FIRAUN
DAN PERINGATAN
BUAT SEKALIAN UMAT MANUSIA.
Di
dalam Al Qur’an Surat Yunus 10 : 90-92, ALLAH SWT mengisahkan tentang tenggelamnya Fir’aun, seorang raja yang zalim, membuat kerosakan dan melampui batas:
Dan
Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan
tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga
apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): “Aku
percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku
adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah kepada ALLAH)”.
(Q.S 10:90).
(ALLAH
berfirman): “Adakah sekarang (baharu engkau beriman)? Padahal sesungguhnya
engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari
orang-orang yang melakukan kerosakan?.” (Q.S. 10 : 91)
“Maka
pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang
tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang
yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar). Dan (ingatlah)
sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan)
tanda-tanda kekuasaan Kami!”. (Q.S. 10 : 92)
Jasad
Firaun kemudiannya diawetkan hingga utuh sampai sekarang yang ditemukan pada
tahun 1898 di Mesir. Inilah peringatan daripada ALLAH SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan