TIGAPULUHTIGA.
Bercakap
sedikit tentang penjualan tiket, sayu juga melihat ramai sahabat penyokong
Selangor yang tidak dapat membeli tiket. Meski dari pukul 7 pagi -- beratur
panjang sampai ke simpang stadium, namun ramai penyokong Selangor hampa kerana
tiket habis terjual dalam masa sejam. Semoga ada usaha serius untuk menangani
masalah yang kerap berlaku setiap kali perlawanan besar dianjurkan di Malaysia
ini.
Perseteruan
Selangor-Kedah sudah berlangsung sejak sekian lama. Dua negeri yang kaya dengan
sejarah bola sepak Malaysia ini, kali ini sekali bertembung di pentas Final,
selepas kali terakhir bertarung pada 2008.
Setelah
lama tidak menjejaki kaki ke pentas final, kini Selangor berada pada landasan yang
tepat untuk menamatkan Misi 33 yang sudah lama tertangguh. Meskipun tidak
dibarisi deretan bintang, skuad Gergasi Merah tetap hebat dengan semangat
berpasukan yang tinggi. Tahniah buat pasukan serta penyokong yang hadir sedari
awal musim.
Pada
2005, jaringan hatrik penyerang terbilang Nusantara, Bambang Pamungkas
membolehkan impian Selangor untuk melakar sejarah merangkul empat gelaran dalam
semusim menjadi realiti; apabila mereka dinobatkan selaku juara Piala Malaysia
yang baru. Selangor menewaskan penyandang juara, Perlis 3-0 dalam perlawanan
akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kemenangan tersebut membuktikan
kejaguhan sebenar Selangor yang tersisih selama tiga musim sejak menjulang
Piala Malaysia pada 2002.
Di
hadapan kira-kira 90,000 penonton yang jelas didominasi oleh penyokong yang
berpakaian merah dan kuning; bertempik sorak kegembiraan sejurus pengadil
perlawanan, Shokri Nor meniup wisel penamat.
Sebilangan
individu pernah julang Piala Malaysia selaku pemain dan jurulatih pasukan. Mehmet
Durakovic dilihat cuba mengulangi pencapaian Dollah Salleh, Zainal Abidin
Hassan, Abdul Ghani Minhat, M. Chandran dan lain-lain. Sehingga 2014, Selangor
masih dahagakan trofi Piala Malaysia yang bersejarah. Apakah Sabtu ini bakal
menjadi milik Red Giants? Ataukah Kedah akan kembali dinobat sebagai jaguh bola
sepak Malaysia? Sama-sama kita nantikan.
Ayuh,
penuhkan stadium dan depan kaca TV masing-masing; dengan semangat kesukanan
serta penghargaan buat sukan nombor satu negara ini. Moga saja satu hari nanti;
maruah bola sepak kita akan mengharum kembali. Kalau bukan kita yang hargai,
siapa lagi?
Bersama
martabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu & Grande; selamanya!
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan