Selasa, Mei 05, 2015

Selamat Pengantin Baru; Abang Zul dan Kak Zatil.


Selamat Pengantin Baru; Abang Zul dan Kak Zatil.
Alhamdulillah, saya dan isteri tersayang berkesempatan menghadiri majlis pernikahan dan walimatul urus abang ipar saya, Zulfadli Mazuvil bersama pilihan hati, Zatil Hanan Adzmi di Alor Star, Kedah Darul Aman.
Majlis berjalan dengan baik, berlatar-belakangkan sawah bendang nan menghijau. Saya juga berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Albukhary yang indah dan mendamaikan jiwa.
Buat Abg Zul dan Kak Zatil; saya titipkan serangkap doa: “Barakallahulakuma wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fi khair” (Ya Allah, berkati, rahmati dan redhailah pasangan pengantin ini).
:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...