Israel dari wilayah Gaza, Palestin.
Beliau
menambah, Intifadah ketiga pada kali ini moga-moga berjaya menghalau keluar Israel
dari bumi Palestin, dan intifadah keempat mungkin Ummat Islam seluruh dunia
sudah boleh menziarahi Palestin dan Masjid al-Aqsa.
Beliau
juga mengulas mengenai pendirian HAMAS terhadap Daesh (ISIS), Hezbollah dan Iran
dalam isu Syria. Pertama, HAMAS menentang ideologi ekstremisme Daesh yang
membunuh dan mengkafirkan Muslim lain. Beliau juga menyatakan bahawa ramai anak
muda yang ingin berjihad di Palestin, tetapi akses untuk masuk ke Palestin
telah ditutup rapat oleh rejim Zionis.
Maka,
ramai anak muda pergi ke negara yang lebih mudah diakses seperti Syria. Malangnya,
ramai yang terpedaya dengan propaganda Daesh yang memerangkap anak muda yang
naif dan kurang ilmu.
Kedua,
HAMAS mengaku walaupun dahulu ada bekerjasama dengan Hezbollah, Iran dan Basyar
Assad dalam isu Palestin, tetapi selepas berlaku revolusi Syria, HAMAS menarik
balik kerjasama dengan ketiga-tiga penjenayah perang ini; dan tetap pendirian
mereka dengan rakyat Syria yang dizalimi.
Katanya
lagi, pernah Basyar Assad memanggil HAMAS untuk mendapatkan sokongan politik
dalam isu Syria. Tetapi, HAMAS menyatakan bahawa mereka berdiri bersama rakyat
Syria yang menentang rejim yang zalim.
Terdahulu,
pada 4hb Disember 2013, pimpinan ABIM telah berkesempatan meluangkan kira-kira
5 jam bersama Saudara Khalid Meshaal, bagi mendalami pergolakan terkini dan
masa depan bumi Palestin yang tercinta.
Dalam
catatannya, Saudara Raimi menggambarkan Saudara Khalid sebagai ‘orang yang
sungguh terampil, budiman dan merendah diri. Hujahnya tegas, tajam dan
sistematik – mendengar tutur bicaranya, umpama sedang membaca perenggan demi
perenggan tulisannya. Inilah antara sifat-sifat yang selayaknya bagi pemimpin
besar sepertinya, pemimpin yang menempati posisi yang didahului oleh As-Syahid
Sheikh Ahmad Yasin dan As-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi.’
“Masa
depan Palestin adalah bersama HAMAS!” Ujar Saudara Khalid dengan penuh optimis.
Moga
ALLAH SWT merahmati para pejuang Ummat dan moga Roh perjuangan mereka menyerap,
mengakar dan merimbun dalam jiwa-jiwa kita yang kian lesu, dan makin tenggelam
dalam kehidupan seharian.
Bersama
kita mendukung perjuangan untuk pembebasan serta keadilan -- Palestin, Syria,
Rohingya serta semua Ummat yang tertindas. Solidariti; buat kemanusiaan serta
persaudaraan!
_____________________________________
Hasbunallah
wanikmal wakil...
Ayuh;
sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
#ABIM #ABIMdihatiku #sejahterakanmalaysiadengandakwah
______________________________________
______________________________________
Salurkan
infaq anda ke akaun ABIM : Bank Islam – 1402-3010-0112-19
ATAU
Melalui
sumbangan atas talian yang disediakan oleh syarikat billplz.com :https://billplz.com/form/infaq-abim
ATAU
Sumbangan
bulanan melalui auto debit : Whatsapp/SMS ke 013-2226057 butiran seperti Nama
dan Alamat untuk urusan pengeposan borang Auto Debit.
_____________________________________
Sila
“Like”, “Follow” dan “Share” Halaman FB: Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim
Youth Movement of Malaysia (ABIM):
https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia/?fref=ts
https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia/?fref=ts
_______________________________________
Hubungi
Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +6019-2881300/ 019-3836700 / +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
Email: sap@abim.org.my
Tel: +6019-2881300/ 019-3836700 / +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
Email: sap@abim.org.my
Website
ABIM: http://www.abim.org.my/
Twitter ABIM: https://twitter.com/ABIM_24
Telegram ABIM: https://telegram.me/abim24
Youtube: https://www.youtube.com/user/mediabim
______________________________________
Twitter ABIM: https://twitter.com/ABIM_24
Telegram ABIM: https://telegram.me/abim24
Youtube: https://www.youtube.com/user/mediabim
______________________________________
Sekretariat
ABIM Pusat terletak di: No.6, Jalan TC 2A/2, Tmn Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
(Berhampiran
Stesen LRT Taman Gombak dan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Kuala
Lumpur).
#AlAqsa #WillNeverBeDivided #Malaysia4Syria #SaveRohingya#SaveSyria #SyriaNeedsYou #SaveTheChildrenOfSyria #SebarkanSalam
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan