BOOTH
MLL4S DI SHAH ALAM
CONVENTION CENTRE PADA
8-10 MEI 2015.
Alhamdulillah,
pada 8-10hb Mei 2015 (Jumaat-Ahad), Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) telah
membuka reruai (booth) pameran dan jualan di Shah Alam Convention Centre
(berhampiran Kompleks PKNS Shah Alam), sempena Malaysia Islamic Festival (MAIF)
2015.
Sempat
juga saya melayan AlFarabi Band ber‘jamming’. Ada jiwa depa ni.Lagu “Islam Yang
Telah Berkembang” mengenangkan saya kepada era gemilang Nadamurni. Al-Fatihah
sekudusnya buat Ustaz Asri Rabbani.
Selain
AlFarabi Band, UNIC juga turut membuat persembahan. Terima kasih buat Saudara
Fakhrul dan Saudara Bazli yang sudi memakai mafla Malaysia Life Line for Syria
ketika mendendangkan lagu-lagu nasyid mereka.
Pada hari kedua festival, ada wacana santai yang menampilkan Fynn Jamal dan Imam Muda Asyraf, di mana mereka berkongsi pandangan berkenaan isu 'keyboard warriors' dan media sosial.
Di
MAIF ini juga, ada reruai buku indie, di mana ejen DuBook Press turut menjual
buku-buku terbaru terbitan penerbit yang cukup dekat dengan jiwa anak muda.
Saya
membeli naskah laku-keras ‘Amran Fans’. Nak beli ‘Sesembang’ dah habis pula. Untuk
pengikut tulisan Mutalib Uthman, Pidomat the Takafulman dan Amran Fans; buku
ini berbaloi untuk dimiliki. Ringan tapi buat kita berfikir. Banyak ambil dari
status Facebook Amran Fans.
Sesiapa
yang membeli buku tersebut, bersedialah untuk ketawa dan tersenyum sendirian. Heh
heh.
Naskah
‘Amran Fans’ adalah antara yang terlaris, selain buku karya Saudara Lepat. Pastinya
kerana bahan terbitan penerbit alternatif/indie dekat dengan jiwa anak muda. Dan
kebanyakan penulisnya punya pengikut dan ‘tribe tersendiri’. Bahasa dan
ceritanya dekat dengan realiti dan mudah difahami.
Paling
utama; keluar daripada kepompong cerita cinta tiga segi yang klise.
:)
:)
Sila
klik : www.malaysia4syria.org
Hulurkanlah
bantuan anda, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin…
Ayuh,
sebarkan salam!
#Malaysia4Syria #WeWillNeverSurrender #RamadhanAlHabeeb#NoLostGeneration #SaveSyria #SyriaNeedsYou #SaveTheChildrenOfSyria#4YearsOfRevolution #StandWithSyria #AssadWarCrimes #PrayForSyria#FreeSyria #PeduliSyria #SebarkanSalam
------------------------------------------------
Teruskan
menyumbang ke:
Nama
Akaun : SALAM SURIAH RESOURCES
Maybank
: 5645-5733-8496
Bank
Islam : 12-113-01-005343-3
CIMB
: 86020-41215
Email
: donation.mllfs@gmail.com
No.
Telefon : 0341416732 / 0132226057
*Untuk
urusan resit pengecualian cukai, mohon emelkan kepada kami butiran
berikut
:
1.
Nama penuh
2.
Alamat
3.
No. telefon
Terima
kasih.
Demi
Syria; Untuk Ummah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan