Jumaat, Januari 02, 2015

Skuad ABIM-Team MLL4S Sertai Misi Prihatin Banjir di Pantai Timur.


Logo ABIM.
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan
Juga mantan Presiden PKPIM.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Saudara Jufitri Bin JohaPengerusi Malaysia Life Line For Syria (MLL4S)
dan Naib Presiden 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Juga penerima Anugerah Belia Perdana Malaysia 2014 
dan Tokoh Belia ASEAN 2014.

merangkap CEO MLL4S, 
Meskipun masih dalam kancah peperangan, 
rakyat Syria tetap prihatin di atas bencana banjir 
yang melanda Malaysia. 
Skuad ABIM-Team Jelajah Ummah (MLL4S) Sertai 
Misi Prihatin Banjir di Pantai Timur.
I
Di Malaysia Life Line for Syria (MLL4S), selain menumpukan bantuan kepada rakyat Syria, MLL4S turut terpanggil untuk bersama membantu mereka yang memerlukan di Malaysia. Sahabat-sahabat kita di Pantai Timur sekali lagi berhadapan dengan waktu-waktu yang sukar ketika ini. Mereka terpaksa meninggalkan rumah dan harta benda bagi menyelamatkan diri daripada dihanyutkan air bah yang melanda.

Skuad Prihatin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) dengan kerjasama pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) antaranya: Skuad ‘Jelajah Ukhuwwah For Ummah’, Active-Fast Centre, Triton Owners Club, Pusat Zakat Selangor (PZS), Majlis Belia Malaysia (MBM), Pertubuhan Kebajikan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Global Peace Mission (GPM) dan lain-lain meneruskan misi mambantu mangsa banjir di Pantai Timur. 


II
Skuad yang terlibat telah menghantar sukarelawan dari Lembah Klang ke Pantai Timur yang terdiri daripada pekerja swasta, individu perseorangan, pelajar universiti awam dan swasta. Skuad operasi tersebut terpaksa menempuhi perjalanan panjang, jalan alternatif ke Kelantan (melalui Negeri Sembilan - Pahang – Terengganu - Kelantan) untuk membantu mangsa banjir dalam misi besar ‘Ops Skuad Prihatin Banjir 2014’.
Antara bantuan yang disampaikan hasil sumbangan rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama ialah:

Makanan kering dan makanan segera (sardin, biskut, roti, Nestum, Maggie, coklat, kurma dan lain-lain); kit kebersihan diri (berus gigi, ubat gigi, tuala kecil, sabun dan lain-lain); lampu suluh; lilin; mancis; telekung; kain ela (untuk dibuat penghadang di dewan pusat pemindahan banjir - menjaga aurat dan privasi); selimut, tuala; lampin pakai buang bayi dan tuala wanita. 




III
ABIM amat berbesar hati dengan penglibatan sukarelawan daripada pelbagai latar belakang yang menyertai ‘Misi Banjir Pantai Timur’ dan  ‘Ops Skuad Prihatin Banjir 2014’ kali ini. Komitmen dan semangat kalian semua amat dihargai. Presiden ABIM, Cikgu Haji Amidi Dato’ Abdul Manan menjelaskan bahawa mereka yang terjun ke lapangan perlu bersabar dan cekal membantu. Harus mampu untuk berhadapan dengan pelbagai situasi dan minda perlu bersedia kerana anda akan menemui pelbagai orang di lapangan. Bantu mereka selagi yang mampu.
Cikgu Amidi juga berpesan, “…Supaya sukarelawan sedar bahawa mereka di lapangan sedang trauma dengan kejadian. Maka, psikologi dan emosi mereka perlu dibantu. Justeru, ABIM menyeru seluruh rakyat Malaysia menghulurkan bantuan sebaiknya tanpa mengira latar belakang organisasi, parti, kaum, puak dan sebagainya. Ini adalah ujian ALLAH SWT kepada kita, supaya kita bersifat ‘Ummatik’. Kita gerakkan MISI UMAT: DARI UMAT, UNTUK UMAT.”
Presiden ABIM tersebut turut terlibat dalam rangka lawatan ke Pantai Timur untuk meninjau Pusat Operasi ABIM di seluruh negeri. Beliau juga turut menemui ahli ABIM dan petugas Agensi ABIM yang menjadi mangsa banjir. Beliau diiringi oleh wakil Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad (KBI), Saudara Azman, Exco Penyelidikan ABIM, Saudara Akmal Abdul Rahim serta Saudara Firdaus selaku Koordinator Media ABIM serta aktivis GRASS ABIM (Grup Alam Sekitar ABIM), dan Suudara Husaini (Tango).
Antara Pusat Operasi yang dikunjungi dan diselaras ialah:
  • Pusat Operasi Banjir ABIM di Bachok;
  • Pusat Operasi Banjir ABIM di Kuantan; dan
  • Pusat Operasi Banjir ABIM di Kuala Terengganu.

