Jumaat, Januari 23, 2015

ABIM Wilayah Anjur Program "Ini Futsal Kita".


Logo ABIM.
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan
Juga mantan Presiden PKPIM.

Juga penerima Anugerah Belia Perdana Malaysia 2014 
dan Tokoh Belia ASEAN 2014.

I
Alhamdulillah, semalam, 22hb Januari 2015 (Khamis), saya sempat berfutsal bersama para sahabat AJK Penganjur International Youth Gathering 2015 (IYG) serta Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Wilayah Persekutuan.
Terbuka untuk semua, program “Ini Futsal Kita” ini turut disertai oleh wakil Malaysia Life Line for Syria (MLL4S).
Program ini dijalankan dua minggu sekali (setiap Khamis) di gelanggang futsal sekitar Wangsa Maju seperti S7 Futsal Stadium dan KSL Futsal.
Hidup biar berjasa. Padu.

II
Kita punyai matlamat,
kita punyai misi,
kita adalah ummah yang satu,
bersama kita bina persaudaraan sejagat!
  • IYG Pertama: 15-25 Ogos 2008 – Turki;
  • IYG Kedua: 8-16 Ogos 2009 – Turki;
  • IYG Ketiga: 17-24 Januari 2010 – Indonesia;
  • IYG Keempat: 12-18 Julai 2010 – Turki;
  • IYG Kelima: 23-30 Januari 2011 – Maghribi;
  • IYG Keenam: 11-17 Julai 2011 – Turki;
  • IYG Ketujuh: 23-39 Januari 2012 – Sudan;
  • IYG Kelapan: 7-12 Julai 2012 – Turki;
  • IYG Kesembilan: 29 Jan - 4 Feb 2013 – Cyprus;
  • IYG Kesepuluh: 20-26 Sept 2013 – Albania;
  • IYG Kesebelas: 21-29 Jun 2014 - Turki;
  • IYG Kedua belas: 30 Jan - 6 Feb 2015 – Malaysia.

Persidangan Belia Islam Antarabangsa 2015 akan dianjurkan di Malaysia. Jadi, sertailah kami. 

DAFTARLAH SEKARANG!
PERSIDANGAN ANTARABANGSA 2015
TEMPAT : HOTEL FLAMINGO, AMPANG
TARIKH : 1hb Februari 2015

MENAMPILKAN: PROF DR TARIQ RAMADAN YANG AKAN MENGUPAS BERKENAAN ‘KONSEP JIHAD BERDASARKAN AL QURAN’ (Beliau merupakan Profesor ‘Contemporary Islamic Studies’, di Universiti Oxford serta merupakan Presiden Jaringan Muslim Eropah - The European Muslim Network).
MENAMPILKAN: DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM YANG AKAN MENYAMPAIKAN UCAPAN ALUAN (Beliau merupakan Penasihat Ekonomi Selangor).
MENAMPILKAN: DR. KHAIRUDDIN AL JUNIED YANG AKAN MENYENTUH BERKENAAN TOPIK ‘MAMPUKAH MUSLIM BERFIKIR?” (Profesor Madya, di Fakulti Seni dan Sains Sosial, Universiti Nasional Singapura). 

JIKA BERMINAT, IKUTI LANGKAH-LANGKAH BERIKUT:
  1. Pergi ke pautan: http://goo.gl/forms/uLrQoufmrV;
  2. Isi borang yang berkenaan. Pilih untuk menyertai sebagai Individu atau Kumpulan;
  3. Depositkan bayaran kepada akaun MAYBANK (GLOBAL PEACE MISSION): 5462 2161 1602;
  4. SMS atau Whatsapp ke nombor: +60192881300 / +60192587105 bersama bukti pembayaran atau resit;
  5. Bagi sesiapa yang memilih untuk melakukan transaksi secara ‘online’, emelkan ke: iygic2015@gmail.com.
  • Sebarang pertanyaan boleh dipanjangkan ke sekretariat penganjur +603-41084500 atau Saudara Adli +6017-243 0978.
Sahabat aktivis dan pimpinan Angkatan 
Belia Islam Malaysia (Abim Pusat) bergambar 
kenangan, sebagai tanda solidariti masyarakat 
Malaysia buat rakyat Syria 
yang dizalimi.
Bersama sahabat saya yang budiman 
dari Syria, Saudara Wael Aldroubi. Beliau kini 
tinggal di Malaysia. Banyak yang beliau puji tentang 
negara kita. Semoga ALLAH SWT pelihara kita daripada
perkara-perkara yang tidak baik, in sya ALLAH.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO),
Malaysia Life Line for Syria (MLL4S), Saudara
Syahrir Azfar Al-Halabi bersama kemeja-T (t-shirt)
#SaveTheChildrenOfSyria, yang berharga RM20 sahaja
(tambah RM6 untuk kos pengeposan).
Saudara Azman Adnan, antara 10
penyerang terbaik Malaysia sepanjang
zaman, bergambar kenangan bersama t-shirt
#SyriaNeedsYou. Man Turn, Man Score.
Bekas penjaga gol Malaysia, Saudara Jamsari Sabian, 
bersama buku tulisan Sohibus Samahah Dr. Zulkifli Mohamad 
Al-Bakri (kini Mufti Wilayah Persekutuan) bertajuk ‘Krisis Syria dan 
Mauqif Ulama’ sekarang untuk mengetahui pendirian para Ulama’ 
mengenai krisis yang berlaku di Syria ketika ini. 
Berwarna dan bergambar. RM25 sahaja. 
Dikenali sebagai seorang yang peramah
dan sering merendah diri, Abg Jamsari Sabian
telah melelong pingat Juara Piala Malaysia
kesayangannya, untuk disumbangkan ke
Tabung Gaza dan Syria.
23hb Jun 2014: Siaran langsung
Scoreboard (TV3) bersama Abg 
Jamsari Sabian,
bekas penjaga gol Selangor, MPPJ FC dan kebangsaan
yang berjasa. Terima kasih buat Kru 
Scoreboard tv3 new official
yang banyak membantu. Syukur.