IV
Rasulullah S.A.W. bersabda:
Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara. Ia tidak boleh menzalimi dan menganiayai saudaranya yang Muslim. Barang siapa yang membantu memenuhi keperluan saudaranya, maka ALLAH akan memenuhi keperluannya. Barang siapa membebaskan seorang Muslim dari suatu kesulitan, maka ALLAH akan membebaskannya dari kesulitan pada hari Kiamat. Dan barang siapa menutupi aib seorang Muslim, maka ALLAH akan menutup aibnya pada hari kiamat kelak.” (Hadith riwayat Bukhari)
Bahan makanan amat diperlukan di sana, memandangkan sumber bahan makanan adalah terhad. Maklumat media boleh dirujuk kepada individu berikut: Presiden ABIM, Cikgu HajiAmidi Abd Manan (019-269 4700); Puan Maria Kamel (019-383 6700); Perhubungan Media: Saudara Firdaus Md Hamsin (012-284 1505) dan Saudara Fahmi (013-222 6925).
Sementara itu, maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi ABIM Pusat: www.abim.org.my. Sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Maybank: 5642-2161-0116. Anda hulurkan, kami sampaikan. Ayuh, jadi insan yang prihatin, saling membantu antara satu dengan yang lain. Membina mahabbah, membugar ukhuwwah! Terima kasih.

Sahabat aktivis dan pimpinan Angkatan 
Belia Islam Malaysia (Abim Pusat) bergambar 
kenangan, sebagai tanda solidariti masyarakat 
Malaysia buat rakyat Syria 
yang dizalimi.
Bersama sahabat saya yang budiman 
dari Syria, Saudara Wael Aldroubi. Beliau kini 
tinggal di Malaysia. Banyak yang beliau puji tentang 
negara kita. Semoga ALLAH SWT pelihara kita daripada
perkara-perkara yang tidak baik, in sya ALLAH.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO),
Malaysia Life Line for Syria (MLL4S), Saudara
Syahrir Azfar Al-Halabi bersama kemeja-T (t-shirt)
#SaveTheChildrenOfSyria, yang berharga RM20 sahaja
(tambah RM6 untuk kos pengeposan).
Saudara Azman Adnan, antara 10
penyerang terbaik Malaysia sepanjang
zaman, bergambar kenangan bersama t-shirt
#SyriaNeedsYou. Man Turn, Man Score.
Bekas penjaga gol Malaysia, Saudara Jamsari Sabian, 
bersama buku tulisan Sohibus Samahah Dr. Zulkifli Mohamad 
Al-Bakri (kini Mufti Wilayah Persekutuan) bertajuk ‘Krisis Syria dan 
Mauqif Ulama’ sekarang untuk mengetahui pendirian para Ulama’ 
mengenai krisis yang berlaku di Syria ketika ini. 
Berwarna dan bergambar. RM25 sahaja. 
Dikenali sebagai seorang yang peramah
dan sering merendah diri, Abg Jamsari Sabian
telah melelong pingat Juara Piala Malaysia
kesayangannya, untuk disumbangkan ke
Tabung Gaza dan Syria.
23hb Jun 2014: Siaran langsung
Scoreboard (TV3) bersama Abg 
Jamsari Sabian,
bekas penjaga gol Selangor, MPPJ FC dan kebangsaan
yang berjasa. Terima kasih buat Kru 
Scoreboard tv3 new official
yang banyak membantu. Syukur.

Kenangan siaran langsung
Scoreboard, TV3.
Sahabat Kelab Jersi Kita (KJK) bergambar
kenangan, sebagai tanda solidariti masyarakat
Malaysia buat rakyat Syria yang dizalimi dan
terkesan akibat konflik peperangan.  




V
Sekretariat Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) telah melancarkan Kempen #SaveTheChildrenOfSyria bertujuan untuk membela nasib kanak-kanak Syria sekaligus untuk menyedarkan orang ramai terhadap kezaliman berlaku di Syria. 
Revolusi berdarah di Syria ini telah masuk tahun ketiga dan telah mengorbankan hampir 160,000 nyawa. Jumlah ini termasuk 11,000 daripadanya adalah kanak-kanak.
Sumbangan boleh disampaikan melalui:
Maybank: SALAM SURIAH RESOURCES
No. Akaun : 5645-5733-8496
Emel: donation.mllfs@gmail.com
No. Telefon : 03-4141 6732 / 013-222 6057 / 013-348 6732
* Untuk mendapatkan resit pengecualian cukai, sila emelkan kepada MLL4S: nama penuh, alamat, nombor telefon dan bukti sumbangan. 
-------------------------------------------------------------------------------

* Kepada yang berminat untuk membeli ‘merchandise’ sambil menderma untuk Syria, boleh PM di Page Charity Sales For Syria - MLLFS.
https://www.facebook.com/CharitySalesMLLFS




Naib Presiden ABIM merangkap 
Pengerusi MLL4S: Saudara 
Jufitri Joha. Juga Penerima Anugerah 
Perdana Belia Negara (Kategori 
Lelaki) 2014.
“Jangan tengok, wahai anak patungku! 
Semua yang menakutkan ini akan 
berakhir dengan segera…” 
Anak kecil ini berasal dari Idlib. Di sebelah anak kecil ini bukan sahaja kasut beliau, tetapi juga kakinya. Anak ini dalam keadaan terkejut sehingga tidak mampu merasa sakit, berlumuran darah di bumi Syria.
2000 selimut tebal dan tilam: 
Misi konvoi sulung MLLFS. 
Wakil delegasi bergambar di hadapan lori yang membawa bekalan 8 tan gandum untuk masuk ke Syria. Ketika ini semua lori-lori dari Turki sedang beratur di sempadan Turki-Syria untuk memasuki Syria dari Bab al-Hawa. Delegasi kali ini membawa sumbangan sebanyak RM400, 000 atau Euro100,000. 
Liputan dalam Metro, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Metro, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Utusan Malaysia,
8hb November 2012. 
5hb Disember 2012: Angelina Jolie buat kali keduanya telah membuat lawatan istimewa ke kem pelarian Syria di Jordan (Kem al- Zaatari). Beliau sendiri telah memasuki kem dan bertanya khabar dengan pelarian di sana, terutama kanak-kanak. Beliau tidak pernah terlampau sibuk sehingga tidak mampu memainkan peranan sebagai seorang manusia. 
  
 
Oktober 2014: MLL4S dengan kerjasama jaringan NGO anak 
muda, Shabab Saed di Syria, telah melancarkan 'Projek Water Bank' yang 
merupakan projek pengagihan air bersih kepada para penduduk 
sekitar Aleppo, Syria.
Julai 2014: Misi 
Bantuan Kemanusiaan
Ramadhan.
Oktober 2014: Misi 
Bantuan Kemanusiaan 
Eiduladha 2.0.
VI
Sekadar makluman, Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) merupakan sebuah badan gabungan yang menaungi 8 buah NGO dengan matlamat menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria yang memerlukan. Dilancarkan pada November 2012, misi MLL4S kali pertama telah berjaya dijalankan pada 27hb November hingga 3hb Disember 2012.
Misi yang diketuai oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan disertai oleh beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain seperti Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Gabungan Selamatkan Syria (GSS), Pertubuhan Sinar Damsyik (PERSIDAM), Syrian Youth Assembly in Malaysia (SYAM) dan Malaysia Social Media Foundation (MSMF) telah menghantar bantuan bernilai RM400,000 kepada rakyat Syria di kawasan Atmeh, Idlib.
Hal yang demikian, pihak Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) menyeru kepada semua kepimpinan, rakyat Malaysia serta dunia kemanusiaan untuk bangkit menyatakan bantahan terhadap tragedi kemanusiaan yang paling teruk selepas tragedi Rwanda ini. 200,000 lebih kematian dicatatkan tanpa pembelaan. Apakah kita mahu terus hidup dengan hutang menuntut bela atas kematian mereka yang tidak berdosa? Ayuh, sebarkan kebajikan. Demi Syria, Untuk Ummah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...