Kenangan siaran langsung
Scoreboard, TV3.
Sahabat Kelab Jersi Kita (KJK) bergambar
kenangan, sebagai tanda solidariti masyarakat
Malaysia buat rakyat Syria yang dizalimi dan
terkesan akibat konflik peperangan.  




III
Sekretariat Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) telah melancarkan Kempen #SaveTheChildrenOfSyria bertujuan untuk membela nasib kanak-kanak Syria sekaligus untuk menyedarkan orang ramai terhadap kezaliman berlaku di Syria. 
Revolusi berdarah di Syria ini telah masuk tahun ketiga dan telah mengorbankan hampir 160,000 nyawa. Jumlah ini termasuk 11,000 daripadanya adalah kanak-kanak.
Sumbangan boleh disampaikan melalui:
Maybank: SALAM SURIAH RESOURCES
No. Akaun : 5645-5733-8496
Emel: donation.mllfs@gmail.com
No. Telefon : 03-4141 6732 / 013-222 6057 / 013-348 6732
* Untuk mendapatkan resit pengecualian cukai, sila emelkan kepada MLL4S: nama penuh, alamat, nombor telefon dan bukti sumbangan. 
-------------------------------------------------------------------------------

* Kepada yang berminat untuk membeli ‘merchandise’ sambil menderma untuk Syria, boleh PM di Page Charity Sales For Syria - MLLFS.
https://www.facebook.com/CharitySalesMLLFS




Naib Presiden ABIM merangkap 
Pengerusi MLL4S: Saudara 
Jufitri Joha. Juga Penerima Anugerah 
Perdana Belia Negara (Kategori 
Lelaki) 2014.
“Jangan tengok, wahai anak patungku! 
Semua yang menakutkan ini akan 
berakhir dengan segera…” 
Anak kecil ini berasal dari Idlib. Di sebelah anak kecil ini bukan sahaja kasut beliau, tetapi juga kakinya. Anak ini dalam keadaan terkejut sehingga tidak mampu merasa sakit, berlumuran darah di bumi Syria.
2000 selimut tebal dan tilam: 
Misi konvoi sulung MLLFS. 
Wakil delegasi bergambar di hadapan lori yang membawa bekalan 8 tan gandum untuk masuk ke Syria. Ketika ini semua lori-lori dari Turki sedang beratur di sempadan Turki-Syria untuk memasuki Syria dari Bab al-Hawa. Delegasi kali ini membawa sumbangan sebanyak RM400, 000 atau Euro100,000. 
Liputan dalam Metro, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Metro, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Utusan Malaysia,
8hb November 2012. 
5hb Disember 2012: Angelina Jolie buat kali keduanya telah membuat lawatan istimewa ke kem pelarian Syria di Jordan (Kem al- Zaatari). Beliau sendiri telah memasuki kem dan bertanya khabar dengan pelarian di sana, terutama kanak-kanak. Beliau tidak pernah terlampau sibuk sehingga tidak mampu memainkan peranan sebagai seorang manusia. 
  
 
Oktober 2014: MLL4S dengan kerjasama jaringan NGO anak 
muda, Shabab Saed di Syria, telah melancarkan 'Projek Water Bank' yang 
merupakan projek pengagihan air bersih kepada para penduduk 
sekitar Aleppo, Syria.
Julai 2014: Misi 
Bantuan Kemanusiaan
Ramadhan.
Oktober 2014: Misi 
Bantuan Kemanusiaan 
Eiduladha 2.0.
IV
Sekadar makluman, Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) merupakan sebuah badan gabungan yang menaungi 8 buah NGO dengan matlamat menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria yang memerlukan. Dilancarkan pada November 2012, misi MLL4S kali pertama telah berjaya dijalankan pada 27hb November hingga 3hb Disember 2012.
Misi yang diketuai oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan disertai oleh beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain seperti Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Gabungan Selamatkan Syria (GSS), Pertubuhan Sinar Damsyik (PERSIDAM), Syrian Youth Assembly in Malaysia (SYAM) dan Malaysia Social Media Foundation (MSMF) telah menghantar bantuan bernilai RM400,000 kepada rakyat Syria di kawasan Atmeh, Idlib.
Hal yang demikian, pihak Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) menyeru kepada semua kepimpinan, rakyat Malaysia serta dunia kemanusiaan untuk bangkit menyatakan bantahan terhadap tragedi kemanusiaan yang paling teruk selepas tragedi Rwanda ini. 200,000 lebih kematian dicatatkan tanpa pembelaan. Apakah kita mahu terus hidup dengan hutang menuntut bela atas kematian mereka yang tidak berdosa? Ayuh, sebarkan kebajikan. Demi Syria, Untuk Ummah.

------------------------------------------------------------------
Sumber dan Rujukan:
  1. https://www.facebook.com/MLL4S?fref=ts;
  2. https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...